Loading...

Tawaran Menarik Unifi tahun ini?

tawaran menarik unifi tahun ini

Hari tu saya ternampak post / status facebook  Hisyamudin Fadzil atau nama penanya KID, penulis blog shakiddo.com dan denaihati.com pasal Tawaran Menarik Unifi tahun ini.

So saya pun bacalah apakah tawaran menarik Unifi tahun ni akan membawa berita gembira untuk saya? Memula saya baca post di facebook beliau

tawaran menarik unifi tahun ini“The unifi perfect squad memperluaskan jangkauan mereka ke kawasan-kawasan yang masih belum mempunyai port unifi di seluruh negara.”

lepas tu saya baca kat entri beliau pasal tawaran menarik unifi ni

Merujuk kepada wikipedia(baca disini), unifi telah dilancarkan pada Mac 2010, bermakna dah hampir 8 tahun.

Selama hampir 8 tahun ni, Unifi masih belum menjejakkan kaki dikawasan rumah saya di banting ni. Padahal dalam selangor lagi ni. Jarak rumah saya dengan TM point dan ibu sawat TM, tak sampai 5km rasanya.

Setiap tahun saya check samaada unifi dah sampai rumah saya, akhirnya, pada tahun lepas, unifi dah sampai dah rumah saya.

Unifi meluaskan liputannya pada 2017.

Tau tak macam mana unifi boleh sampai ke rumah saya? apabila streamyx dijenamakan kepada Broadband dibawah jenama unifi. So…. objektif TM tercapai untuk meluaskan liputan unifi, tercapai…. kan?

Kita tak dapat luaskan liputan secara talian, kita jenamakan semua sekali, jadi unifi… ye tak?

kalau korang tak faham lagi, Streamyx dah takde dah… yang ada sekarang adalah Unifi dan Broadband.

Bab harga pulak… saya pakai streamyx Broadband 2mbps. Inilah harganya.

harga broadband streamyx 2mbpsManakala ini pula harga unifi lite 10mbps yang saya ambil dari website unifi

harga unifi 10mbpsTerasa nak cakap saya bodoh tak sebab pergi ambil streamyx 2mbps, sedangkan unifi 10mbps murah seringgit dari streamyx, dengan perbezaan download dan upload speed yang jauh sangat bezanya.

Jadahnya semua ni wahai TM Woi??

Tawaran Menarik Unifi yang saya harapkan adalah,

  • TM luaskan liputan unifi(bukan broadband tau) ke seluruh semenanjung sehingga ke setiap ceruk (mustahil)
  • Tambahkanlah port / kabinet (mustahil sebab itulah masalah yang kerap saya dengar sejak streamyx wujud)
  • Upgrade streamyx unifi broadband 4mbps ke bawah jadi 8mbps ke atas dengan harga yang sama (mustahil gila / mengarut)

Itu sahajalah Tawaran Menarik Unifi yang saya harapkan, nak harap TM turunkan harga? jangan harap… sedangkan dengan harga yang ada sekarang ni pun, kalau korang lambat bayar sebulan (ada tunggakan sebulan, bil baru keluar… maka bersiap sedialah) je pun diorang dah suspend line internet.

Nampak tak betapa terdesaknya mereka untuk mendapatkan dana untuk bagi bonus kepada staff mereka menaiktaraf?

Paling tidak pun turunkanlah harga streamyx, korang tau tak? hari tu… streamyx ada buat offer pakej bonanza, yang mana harganya macam ni :

Streamyx Broadband 1Mbps – RM68
Streamyx Broadband 2Mbps – RM83
Streamyx Broadband 4Mbps – RM88
Streamyx Broadband 8Mbps – RM89

Jauh beza kan? tapi promosi untuk streamyx ni tak sampai seminggu pun, lepas tu TM hold promosi tu. Rugi e? hahahaha.

Akhir kata, aku harap dalam tawaran menarik unifi tahun ni “The unifi perfect squad memperluaskan jangkauan mereka ke kawasan-kawasan yang masih belum mempunyai port unifi di seluruh negara.” turut menambah port-port streamyx unifi broadband.

Takdelah bila orang dah menunggu punya lama, korang bagi jawapan port penuh… dah 17 tahun streamyx dilancarkan, takde inisiatif ke nak tambah port streamyx unifi broadband? satu kerja tak siap lagi, dah nak mula kerja lain. apa benda ni?

17 tahun bukannya kejap… kalau budak lahir tahun 2001 tu, tahun ni dah nak amek spm dah, bukan setakat berak kencing je diorang dah pandai, mengawan pun dah pandai dah.

One comment
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge