Jangan terpedaya dengan Penipuan Google Docs

Yup, tajuk memang menakutkan dan memang patut korang takut,terutama sekali mereka yang mempunyai akaun google patut takut dengan penipuan google docs ni.

Tak tahu benda ni dah sampai ke rakyat malaysia ke belum, tapi kat luar negara ramai dah yang terima email ni dan dah terkena dengan penipuan google docs ni.

Penipuan Google Docs ni bukannya dari google, tapi dari pihak yang tak bertanggungjwab mencipta script / aplikasi online dengan nama Google Docs

penipuan doogle docsEmail yang mereka terima kelihatan macam ni. Email yang diterima mungkin dari orang yang korang kenal atau mereka yang ada dalam contacts akaun google korang.

Dari reply-reply di twitter, ramai sangat yang kena. Merata tempat benda ni tersebar.

Kalau korang ada dapat email macam ni, kalau boleh jangan klik pada link tu atau pada ayat Open In Docs tu. Ni satu video apa yang terjadi bila klik link tu.

 

Kalau anda dapat email yang lebih kurang macam ni walaupun dari kawan korang, tanya kawan korang tu sama ada betul dia ada hantar email tu dan beritahu kawan-kawan korang yang bijaksanasini bab IT.

Belum jelas lagi apa lagi yang benda ni boleh buat tapi ramai yang kagum dengan kecanggihan penipuan google docs ni. Kalau korang klik benda ni, mula-mula sekali dia akan bawa korang ke page google account yang SEBENAR, tapi lepas tu korang akan diminta untuk membenarkan akses kepada satu aplikasi yang menggunakan nama google docs.

google docs palsu

Akses yang akan diberkan kepada aplikasi ini adalah membaca, menghantar, membuang dan menguruskan email gmail anda.

Seolah-olah korang bagi username dan password gmail korang kepada orang yang tak dikenali, lepas tu orang tu akan menggunakan gmail korang tu untuk menghantar email kepada orang lain.

Saya tak pelik kalau ramai rakyat Malaysia yang dah terkena benda ni memandangkan kita memang malas nak membaca, main tekan ok, next, continue je secara mengkhinzir buta.

Kalau anda dah klik link tu, atau nak check sama ada korang dah membenarkan akses ni secara tak sengaja. Sila pergi ke https://myaccount.google.com/permissions dan tengok ada tak Google Docs dalam senarai tu. Kalau ada (sepatutnya tak ada), klik pada ‘Google Docs’ tu dan tekan remove seperti gambar di bawah

membenarkan aksesSebab, bila korang dah membenarkan akses kepada benda ni, walaupun korang tukar password, ia mungkin tak membantu.

Tolong jangan pandang remeh benda ni. dengan email sahaja pun, macam-macam benda mereka boleh buat. Tambah-tambah kalau korang ni jenis ada 1 je email. dan email tulah yang korang gunakan untuk semua benda.

Itulah email untuk email peribadi, itulah email kerja… itulah email Facebook dan apa yang rakyat Malaysia takuti adalah facebook mereka kena hack.

So far, alhamdulillah fb saya belum pernah kena hack, tapi cubaan hack tu ada banyak kali, dan pernah hampir berjaya di hack oleh 1 app.

Anda boleh jadi celik IT jika anda rajin membaca.

(Visited 24 times, 5,310,468)