Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, apa yang akan berlaku?

Isteri siapa yang jadi blogger? Pastinya isteri saya sendiri.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger, saya ada beritahu yang saya baru buatkan blog untuk isteri saya.

Dan banyak entri-entri untuk blogger baru yang saya tulis selepas itu saya tujukan khas untuk isteri saya dan kepada mereka yang baru jadi blogger.

Bila isteri jadi blogger, banyak manfaatnya, terutama sekali kepada suaminya, yang juga seorang blogger, contohnya seperti saya, Alongxp.

suami isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, barulah dia makin faham kenapa saya selalu tidur lewat. Walaupun dia tak pernah bising atau pertikai  atau merungut sebab saya selalu tidur lewat, tapi bila dia pon dah jadi blogger, saya lebih senang hati. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 226 times, 5,352,369)

Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Rentetan dari entri sebelum ni iaitu idea bahan untuk blogger baru , kali ni saya nak share idea untuk entri ke 3 bagi blogger yang baru buat blog.

Sebenarnya tak kisah pon anda yang baru buat blog ke dah lama buat blog ke, baru ada 2 entri atau dah ada 2 ribu entri sekali pon, tak kisah sebenarnya.

baru buat blog

Sesiapa pon boleh gunakan idea ni. Ini sekadar cadangan je, kalau ada idea lain pon boleh guna. Saya cuma beri cadangan yang mungkin boleh membantu. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 139 times, 5,352,369)

Buat entri blog dengan tulisan tangan

Seperti yang saya nyatakan dalam entri hari rabu minggu lepas, setiap hari rabu saya akan cuba untuk publish entri yang saya hasilkan dengan tulisan tangan.

Syok jugak buat entri blog dengan tulisan tangan ni, tapi seo memang ke laut la hahahaha.

ok, macam sebelum ni, harap jangan baca semasa memandu ok.

tulisan tanganbuat entri tulisan tangan

Hasil carian :

(Visited 292 times, 5,352,369)

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Saya nak mengucapkan Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 dengan harapan tahun 2015 ni kehidupan saya dan orang disekeliling saya akan jauh lebih baik dari 2014 yang penuh suka dan duka (banyak duka dari suka sebenarnya)

Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014

Gambar kat atas ni saya buat sempena entri Selamat datang 2015, selamat tinggal 2014 ni, satu hari jugaklah nak buat 3d yang simple ni, nampak macam senang. Tapi tak semudah itu sebab saya belajar sendiri je buat 3d guna photoshop.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,352,369)

Tapi susah tak beerti mustahil, sanggup ke tak sanggup je. Update entri ni adalah perkara yang saya buat sambil saya menyiapkan ebook pertama saya.

Itu pun satu perkara yang susah jugak, patutlah sangat tak banyak orang sanggup buat ebook macam yang saya buat ni. Target nak siapkan menjelang krismas hari tu tak tercapai kerana saya sangat pentingkan isi kandungan ebook ni

Tambah-tambah yang sangat detail macam isi kandungan ebook saya ni. ebook apa? yang tu kenalah rajin singgah ke blog saya ni.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,352,369)

Apa yang pasti, ebook ni akan banyak membantu ramai orang, terutama orang yang menggunakan komputer dan internet khususnya untuk berniaga atau memaparkan sesuatu.

Antara target orang yang bakal mendapatkan ebook saya ni seperti blogger, mereka yang buat pemasaran internet, peniaga online dan offline, penulis buku, tak kira penulis buku fizikal atau ebook, dan ramai lagi.

Selain dari ebook, dalam pada masa yang sama, saya tengah siapkan blog-blog yang lain.

Dan projek besar yang saya nak siapkan dalam masa terdekat adalah forum jana wang. Forum tu dah dibuka, tapi terlalu banyak nak di tambah baik. terutama sekali nak mencari calon moderator… klu sape nak jawatan tu sila bagitahu saya

forum jana wang

 

Kalau siapa yang ada buat bisnes atau perkhidmatan apa-apa sekali pun, saya jemput masuk ke forum jana wang tu, daftarkan diri, kenalkan diri di kategori yang sesuai dengan korang.

Kalau kategori korang tak ada, korang boleh kenalkan diri di ruangan salam perkenalan, dan gunakan contoh format perkenalkan diri untuk memperkenalkan diri.

Forum janawang ni disasarkan untuk semua jenis perniagaan di malaysia, target saya satu hari nanti, semua peniaga dan usahawan, khususnya bumiputera boleh berkongsi maklumat perniagaan antara satu sama lain.

Dan paling penting sekali, dapat membantu menaikkan perniagaan antara satu sama lain, jadi satu hari, tak hairan kalau orang boleh hantar laptop rosak ke kedai tayar, sebab tokei kedai tayar ada rangkaian perniagaan, dan dia boleh tolong pelanggan dia hantarkan laptop rosak tu ke kedai kawan-kawan dia.

Semoga 2015 akan jadi tahun yang lebih baik dari 2014.

Hasil carian :

(Visited 149 times, 5,352,369)