Tips dan trik menggunakan windows

Lama dah saya perhati benda ni, ramai yang tak tahu tips dan trik menggunakan windows ni, benda ni simple je, tapi ramai yang tak tahu, jadi hari ni saya nak kongsikan tips dan trik menggunakan windows yang akan memudahkan kerja anda seterusnya meningkatkan produktiviti anda.

Tips dan trik menggunakan windows

Butang windows:

Ramai sangat saya tengok yang bawak / scroll mouse dari atas ke bawah, dari kanan ke kiri semata-mata nak butang mouse yang mengambil masa beberapa saat. Padahal kalau tekan je butang windows pada keyboard tu, takde berapa saat pun.

Berikut contoh butang windows di keyboard anda.

butang windows di keyboard tips dan trick windows button tips dan trick windows

Tanpa guna mouse:

Saya tahu, mesti ada yang kata “alah, lepas tekan butang windows di keyboard, kena gerakkan mouse / cursor tu jugak sebab nak buka software atau buka fail” tak perlu gak sebenarnya.

Contohnya anda nak buka google chrome, Apa yang anda perlu buat, tekan butang start di windows, lepas tu terus taip je chrome.

buka software tanpa mouse

Dia akan keluar macam tu, anda boleh guna mouse untuk klik pada target yang betul, atau guna anak panah ke atas atau ke bawah yang ada pada keyboard anda tu.

Keyboard shortcut

Haish, part yang ni lah yang paling ramai buang masa, bawak mouse pergi ke menu bar dan tool bar atau klik kanan semata-mata untuk copy dan paste, padahal korang boleh jimat beberapa saat yang secara kasarnya boleh menjimatkan masa korang untuk minum secawan kopi kalau korang tahu menggunakan  keyboard shortcut.

10 senarai keyboard shortcut yang patut korang tahu

Tak perlu backspace

Yang ni pun salah satu Tips dan trik menggunakan windows yang ramai orang sia-siakan terutama sekali bab masa.

Bila korang dah highlight teks macam contoh kat bawah ni

backspace tips dan trik windowsatau yang ni

Tips dan trik menggunakan windows highlightatau yang macam ni.

new folder

Bila dah highlight macam tu, baik teks dalam entri post ke, dalam microsoft office word, excel dan lain-lain atau dalam operasi windows, bila dah highlight tu, tak perlu lah korang cari lagi butang backspace atau delete, terus je taip perkataan baru, segala yang highlight tu akan diganti dengan perkataan baru.

Tips dan trik menggunakan windows

Well, itu je Tips dan trik menggunakan windows yang dapat saya kongsikan kali ni memandangkan waktu saya tulis entri ni pun dah dekat pukul 4 pagi, bermakna saya ada 1 hingga 2 jam untuk tidur sebelum saya pergi kerja yang tetap.

Oksigen dalam otak pun dah berkurangan yang membuatkan saya semakin hilang fokus.

saya harap anda semua amalkan dan kongsikan kepada orang lain bagi meningkatkan produktiviti bila kita bekerja menggunakan komputer dan laptop.

Terima kasih.

Hasil carian :

(Visited 68 times, 5,313,113)

4 thoughts on “Tips dan trik menggunakan windows

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge