Website FAM kena hack?

walaupun saya ni tak berapa minat tengok game bola sepak, dan saya mengaku yang saya memang tak pandai-pandai bermain bola sepak dan apa-apa permainan bola yang menggunakan kaki sebagai anggota utama. tapi bile terpandang berita ni, teringin gak la nak bukak laman web FAM kan? bila saya bukak lepas baca berita ni, yang saya nampak cuma

Index of /

 

dah kena buang habis nampak? haha…

bola sepak
CERCA…laman web FAM tercemar dengan kata-kata mengkritik pucuk kepimpinan.

LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Tinjauan Arena Metro mendapati, penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic’ (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.

Usaha mendapatkan maklum balas mengenai pencerobohan laman web itu gagal apabila Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad gagal dihubungi.

Bagaimanapun sumber dalaman FAM mengesahkan perkara itu dan ia sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, laman web FAM pernah diceroboh pada 27 Oktober tahun lalu apabila penggodam bertindak mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ serta rakaman dua video berbaur provokasi.

Difahamkan pada masa itu, tindakan didorong rasa marah segelintir pihak dengan keputusan badan induk bola sepak tanah air itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu.

(sumber)

 

Hasil carian :

(Visited 91 times, 5,369,184)

Ping blog korang kat sini,dapat trafik masyuk

Kat mana nak ping blog korang? kat sini… senarainye…Menarik x?aku cakap betul ni,bukan tipu punye… lebih kurang 50% dari trafik blog aku ni datang dari sini la… ni lah web2 yang aku selalu ping entri-entri aku..

Innit nuffnang

haaa… ni pon tempat yang aku selalu lupa nak ping,antara sebabnye, sebab trafik dari sini tak menggalakkan dan aku selalu lupa password, tapi mudahnye sebab 1 klik je,sume kotak-kotak yang perlu diisi tu dah siap diisi. takyah nak copy url gamba, takyah nak upload gamba. dan sebab utama, sebab die under nuffnang hahaha.

busuk

yang ni pon tempat yang mudah,tapi aku selalu lupa,sebab tu aku buat entri ni,supaya aku tak lah lupa sangat kat si busuk ni… kenapa busuk?mana lah aku tau… tu kire senang gak lagi, ni aku tengok blogger-blogger yg baru,lagi lah… panjang2,contoh…ni contoh je.. kelapahijauatasrumahaku.blogspot.com, atau gugerl-yang-comel.blogspot.com, tak ke susah kalau nak bagitau orang? guna je sesingkat yang mungkin, tambah2 kalau pakai subdomain cam blogspot ke wordpress.com ke… ok, dah membebel lak aku nih…

pingje.com

pingje blog

ape yang membezakan pingje.com dengan apesal.com, guablog.com, ohbelog.com dan gengcyber.com adalah limitnye untuk sehari… limit dia 5 post sehari, dan dia punya sistem sangat bagus, tak perlu nak masukkan tag, tak perlu nak masukkan url gambar, semua terus diisi bila klik fetch data. memang bagus untuk korang ping blog korang kat sini…

apesal.com

apa yang specialnye apesal.com ni, dia ada sistem vip, maksudnya, kalau exchange ratio korang kurang dari 150% post2 korang akan kerap terpapar kat hompage apesal.com dan di blog2 yang pasang widget apesal.com.

guablog.com

orait, 2 web ni, same gak pingje dan  2 web yang saya nak tunjuk kejap lag, gengcyber.com dengan ohbelog.com, cuma apesal.com dan guablog.com ni paling banyak memberi trafik kat blog ni. dan limit kedua-dua blog kat atas ni adalah 3 entri sehari. sikit? bape banyak entri korang buat sehari? alaa… korg masukkan la entri yang dulu2 punye… cam saya buat, selalunya saya masukkan 1 atau 2 entri terbaru,1 atau 2 lagi saya masukkan entri saya masa saya muda-muda dulu. apa yang SPECIAL pada GUABLOG ni, dengan bermodalkan RM20, korang boleh dapatkan hits sebanyak 7000, dan satu lagi special offer yang ditawarkan GUABLOG ni, dengan modal RM50 sebulan, korang boleh naikkan jumlah post kepada 5 post sehari ATAU 150 post sebulan… maksudnya, kalau korang bz, atau korang takdapat nak online seminggu, dan tak dapat nak post kat gua blog ni selama seminggu, korang boleh bawa ke depan jumlah 35post(7 hari x 5) tu kedepan, bermakna, sebizi mana pon korang, korang tetap boleh hantar 150 post sebulan ke guablog.com. secara jujurnya, bayaran yang dikenakan, dan jumlah trafik yang korang dapat sangat berbaloi.

Oh!belog

yang ni same je konsepnye ngan kedua-dua web kat atas tu, cume limit die kurang ckit,dua entri je sehari(kalau tak salah aku la). yang lain sume same. yang ni aku baru2 je lagi berkenalan, baru mintak nombo tpon,belum keluar dating lagi hahaha

gengcyber

ok,yang ni pon same cam apesal.com,guablog.com, dan ohbelog.com, bezanya die ni boleh update 1 entri je sehari,tapi so far, tak mengecewakan la… pastu, bukan setakat trafik in je, trafic out pon ada sebab korg akan pasang widget camni…

korang lak?selalu ping blog kat mana? selalu ping kat mana selain kat group2 kat facebook tu? cer citer… cer citer…

update : baru-baru ni saya baru rajin nak ping balik… so try la google laman-lama aggregator atu ping blog ni… saya jumpa carimember.com , tinjau.net , gezt.com , kongsiblog.com dan blogr.my

(Visited 108 times, 5,369,184)