Tanda-tanda awek tu dah sangkut.

Tanda-tanda awek tu dah sangkut ? sangkut camne? die dah tangkap syok ke, die dah cair ngan ko ke camtu la maksudnye… entri ni boleh dikatakan rentetan entri cara pikat perempuan yang saya tujukan untuk mamat dulu… yelah… dah pikat, so mestilah kita nak tahu status proses memikat tu camne kan? dah berjaya ke belum? nak approach ajak couple terus kang takut die tolak pulak. tak approach kang takut melepas lak kan? tapi… saya n wife saya, kitorg tak pernah declare couple pon, maksudnya… saya tak pernah pon propose die nak jadi couple… lepas dah kenal setahun lebih, kitorg bertunang untuk sebulan lebih then… jeng je jeng…

ok… teruskan dengan topik… camne nak tau awex tu dah mula nak feeling ngan korg.

1.  SMS tak habis-habis.

Tiap2 hari die sms, walaupun ko tak mulakan, die tetap akan sms korg. Kalau boleh setiap 5 minit die nak sms korg. Berdasarkan pada kajian saya… Pompuan ni sebenarnya ada egonye jugak… kadang die taknak tunjuk yang die suka kat kita… tapi kalau die dah suka, die akan tunggu korg sms die… cuba kalau 1 hari, korg jgn sms die… kalau die caring kat korg, dlm hari tu mesti dia akan sms korg, paling lama pon 2 hari… kalau tak de gak… maknanya belom lagi la tu… hehe

gila sms

Dan lagi 1, kalau die dah mula minat kat korang, topik perbualan dalam sms pon dah melebihi topik antara kawan biasa, cam “tadi saya nampak baju kaler pink belang putih… lawa…” sedangkan korg takde tanye pon… cuma dia nak tunjuk apa yang die minat. Yang kalau ego/ nak cover ckit, die akan citer. “Tadi saya dengan lecturer digital logic, encik digit cakap die nak wat test esok, awak dah study? awak dah makan? makan ape?” sibuk2 nak tanya org dah makan lom.. macam la die nak belanja…

 

2. Hal peribadi.

Kalau orang lelaki, die jarang amek berat benda ni… n kalau boleh malas nak ingat. Tapi rakan2 sejantina ku sekalian, bersiap sedia bila dia dah mula tanya… “awak ngan ex awak dulu kenal camne e?”, “bape lama awak ngan die?”, “nape putus ngan die?”, “adik beradik u berapa orang? yang sulong laki ke pompuan? umo bape? dah kawen?yg bongsu umo bape?” die mula nak tau makanan kegemaran ko, minat ko, dan benda2 yang jarang diketahui oleh seorang kawan biasa.

 

3. Dia akan ketawa dengan lawak bodoh korang.

ketawa cover

contoh kalau die tak minat kat korang ->lelaki : “tadi saya terlanggar pintu lif… hahaha”

perempuan : “…”/”owh”

contoh kalau die minat kat korang ->lelaki : “tadi saya terlanggar pintu lif… hahaha”

perempuan : “hahaha yeke? ape la awak ni…”

setiap apa yg korg ckp tu, die rasa semuanya menggembirakan…

4. Die selalu kagum ngan korang

kagum

gambar sekadar hiasan

kalau die tak suke ngan korg, situasinye camni… “ape ke pelik sangat gitar ko ni? kaler purple? sah tak reti main cam alongxp tu kan?”,”serius takleh blah la ko pkai long sleeve, cam pelik lak aku tengok”, “tolong la cukur janggut tu, setakat seceput tu.. alah…”

Tapi kalau die suke ? camni la pulak

“Wah.. awak pandai main gitar ke?” “wow.. gitar awak warna purple la… comelnyeeee”,”awak nampak handsome sgt bila pkai kemeja lengan panjang” “saya suke bau perfume awak” “saya suke lelaki ada janggut seceput cam awak.. hemsem” senang citer, kalau perempuan dah suka pada kita, ko buat ape pon semuanya dia kagum. silap2 bulu hidung terkeluar pon die kagum

5. Mata die untuk kau

mata terbeliak

Mata ku hanya untukmu… wek… hahaha… cam saya cakap tadi la… bila dia dah mula kagum ngan korang, mata dia asik nak pandang korang je… setiap pixel(bukan inci lagi dah, setiap pixel) dari hujung rambut, sampai hujung kaki semua dibeleknye… sampaikan korang tak penah tau pon yang korang ada tahi lalat disebalik kening, tapi mata die boleh tembus bulu kening korang, die nampak tahi lalat yang berdiameter 0.5mm tu… fuh… gila dasyat.

