winamp di ubuntu? try guna qmmp

Macam yang saya pernah ceritakan dulu, memang sejak saya mempunyai komputer sendiri, saya pengguna winamp. Jadi macam mana nak guna winamp di ubuntu pulak?

Yup… memang kita boleh guna wine atau playonlinux, tapi saya lebih suka, kalau sesebuah software tu memang ada versi untuk linux terutama sekali untuk ubuntu sendiri.

Secara default nya, ubuntu dah ada rythmbox, tapi bila bukak, benda tu besar sangat, saya lebih suka rupa visual yang slim melim je.

winamp di ubuntu

Jadi, saya cari alternatif kepada winamp di ubuntu. Carik punya carik, saya jumpa la qmmp ni.

qmmp alternatif winamp di ubuntu

Slim macam rupa winamp modern skin jugak. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 114 times, 5,369,364)

Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp

Review Windows 10 oleh Alongxp. Siapa alongxp? sayalah.. huhu… kenapa ada oleh alongxp? sebab saya review windows 10 ni dari sudut mata saya sebagai seorang pengguna biasa, sebagai juruteknik komputer, sebagai perunding teknologi maklumat, sebagai seorang yang edit gambar, sebagai seorang jurugambar, sebagai seorang blogger, sebagai seorang pembuat laman web a.k.a webmaster, dan banyak lagilah peranan saya dalam dunia komputer dan teknologi maklumat ni.

alongxp dot my

Saya dapat notification yang laptop saya dah sedia untuk upgrade ke windows 10 masa hari selasa hari tu, dan saya teruskan proses upgrade malam tu jugak, tapi baru sampai 30%, dah fail.

review windows 10 by alongxp

Dan saya sambung pagi esoknya, lama jugalah nak download sebab saya guna streamyx 1mb je, dekat maghrib baru siap download dan proses upgrade windows 10 selesai dalam pukul 8 lebih. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 153 times, 5,369,364)

Kenapa saya pilih linux ubuntu ek?

Hari sabtu minggu lepas nampak sorg otai linux ni post kat instagram psl install linux ubuntu 13.04
image
ubuntu 13.04? Yg 12.10 pn xabes lg explore… Nape saya guna linux? Linux ubuntu? Linux tu ape? Ubuntu tu ape plak? Pening x?
ok,sy terangkan secara ringkas mengikut pemahaman sy dan pemahaman umum… Linux ni adalah salah 1 sistem operasi yang digunakan dalam komputer yang menjadi perantara manusia dengan kod,bahasa dan peralatan komputer bertujuan untuk menerima input dari pengguna,memproses, seterusnya memberi output kepada pengguna samaada melalui paparan,bunyi atau lain2 mengikut kehendak pengguna… Secara umumnye ade 3 sistem operasi yang biasa digunakan oleh manusia…

1.Windows
2.Linux
3. Mac (Apple)
Windows ni tak perlula sy terangkan kan? Rsnye hampir semua orang yang tengah baca blog ni tau os(operating system/sistem operasi) windows ni kan? Mac pulak mungkin org cam blur2 ckit la amende la tu kan? Tapi kalau sebut komputer Apple rasenye lebih separuh orang tau la kan? Tapi kalau Linux ni mungkin sikit ssngat orang yang tau kan? “Macam pernah dengar” kan? Hehehe… Linux ni selalu sangat orang kaitkan dengan Hacker.. haaa.. Hacker pon ada beberapa kategori tau… InysaAllah ada masa nanti saya buat post pasal hacker plak ye…
Kalau nak cerita sejarahnye ni memang panjang la… boleh layan video ni kalau nak tau…

Orang yang ade dalam video tu sume yang terlibat dalam terbina dan perkembangan Linux ni…
Linux ni free dan open source – maksud open source/sumber terbuka, secara umumnye adalah percuma, kod sumbernye boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk dimanipulasi bagi penambahbaikan, dan boleh dikeluarkan semula dengan beberapa syarat tertentu.
ok, berbalik kepada tajuk entri ni… kenapa saya pilih linux ubuntu ni?
  1. Free – Bile free, xyah nak risau nak update, takyah nak risau kena tindakan undang2, xyah nak risau kena windows not genuine, takyah nak pening pale nak carik crack, xyah nak risau crack tu guna ke tak… kenapa die free? sbbnye die berkonsepkan sumber terbuka, dimana, kod sumbernye dikongsikan, dan ribuan pengguna dan pembangun sukarelawan secara lansung dan tak langsung membantu menambahbaik sistem ni… tak dapat bayangkan? bayangkan diorg ni macam pengguna forum yang membantu pengguna yang bertanyakan soalan kat sesebuah forum.. camtula
  2. Selamat – antara sebab saya kata die selamat, ubuntu, atau linux dibina dengan kerutureaan yang menyebabkan virus sukar nak beroperasi. Linux mempunyai beberapa lapis “permision” yang menghadkan sesebuah fail untuk “run”.
  3. cepat – Windows, banyak startupnye yang selalunya masuk secara automatik ketika kita “install” perisian tersebut. Dalam linux ubuntu ni, kite boleh setkan ape yang kite nak untuk startup
  4. Mudah – Nak software yang sesuai? ubuntu software center tempatnya… ia ibarat play store dalam android atau app store dalam iphone, senarai software belambak dalam tu.. even ebook pon banyak dalam tu… antara lain, seperti yang saya nyatakan tadi, beribu pengguna dan pembangun sukarelawan membantu menambah baik sistem linux ni, kebanyakkan dari mereka adalah hacker, jangan risau.. macam yang saya nyatakan diatas, hacker ada banyak kategori, tapi bile dalam hal ni, even hacker yang haluan kiri pon kadang-kal akan membantu. search ajela kat internet, insyaAllah akan terlerai segala kekusutan, siap ada penerangan lagi kenapa masalah tu timbul, apa yang perlu dibuat, kenapa perlu dibuat… percayalah… anda akan seronok menggunakan linux ubuntu ni..

Saya rasa tu jela dulu buat masa ni, ada masa nanti saya share banyak lagi info.. antaranya pasal hacker…

Hasil carian :

(Visited 106 times, 5,369,364)