macam mana nak buat password yang kuat

macam mana nak buat passowrd yang kuat atau pun dalam istilah yang biasa kita jumpa bila nak buat akaun gmail atau mendaftar kat mana-mana laman web adalah strong password. kenapa kita kena buat password yang kuat? terjamin selamat ke akaun kita bila kita buat password yang kuat ni?Jawapan bagi persoalannya kat bawah ni.

password yang kuat

Macam mana nak buat password yang kuat adalah dengan membina banyak aksara atau charactor, menggabungkan huruf besar dan kecil, dicampur dengan nombor dan simbol. Jadi, antara caranya, janganlah buat password menggunakan nombor telefon, nombor ic nama sendiri sama ada nama betul atau nama samaran,nombor plat kereta. kenapa pulak? sebab orang-orang yang disekeliling korang, ataupun orang yang dok menghendap atau dok memerhati sama ada dia minat ke berdendam ngan korang akan cuba guna benda-benda tu sebagai cubaan untuk cuba log masuk ke akaun korang atau hack wifi korang hehe.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,369,735)

password yang kuat

Bila duduk-duduk tak buat apa tu, cam duduk tunggu bas ke, duduk rehat ke, cuba cipta password atau kata laluan yang kuat contoh benda yang korang boleh guna untuk bina password atau kata laluan yang kuat adalah menggunakan model handphone pertama yang korang dapat, model kereta pertama korang beserta dengan nombor plat atau model motorsikal pertama yang korang bawak, atau mungkin model kereta idaman korang ke atau filem atau drama kegemarang korang atau mungkin nama pelakon, penyanyi, ustaz kegemaran korang atau nak buat ayat pon boleh

contohnya macam :

nokiaPISANG8110.

nokia pisang

korang jangan gelak guling-guling plak… selain nokia 3310, nokia pisang ni pon legend gak tau, neo guna dalam cerita matrix. tapi saya tak pernah la guna fon ni… model paling lama saya pernah guna takat nokia 5110 atau yang ada kalanya dipanggil nokia kereta kebal ni jela. tu pon pinjam member punye yang die dapat daripada membe lain yang diorang jumpa tepi jalan masa balik dari makan

nokia kereta kebalcontoh password lain, proton_saga_KNIGHT89. korang boleh gak ganti beberapa huruf dengan simbol, antara yang saya dapat fikirkan dan simbol ni biasanya ada kat keyboard komputer atau laptop adalah macam ni.

A = A atau 4 atau a atau @ atau ^

B = B atau 8 atau b atau 6 atau &

C = C atau c atau (

D = D atau d atau &

E = E atau e atau 3

G = G atau g atau 9

H = H atau h atau #

I = I atau | atau  i atau !

N = N atau n atau %

O = O atau o atau 0(kosong)

S = S atau s atau $

T = T atau t atau 7 atau +

tapi tak semua boleh diterima… kalau diterima boleh la guna. contohnya andai kata nokiaPISANG8110 tu kita boleh buat macam ni n0k!aP|$ANG8110. atau pr0+onKN!GH789

ok, point untuk membina password yang kuat adalah:

  • bina ayat atau menggunakan banyak perkataan
  • menggabungkan huruf kecil dan huruf besar
  • menggabungkan huruf,nombor dan simbol

selain daripada fikirkan untuk bina password atau katalaluan yang kuat, kita boleh gak menggunakan password generator(taip je kat google) antara yang saya jumpa, adalah strongpasswordgenerator.com

katalaluan yang selamat

kenapa kita kena buat password yang kuat?

supaya akaun kita sama ada komputer, password wifi atau akaun online kita tak mudah di ceroboh, dengan mencipta katalaluan yang kuat atau kukuh, agak sukar penceroboh atau penggodam nak meneka katalaluan yang kita gunakan baik dari sudut manual, ataupun menggunakan aplikasi atau script

terjamin selamat ke akaun kita bila kita buat password yang kuat ni?

