Sabtu : hari tanpa plastik

ari sabtu ari tu,aku g ke blog farah daily life dan baca la entri  sabtu tanpa plastik, teringat la masa tahun lepas,masa benda ni baru2 dilancarkan, ramai yg tak tahu, tak puas hati bila cashier cakap kena bayar 20sen untuk setiap beg plastik. siap ada sorang friends aku di facebook tu letak status difacebook die memaki hamun cashier, tapi akhirnya mengalah bila orang kata dia ketinggalan.

hari tanpa plastiknasib baiklah aku ni jenis jarang g beli barang2 time weekend, selalunya aku beli borong barang2 time hari gaji atau selang beberapa hari lepas gaji, weekend jarang pegi, sebab ramai sangat orang, sesak wei… nak sorong troli time sesak2 tu,bukannye senang. So aku pilih hari biasa, parking tak susah, tak payah nak bersesak-sesak.

Tapi aku respect la sorang brother ni masa aku balik kluang 2 bulan lepas, masa aku kat kaunter tu(aku nk beli rokok rasenye), brother tu beli sabun dan barang2 lain, sekali die masukkan dalam beg die, die kate memang die pakai beg tu sebab die tau hari sabtu hari tanpa plastik,bukan kerana sayangkan 20 sen sehelai,tapi kerana nak menyokong usaha hari tanpa plastik. bagus betullah. kalau semua orang macam dia kan bagus.

(Visited 59 times, 5,369,538)