Hari ini dalam sejarah : 4 Januari 1963 – KEMANGKATAN SULTAN YUSOF IZZUDIN SHAH, PERAK

Tarikh peristiwa : 4.1.1963(sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1963, Sultan Perak, Raja Yusof Izzuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Abdul Jalil telah mangkat. Baginda yang berumur 72 tahun telah gering untuk beberapa bulan di Istana Iskandariah, Bukit Chandan. Raja Yusof Izzudin dilahirkan pada 15 Januari 1890 dan baginda ialah salah seorang daripada dua orang putera Sultan Abdul Jalil. Baginda menerima pendidikan di Sekolah Melayu, Hogan School dan Maktab Melayu, Kuala Kangsar. Selepas itu baginda telah bekerja di beberapa buah jabatan negeri seperti Jabatan Tanah, Jabatan Daerah dan Mahkamah. Di samping itu juga baginda menjadi Raja Bendahara pada tahun 1921, Ahli Dewan Negara Perak pada tahun 1921 dan Raja Muda pada 1938. Raja Yusof Izzudin telah dilantik menjadi Sultan Perak pada 31 Mac 1948, berikutan dengan kemangkatan ayahanda saudaranya, Sultan Abdul Aziz. Baginda telah ditabalkan pada 15 April 1948. Berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain, Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, memaktubkan bahawa Sultan mesti dipilih dan dilantik oleh Dewan Negara, Perak. Peruntukan lain menambah bahawa sultan kelapan belas, iaitu Sultan Ahmad Tajuddin Shah atau Sultan yang pertama, Sultan Muzaffar Shah. Sejurus selepas kemangkatan Sultan Yusof Izzudin pada hari ini dalam tahun 1963, Dewan Negara Perak telah bersidang dan melantik Raja Muda, Raja Idris Ibni Almarhum Sultan Iskandar Shah, sebagai Sultan negeri Perak.

Hasil carian :

(Visited 180 times, 5,351,230)

khurafat… mengarut…

Assalamualaikum, slamat pagi, salam sejahtera, dan salam 1 Malaysia, setelah wat pe yg patut… barula ade mase ckit nk update blog nih… tu pn jap g bz balik ngan FLL Body forward. Membantu je…. tp klu xmembantu, kesian cikgu2 yg handle bnd tuh…

Oklah… berbalik kepada tajuk post kali ni, khurafat, klu korg tgk gamba tu, gamba filem terbaru skop productions, arahan(agaknye la) syamsul yusof, anak pengarah terkenal Yusof Haslam(klu xsalah) yg pernah menerima jolokan 6 million dollar man.

Aku rs aku xpernah bg komen psl filem sepanjang aku berbloging, tp dek kerana smlm aku beria2 g tgk citer nih, wlaupn secara jujurnye aku xsuke membazirkan duit aku utk tgk wayang citer melayu,tp dek kerana aku tgk ramai yg komen kat fb,kat tv, kat media massa kate citer tu best. aku pon g ar tgk… dan Continue reading

(Visited 26 times, 5,351,230)