jawapan saya – TAK. saya tak jamin yang dengan membina atau membuat atau mencipta katalaluan yang kuat akan menjamin peranti, komputer, laptop, akaun facebook,akaun email, akaun paypal kita selamat dari diceroboh. seperti yang saya nyatakan dalam entri mengelakkan gambar lucah tersebar  yang lepas, tiada jaminan yang kita ni selamat dari digodam. tapi sekurang-kurangnya hacker atau penggodam baru, yang kurang ilmu atau pengalaman sukarlah sikit nak ceroboh.

cari katalaluan

selain tu, kerap menukar kata laluan juga amat digalakkan, lagi kerap kita guna, lagi keraplah kita digalakkan tukar katalaluan tu

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,889 times, 5,369,735)

Hasil carian :

(Visited 634 times, 5,369,735)

Welcome new blogger – D.U.L.T

Malam tadi, along dan sorg membe(D.U.L.T) ni pegi ke sijangkang, nak jumpa dengan sorg kawan(highope) yang akan mengkahiri zaman bujangnye minggu depan, D.U.L.T ni diminta untuk jadi pengapit highope ni nanti, so diorg pon adakan pertemuan untuk berbincang apa yang perlu diorg buat nanti. Nak dijadikan cerita, kereta si highope ni ade problem pulak, boleh nut yang menutup lubang tercabut, dah xpasal2 gearbox dia problem, so kitorg ni amek si highope ni, g minum kat satu kedai makan(xkan kedai pekakas elektrik lak kan?) sambil si highope ni contact kawan2 dia untuk cari kereta untuk disewa atau dipinjam, along ngan D.U.L.T ni berbual la… then die tanya la ngan along pasal tips2 blogging, die cakap die dah buat satu blog baru. ni blognye…

satu blog baru oleh seorang rakan menggunakan blogspot telah dilancarkan beberapa minggu lepasdo u like that

dok bebual malam tadi dia ada mention yang dia minat sangat ngan obe , penulis atau founder blog serius die siap pesan.. “kalau ko nak jumpe die, bgtau aku” cet… sape la along ni si obe tu nak jumpe… hahahaha… die mengagumi obe tu dari sudut pemikiran die.. so D.U.L.T dan highope ni antara rakan2 pemikiran kritis along, kitorg sll berbincang tentang macam2 hal dari sudut yang berbeza. Memasing ada ilmu dan kelebihan memasing, so bila berjumpa, kitorg jarang bawak pasangan masing2, sbb pasangan kitorg akan jadi bosan… hehehehe… ok, jemput la ke blog D.U.L.T tu n follow die ye… n lawat skali blog2 miss b , pjah dan ieta.

korang dah like page alongxp.com?

(Visited 77 times, 5,369,735)

happy belated birthday syuxer

Assalamualaikum..

Ok,sebenarnye aku baru prasan yang birthday syuxer ni 2 ari lepas, dek kerana kebizian aku pada hari tersebut,aku tak sempat bw kat blog beliau… ok… Entri ini simple dan ekspress..Aku just mahu ucapkan selamat hari lahir untuk insan yang bernama Ahmad Shukree..Insan tersebut adalah syuxer..:)..kini beliau sudah berusia 24 tahun..dewasa kah umur sedemikian..hehe
Semoga Allah s.w.t merahmati dan memberkati perjalanan hidup syuxer, memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada dia, menjadikan die seorang yang matang dan berwawasan tinggi,menjadi anak yang soleh dan hormat kepada orang yang lebih tua serta menjadikan hidup ini berwarna-warni seperti langit..Yang pasti, disebalik pelangi itu, terselit pelbagai pengalaman yang indah..

p/s: copy,paste n edit dari entri die sendiri…hehehe… happy borthday syuxer…

(Visited 12 times, 5,369,735)

selamat tinggal XP… perlukah aku tukar nama?

 

Haha… gimik… gimik…gimik… bukan ape.. aku nak cerita pasal Microsoft Windows XP ni… satu sistem operasi windows yg aku rasa paling popular,paling lama org pkai dan paling ramai orang pakai walaupun dah keluar windows vista, windows 7, dan coming soon windows 8 plak dah… tapi masih ramai yang selesa ngan windows xp. Continue reading

(Visited 89 times, 5,369,735)