5 Tips bateri tahan lama

Tips bateri tahan lama

Hari ni saya nak kongsi beberapa tips bateri tahan lama yang anda boleh anda amalkan.

Hari ni banyak dah peranti tanpa wayar yang kita gunakan dengan kerap, bila dah tanpa wayar, pastinya ia menggunakan bateri untuk menjana kuasa peranti tu.

Tahukah anda yang setiap bateri ada had jangka hayatnya? makin kerap kita cas, makin pendek jangka hayat bateri tu, tu bahasa mudahla. Jadi macam mana nak biar bateri tahan lama?

5 tips bateri tahan lama

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 728 times, 5,351,490)

Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan

Ok, kita sambung tips photoshop buat tulisan di permukaan tadi yang kita buat melalui entri sebelum ni.

kita dah sampai ke langkah kita paste, lepas tu kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni kan?

hilangkan layer dalam photoshop

Dan apa yang jadi kat papan tanda tu kosong macam ni kan?

papan tanda kayu kosong

Habis tu mana tulisan di permukaan tu? kenapa tak nampak tulisan di permukaan kayu tu? hehehe… macam ni cara nak kasi nampak, macam yang saya cakap kat entri sebelum ni.

Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu…

Tulisan tu ada di layer yang bernama layer 1 tu, tapi tadi kan kita ada buat langkah copy paste tadi kan? kita copy permukaan kayu tu, supaya nampak sebijik rupa kayu tu.

Ok, sekarang langkah nak buat tulisan kat permukaan tu, yang ni saya tunjuk tulisan tu timbul menggunakan photoshop ni.

1) Pada layer 1 tadi tu, klik kanan dan pilih Blending Options macam dalam gambar ni,

blending option

lepas tu dia akan keluar macam ni.

dialog blending options

2) Untuk buat tulisan tu nampak timbul di permukaan, saya pilih Drop shadow

Drop shadow photoshop

Bila saya klik je Drop Shadow tu, terus nampak tulisan di permukaan kayu tu.

buat tulisan timbul photoshop

Kalau korang rasa ini dah ok, boleh terus lompat kat langkah 4 (tekan ok), tapi kalau kalau rasa macam belum ok, boleh adjust lagi.

Macam saya, saya tengok bayang tu macam tak kena je. Kalau perhatikan betul-betul papan tanda ni, bahagian kiri atas tu nampak lebih cerah berbanding bahagian kanan bawah.

3) Jadi kita akan adjust sudut bayang-bayang tu. klik je pada angle dalam bulat macam dalam gambar kat bawah ni.

set sudut cahaya bayang photoshop

Ini seting yang saya buat pada drop shadow untuk buat tulisan tu nampak timbul

seting drop shadow tulisan timbul

4) Setelah rasa puas hati, klik butang OK.

tekan butang ok

Dan inilah hasilnya.

hasil buat tulisan timbul

Kerja ni akan lebih mudah kalau kita guna dua monitor, dan guna mouse yang ada scroll kat tengah-tengah, satu untuk untuk adjust kat blending options, satu untuk tengok hasil.

Esok saya sambung dengan tips photoshop nak buat seolah-olah ada ukiran pada permukaan kayu tu ok?

p/s: kalau nak download papan tanda kayu kat atas tu klik sini ok?

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,490)

Hasil carian :

(Visited 506 times, 5,351,490)

Tips rajin update blog

tips rajin update blog kate aku? macam aku ni rajin sangat je update blog… aku takdela rajin sangan update blog ni, boleh dikatekan agak malas gakla nak update blog, paling malas sekali bila nak kejar trafik. antara cara orang kejar trafik adalah update cerita panas seawal mungkin. coontohnye cerita pasal harga minyak naikla contohnye kan? bila die dengar je kat radio ke kat tv ke kat facebook kate harga minyak naik je terus die update blog die cerita pasal harga minyak naik. sebabnye kenapa? sebab bila orang search, dengan harapan entri yang die buat kat blog die akan muncul, dan orang akan bukak, maka bertingkek-tingkek lah trafik yang masuk ke blog die tu.

tips rajin update blog

Macam aku ni, tips rajin update blog yang aku amalkan adalah same macam yang aku pernah nyatkan satu masa dulu (teknik blogging) contoh paling senang nak nampak, entri yang korang tengah baca ni, diterbitkan atau published pada 4 februari 2014 pukul 06:22 pagi, padahal aku buat entri ni masa 16 disember 2013, pukul 2:30 pagi. masa tu tak boleh tdo, dah cuba dah tdo pukul 12:40, pukul 1 pagi dah tersedar, puas pusing sana, pusing sini, tak nak gak tdo, pastu tetibe teringat member pernah tanya macam mana nk install wordpress, die baru beli hosting dan domain kat klbytes.com masa tu dan tanya macam mana nak buat shopblog ataupun online shop. so saya dah biasa bermain dengan wordpress, so saya cadangkan die buat guna wordpress jela… so saya ajarla step by step macam mana nak install wordpress tu… pastu ajar die pasal wordpress secara ekspess… huhu… xpe… yang tu insyaAllah saya akan kongsikan macam mana nak buat ok?

blog update

ok, selain dari tips rajin update blog yang aku nyatakan kat atas tu, aku ada gak beberapa cara lain… tapi antara tips rajin update blog yang sangat biasa aku gunakan adalah draft kat smartphone, tips ni aku pernah kongsikan secara ringkas gak dulu (smartphone dan blogging) masa tu aku pakai nokia n900, masa tu takde pelan internet murah2 lagi.

wordpress samsung

menggunakan tips itu, aku draft kat smartphone(tak kisah ada internet ke tak sebab die boleh save dalam phone) bila aku ada idea, aku taip segala ape yang terlintas dalam kepala otak aku ni, pulun habis, save sebagai draft. pastu bila ada masa, aku review balik entri tu, masukkan gambar, adjust keyword bagi ada SEO sikit(tak dapat sikit,banyak pon jadilah)

TIPS RAJIN UPDATE BLOG

lagi satu tips rajin update blog yang bukanlah aku suka amalkan, tapi kadang2 terpaksa rela, tidur lewat, sebabnya aku punye perangai, bila aku buat sesuatu, aku suke hentam sampai habis, kalau berhenti tetengah jalan, conform berkulat kerja aku tu, pon belum tentu aku akan sambung balik. so macam nilah… orang semua dah tdo, bertemankan lampu usb yang aku modied menjadi lampu meja, aku update blog aku ni. sekadar berkongsi pandangan, pendapat dan pengalaman.

update blog

so itu jelah cara yang aku dapat kongsikan… selamat maju jaya!!! huhuhu

Hasil carian :

(Visited 139 times, 5,351,490)