winamp di ubuntu? try guna qmmp

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, memang sejak saya mempunyai komputer sendiri, saya pengguna winamp. Jadi macam mana nak guna winamp di ubuntu pulak?

Yup… memang kita boleh guna wine atau playonlinux, tapi saya lebih suka, kalau sesebuah software tu memang ada versi untuk linux terutama sekali untuk ubuntu sendiri.

Secara default nya, ubuntu dah ada rythmbox, tapi bila bukak, benda tu besar sangat, saya lebih suka rupa visual yang slim melim je.

winamp di ubuntu

Jadi, saya cari alternatif kepada winamp di ubuntu. Carik punya carik, saya jumpa la qmmp ni.

qmmp alternatif winamp di ubuntu

Slim macam rupa winamp modern skin jugak. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 112 times, 5,351,167)

synchronize atau sync winamp dari pc ke android anda

cam yang saya bgtau dalam post sebelum ni, saya agak selesa menggunakan winamp berbanding player yang lain untuk memainkan lagu, baik di pc/laptop mahupun di android phone saya. jadi apa guna kalau dikedua2 peranti atau device tu guna winamp kalau tak boleh link atau sync winamp dari pc ke android tu kan? jadi saya cari kalau-kalau boleh sync winamp dari pc ke android tu… yaaa… boleh… so macam mana nak buat supaya kita boleh sync winamp dari pc ke android. 

memula sekali… apa yang diperlukan adalah segelas air sirap limau, 10 keping kerepek ubi pedas, surat khabar lama, winamp untuk windows dan winamp untuk android kita. download dan install kedua2 player di pc/laptop/atau notebook atau apa saja panggilan yang anda guna dan di android anda.

Ok, dah siap install kedua2 item tu, bukak winamp di android korang, tak kisah korang nak bukak app tu dalam keadaan baring, duduk, meniarap, berdiri atau mencangkung, asalkan anda selesa, kalau anda nak bukak app tu menggunakan bibir atau hidung sekali pon tak jadi masalah, cikgu disiplin tak boleh nak marah. bila dah bukak, tekan button menu(saya pakai note, so button yang saya maksudkan adalah seperti gambar nombor 1), dan tekan butang setting(gambar ke 2)

galaxy note button

android winamp

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,167)

ok, dah tekan butang setting tu… tak salah kalau anda nak minum ckit air sirap limau tadi(kecuali disiang hari dibulan ramadhan), kemudian pilih buatang enable wireless sync seperti dibawah.

snyc winamp

ok, dah siap satu bahagian, iaitu dibahagian fon android kita, so bolehla teguk lagi sirap limau tadi dan jamah beberapa keping kerepek ubi pedas tadi.

sekarang ni kat bahagian pc/laptop/atau notebook atau apa saja panggilan yang anda guna tu pulak. sekarang, bukak winamp, kali ni rasanya kena guna jari, guna hidung susah banyak kot. pada winamp korang, klik kanan sampai jumpe gambar macam ni.

media library

ok, pilih media library, kalau tekan alt dan butang L pon ok jugak… ikut suke korang la… kalau jari dan penuh ngan kerepek tu.. pandai2 korang lah. ok… bila dah bukak media library tu… korang akan jumpa keadaan camni… klik pada devices… dan klik pada butang discover kat bawah tu, korang boleh nampak henpon2 yg dah ready untuk sync dengan winamp dekstop korang….

winamp device

click to attach

bila dah keluar camtu, klik pada henpon korang untuk attach telefon android korang dengan winamp dekstop, dan satu paparan mintak izin akan keluar macam kat bawah ni… korang tekan pada allow.

bagi izin

phone attached

ok dah siap… maka device korang akan berada dalam keadaan attached. so sekarang korang boleh hantar lagu yang ada dalam palylist di winamp dekstop korang ke henpon tanpa perlu bukak direktori lagu tu, lepastu hanta ke henpon, masukkan dalam ke list.. tak perlu lagi dah… buat cara yang senang macam ni je…

pada lagu(pada winamp di desktop/laptop) yang korang nak hantar ke henfon tu, korang klik kanan, send to, pilih henfon android korang tu… macam gambar kat bawah

send to

pada media library winamp desktop td ada butang transfer, klik untuk proses penghantaran, bila dah cukup 100%, korang boleh setkan lagu tu untuk masuk ke playlist yang ada dalam fon korang.

set playlist

 

siap… senang je kan? memula memang terasa cam susah ckit… tapi bila dah buat 2-3 lagu, dah terasa senangnya tu banyak… senang banyak la… bukan senang sikit.

ok, berbalik kepada bahan2 lain macam sirap limau,kerepek ubi pedas tadi tu.. ape kena mengena dengan benda-benda kat atas ni kan? tu just nak kudap-kudap sambil baca blog ni… hehehehe

ok, selamat mencuba…

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,167)

 

Hasil carian :

(Visited 109 times, 5,351,167)

control winamp dari headset bluetooth

ok… nak dijadikan cerita… masalah ni dah agak lama dah terjadi, saya pon pelik kenapa saya tak boleh nak control winamp (play, pause, next, back lagu) dari bluetooth headset ni… saya beli bluetooth headset ni bulan lepas, sejak dari tu saya cube nak control winamp dari bluetooth headset ni tak berjaya, kalau pakai windows mediaplayer atau player lain macam gom player ok. tapi kat winamp tak berjaya. saya dah biasa ngan winamp… sejak saya terjebak dengan dunia komputer, default player untuk saya main lagu adalah winamp, antara sebabnye.. sebab… entah.. hahaha

bluetooth headset

nama je nokia, tapi kebanyakkan masa saya guna untuk connect ke laptop.. hehe

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,167)

 so… google punya google.. jumpelah satu artikel ni… punyalah panjang berjela die cerita, omputeh lak tu… nasib baiklaaaaa saya ni agak penyabar orangnye.. so saya baca jela… baca punya baca rupenye nk buat benda tu tak susah pon… bukak winamp, lepas tu tekan ctrl dan p, kat belah kiri tu cari global hotkeys, then tick 2 kotak yang ada kat situ… thats all…

preference winamp

so dapatla saya control winamp saya ni dari headset bluetooth nokia bh 503 ni… tu je pon…

(Visited 7,073 times, 5,351,167)

Hasil carian :

(Visited 176 times, 5,351,167)