 

6. Kerap bersentuhan.

sentuhan dua

Die dah mula dok sebelah korang bila ada meeting, bile jumpe kawan2, dan dia akan mula menyentuh korg konon-kononya secara spontan atau tak sengaja. lepas tu mula cubit2, tepuk menepuk. Pastu lentok kepala kat bahu… konon-kononye ngantuk la… eceh…

 

7. Meluangkan masa bersama.

teman mesra

Cuba ajak die keluar, conform dia nak.. kalau dia nk cover, dia akan bg alasan dulu, pusing-pusing cerita lepas tu dia cakap “mmm… boleh la..” Antara taktik dia nk spend masa ngan korang, dia akan buat alasan untuk tak keluar lunch dengan kawan2 die, cam sibuk/ banyak keje masa kawan dia ajak pegi makan, lepas membe2 die dah blah, dia jumpe ko, mengadu lapar… bila dia dah mula suka kat korang, ajak die lepak 8 jam pon dia tak kisah.

 

8. Dia cemburu bila tau korang rapat dengan perempuan lain.

cinta tiga segi

Andainya lepas korg dah berbual, gelak2 dengan sorg perempuan lain, pastu korg g jumpe minah yang dah mula suka kat korg,tapi korang tak tau, pastu die cam moody semacam, atau mula keluar ayat2 macam “yela… si peah tu comel, kite ni comot” atau kata2 sindiran camtu… maknanya? faham2 jelah…

9. Menceritakan hal peribadi dia.

Kalau dia dah mula cerita hal2 peribadi dia yang selalunya lelaki lain tak tahu, tu tandanya dia dah mula percaya kat korang, mengharap, mencintai, dan segala men yang sama waktu dengannya… dia akan dedahkan hal yang menyedihkan, menjadi titik hitam dalam hidup dia, masalah, sedih perih dalam hidup dia, mula cerita pasal family dia, lenguh tangan, kaki, pinggang sume dia nak mengadu.

10. Dia ambil berat tentang korang.

caring

gambar sekadar hiasan

“Awak dah makan? nape tak makan lagi? nanti sakit nanti”, “Awak jangan tido lewat2 ye”, “Hari hujan ni… awak bawak baju hujan tak? balik nanti terus mandi tau… nanti demam”,”awak ok x?” dan yang lebih kurang camtu lah…

Cuba tengok balik… ada tak korang alami benda2 ni semua?hehe

nota kaki: benda ni adalah secara umum… lebih kurang 70% perempuan boleh dibaca dari sini, lagi 30% tu termasukla isteri saya, xbyk yg ada dlm ni.. hehehe

Ok… jom kite pergi ke blog Cikgu Jaja pulak
masukkan e-mail address anda disini (REGISTER), dan pelbagai cerita baru yang menarik dan tips2 akan dihantar kepada anda

Hasil carian :

(Visited 5,989 times, 5,352,370)

24 thoughts on “Tanda-tanda awek tu dah sangkut.

  1. assalam bos…
    kalau ikot tips tu.. 9/10 tanda tu da dpt.. tp ade 1 prob.. die awek org..
    tp salu kua mkn, lepak kalau di ajak.. ( die x pernah ajak sbb x de kete n duit kut .. huhu )
    so.. acane?? nk proceed??
    awek org tu.. huhu

    • Sbb die awek org,so kena ingat,klu die jd awek kite,xmustahil die akan buat camtu ngan kite nnt kan? So nasihat sy,berkawan jela cam biasa… Jgn mengharap sgt,lgpn tips tu secara umum… Byk lg bnd detail yg kite kena kaji…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge