Bila simkad hilang , apa nak buat?

Inilah antara padah bila banyak telefon dan banyak simkad. Risiko sama ada hilang telefon atau simkad hilang pasti akan dialami.

Simkad dan telefon yang hilang tu adalah simkad maxis saya, nombor yang ramai orang tahu dan telefon pintar percuma yang myeg bagi saya dulu.

Telefon tu boleh hidup, tapi… bak kata pepatah, ‘hidup segan mati tak mahu’ tapi rasanya istilah mati tak mahu tu macam tak sesuai pulak, sebab dia rajin mati dan restart sendiri.

Jadi mungkin pepatah yang sesuai untuk telefon tu adalah “hidup segan, mati je manjang”

Dahlah terhad nak install aplikasi, jadi sudahnya telefon tu dah jadi macam telefon zaman muda saya dulu, zaman nokia 3310, ericson t15 dan yang sama jenis dengan display monorchrome.

Setakat boleh guna untuk call dan sms, itupun selalunya tak boleh gak sebab asyik hang dan keluar error segala benda stoped.

Lebih menyedihkan lagi, susah betul nak charge, nak kata cable atau charger yang problem, bila guna cable atau charger yang sama di telefon lain, elok pulak chargingnye.

Bila dah susah nak charge, maka susahlah nak hidup, bila dah susah nak hidup, telefon kecik bewarna hitam tu selalu la dibuat main oleh anak dara saya ni

Lepas tu dia letak merata sampai sekarang tak jumpa, bila cuba misscall, gagal sebab telefon tu dah mati dek kerana susahnya nak charge.

Kesudahannya, 2-3 minggu sekali, atau sebulan sekali, saya akan topap nombor tu melalui online banking atau melalui agen topap. Sekadar nak bagi nombor tu hidup.

simkad hilang

Sejujurnya bila simkad hilang, terutama sekali bila simkad hilang tu pula simkad nombor maxis yang dah ramai sangat orang tahu, hati saya agak tenang sebenarnya. hehehehe Continue reading

(Visited 50 times, 5,348,766)

Backup nombor telefon

Backup nombor telefon

Ok, semalam saya dah kongsikan cara nak mengelakkan contact di handphone hilang, ingat nak sekalikan cara nak backup nombor telefon ni sekali, tapi entri tu dah panjang sangat, jadi saya buat satu entri lain.

Entri ni cara macam mana pengguna telefon pintar android nak backup nombor telefon yang dah sedia ada dalam telefon tu tanpa perlu menyalin atas kertas yang mungkin mengambil masa berjam-jam.

backup nombor telefon

Caranya tak la susah sangat pun sebenarnya, tapi agak mengelirukan sikit la kot.

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 932 times, 5,348,766)