Tak sengaja cipta WiFi

Well… sebenarnya masa tahun 1992, memang ada idea untuk cipta wifi atau sebenarnya idea bagaimana untuk menghubungkan komputer secara tanpa wayar.

Tapi tanpa disedari, teknologi wifi / menghubungkan komputer tanpa menggunakan wayar ni telah di cipta tanpa sengaja sebelum tu oleh saintis Australia.

So, inilah cerita macam mana yang saya cakap mereka telah cipta wifi tanpa sengaja.

Saya kata dia tak sengaja cipta wifi sebab, asalnya mereka nak buat atau mengkaji pasal benda lain, tapi tujuan asal tu tak berhasil, dan hasil dari kajian tu tak digunakan sampailah tahun 1992.

Ok, macam ni cerita dia. Saintis australia yang bernama John O’Sullivan ni dia dapat inspirasi dengan teori Stephen Hawking pasal penyejatan lohong hitam dan gelombang radio berikutnya, dan menetapkan untuk membuktikan teori tu benar.

John-OSullivan_ tak sengaja cipta wifi

Masa tengah buat tu, dia dapati yang singnal lemah susah nak dibezakan dengan kebisingan radio latarbelakang seluruh semesta.

Selepas berhempas dan memulas (berhempas-pulas), John O’Sullivan dan kawan-kawan dia ni berjaya menghasilkan satu alat berdasarkan formula matematik yang boleh membantu diorang mencari gelombang ni, menyekat gelombang radio luar bagi mengenalpasti yang betul-betul berguna.

Tapi, diorang tetap gagal mencari gelombang radio lohong hitam.

Ok, back to the future.

back to the futureKembali ke tahun 1992 bila John O’Sullivan bekerja dengan CSIRO dan ditugaskan untuk mencari cara untuk komputer berhubung tanpa wayar.

Masa tu dia teringat kajian yang dia buat dulu tu,dan peralatan yang dia cipta untuk mengesan gelombang radio lohong hitam secara tanpa wayar, dia check balik peralatan yang dia pernah buat tu.

Dia adjust sikit dan modified sikit benda tu menggunakan formula matematik yang diorang hasilkan sebelum ni, menjadikan asas untuk WiFi mencari isyarat radio yang lemah dalam persekitaran yang paling bising.

Walaupun tak sengaja cipta wifi, John O’Sullivan telah membuatkan CSIRO memperoleh lebih kurang 1 bilion melalui royalti dan John O’Sullivan telah mempatenkan ciptaannya tu di negara asalnya pada 1992 kemudian pada tahun 1996, dia mempaternkannya di U.S.

Jadi, terima kasih kepada Stephen Hawking kerana memberi inspirasi kepada John O’Sullivan untuk tak sengaja cipta WiFi supaya kita boleh guna hari ni.

Kalau tak, confirmla kita tak pakai smartphone. Apa guna ada smartphone kalau tak boleh nak connect internet? kan?

alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

You may also Like

1 Comment

  1. Xplorasi Destinasi

    23rd Aug 2018 - 11:33 pm

    Oo macam tu. Hasil penemuan yang walaupun tak sengaja, satu dunia boleh dapat manfaat
    Xplorasi Destinasi kata cerita ni best –>>Percutian 3 Hari 2 Malam di Pulau Langkawi beserta dengan itinerary pada 2018

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Archives

×