Tolong free je, tak ada upah

Terdetik hati ni nak tulis pasal “tolong free je, tak ada upah” ni masa tengah menggelitik menahan sakit perut masa nak ke tandas. Jadi masa tengah ‘termenung tu saya draft dan keluar tu saya sambung draft lagi dan hari ni saya kongsikan pasal tolong tanpa minta upah.

tolong free tak ada upah

Pastinya ada yg terlintas fikiran sama ada pernah tak saya tolong free je, tak ada upah?

Maksudnya orang mintak tunjuk ajar ilmu it, ajar cara nak guna telefon ke, ajar cara guna software ke, mintak tengokkan masalah Blog ke, tolong edit kod Blog atau website ke atau apa-apa masalah yang saya boleh bantu, secara percuma, tanpa bayaran.

Walaupun saya pernah kata yang upah saya bukan murah, tapi bukan bermakna bayaran tu wajib kalau nak saya bantu.

Tolong free je, tak ada upah

Sebenarnya… terlalu banyak kali saya bantu secara percuma, tanpa bayaran… sebab apa?

  • Sebab masa tu saya tengah free
  • Mood saya tengah baik
  • Allah lembutkan hati saya untuk bantu mereka
    Dan…
  • Itu memang rezeki mereka.
  • Dan mungkin sebab itulah juga, rezeki saya datang, bila saya tak mintak upah, tiba-tiba mereka yang tawarkan nak bagi upah bila kerja selesai.

Dan… Tak kira orang yang saya bantu tu bayar upah atau tak, saya akan cuba merahsiakan yang mereka ni ada menerima bantuan dari saya.

Sebab tu saya tak banyak portfolio. Sebab saya jaga privasi client saya. Saya tak banyak mendedahkan siapa yang pernah menerima perkhidmatan dari saya.

Contoh tolong free, tak ada upah dari sudut menulis review di blog, ada je perniagaan atau produk yang saya tolong review atau promosikan secara percuma.

Kenapa saya review secara percuma?

Sebab perniagaan atau servis atau produk mereka unik.

Contohnya perniagaan nasi lemak, apa yang unik kalau meniaga nasi lemak? benda biasa kan?

Jadi bila orang mintak saya promosikan perniagaan nasi lemak mereka di blog saya yang lebih kepada niche teknologi ni secara percuma, saya tak mampu.

Tak mampu nak mencurahkan idea menarik sebab tak ada perkara menarik yang hendak dikongsikan menerusi perniagaan nasi lemak.

Tambah-tambah kalau saya sendiri dah meninjau perniagaan mereka dan makan nasi lemak mereka.

Tapi ada 1 perniagaan nasi lemak di banting ni yang saya nak promosikan.

Kenapa saya nak promosikan secara percuma? Sebab keikhlasan mereka. Macam mana saya tahu mereka ikhlas? Walaupun orang kata ikhlas tu ibarat semut hitam di atas batu hitam di dalam gelap. Tapi saya rasa mereka ni ikhlas.

Mau tak nye? Mana ada dah orang nak jual nasi lemak atau mee goreng penuh 1 polisterin dengan harga kurang dari RM1.50?

Mak mertua saya yang berniaga pun terkejut dengan harga tu bila wife saya menghidangkan mee goreng yang penuh 1 polisterin tu.

“Penuh macam ni boleh habis ke ngah?” tanya mak mertua saya kepada isteri saya.

“Takkan lah banyak macam ni RM1.30 je?” tanya dia lagi

“sedap la ngah” kata beliau sambil menghabiskan satu polisterin mee goreng tersebut.

koordinat google mapsnya adalah 2.812037, 101.501635.

Lokasinya kalau tengok kat gambar street view ni adalah di tempat van yang saya bulatkan ni parking. Gelaran yang saya dan isteri bagi kat perniagaan nasi lemak ni lori makcik atau nasi lemak makcik atau makcik lori.

nasi lemak banting sedap

So bila wife saya kata, petang nanti beli kat makcik jela atau balik nanti singgah beli nasi kat makcik lori atau yang sama waktu dengannya, saya tahu kat mana yang dimaksudkan tu.

Waktu perniagaannya mungkin antara 4.30 petang sehingga maghrib je. Kejap je kan? Kalau dah setiap kali saya pergi ke situ, tak pernah tak ada pelanggan, sentiasa ada orang beratur nak beli makanan kat situ.

Segala bangsa beli kat situ, sebab murah dan yang paling penting sedap dan banyak. Kepada orang banting, kalau tak pernah cuba, silalah cuba.

Ok, saya dah ketandusan idea dah nak tulis apa. Pointnya adalah… janganlah set dalam kepala otak yang setiap bantuan yang saya hulurkan tu kena upah.

Kadang-kadang saya tolong free je. Tapi kalau nak hulur, saya tak tolak, tambah-tambah di zaman ni hehehehe

 

Hasil carian :

(Visited 297 times, 5,350,533)

10 thoughts on “Tolong free je, tak ada upah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge