Radio amatur tu apa?

haiyya… penat woo mau cerita… klu dari dalam blog ni,korang boleh tengok kat sini dan kat sini.. tapi aku bukanla byk sgt pon ilmu benda ni.. ok, aku share apa yang 9W2VDR kat fb…

Masihkah anda ingat kejadian tanah runtuh yang berlaku di Bukit Antarabangsa beberapa tahun dahulu?

Kejadian tersebut bukan sahaja menyebabkan penduduknya terperangkap akibat jalan utama ditimbus tanah malah turut meragut nyawa beberapa penduduk di situ.

Seluruh negara gempar, petugas keselamatan dan perubatan terpaksa diatur gerak untuk membantu mereka yang terperangkap.

Namun, tahukah anda pengurusan bencana alam, kecemasan serta kemalangan sedemikian tidak akan berjalan lancar tanpa adanya sistem perhubungan (komunikasi) yang berkesan.

Dalam keadaan begitu, sistem perhubungan biasa seperti telefon bimbit, komunikasi wayarles tidak akan berfungsi dengan baik akibat kesesakan trafik.

Fenomena kesesakan talian perhubungan ini biasa kita hadapi ketika tahun baru mahu pun mana-mana sambutan perayaan.

Justeru apabila negara berada dalam kecemasan, bencana alam, sistem komunikasi berasaskan radio memainkan peranannya.

Menurut Presiden Persatuan Perkhidmatan Kecemasan Radio Amatur Malaysia (MARES), Abdul Aziz Mohd. Nor, ketika berlakunya bencana alam penggunaan talian komunikasi biasa akan tergendala.

“Banyak faktor yang menyebabkan talian komunikasi biasa ini tergendala, antaranya kerosakan menara pencawang atau stesen komunikasi terputus bekalan kuasa.

“Namun, gangguan tersebut tidak terjadi jika menggunakan set komunikasi radio amatur,” ujarnya ketika ditemui di Rumah Kelab MARES di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.

Justeru, kelebihan berkomunikasi melalui radio amatur ini digunakan sepenuhnya ketika berlakunya kecemasan seperti bencana alam, kerja-kerja mencari dan menyelamat mangsa pesawat terhempas.

Menyorot kembali sejarah penggunaan radio amatur ia bermula pada tahun 1912, Kongres Amerika Syarikat (AS) telah meluluskan undang-undang pertama bagi mengawal selia pemancaran radio di negara berkenaan.

Bermula 1914, pengguna radio amatur telah mula berkomunikasi dan mengadakan satu sistem penghantaran mesej di antara mereka.

Di Malaysia, radio amatur merupakan titik bermulanya perkhidmatan radio komersial.

Justeru, bagaimana komunikasi radio ini memainkan peranannya ketika bencana alam?

Menurut Abdul Aziz, ketika berlakunya bencana alam, kecemasan atau operasi mencari dan menyelamat dilakukan, sistem komunikasi radio ini akan dipasang berdekatan kawasan tersebut.

“Kita ada beberapa pasukan khas yang akan bertugas untuk memasang peralatan komunikasi ringkas.

“Tugas kumpulan ini adalah menyediakan informasi dan bantuan komunikasi kepada pihak keselamatan, perubatan dan pihak yang melaksanakan operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Hal demikian kerana setiap pasukan tersebut memiliki frekuensi radio tertentu yang boleh atau biasa mereka gunakan.

Oleh itu, perhubungan secara terus antara pasukan yang berlainan (contoh Jabatan Bomba dan Penyelamat dan perubatan) agak terhad berikutan peralatan serta frekuensi yang digunakan tidak sama.

Justeru, MARES merupakan orang tengah yang menghubungkan pesanan komunikasi tersebut.

“Sebagai contoh, kejadian runtuhan Highlands Tower pada tahun 1993, pihak kami telah menyediakan dua pusat komunikasi iaitu di tapak runtuhan dan di Hospital Kuala Lumpur.

“Ia bertujuan untuk memudahkan pasukan perubatan di tapak runtuhan untuk memohon sesuatu bantuan secara terus kepada pihak hospital,” jelasnya.

Justeru apa sahaja yang diperlukan oleh pasukan perubatan di tapak runtuhan dapat dihantar segera oleh pihak hospital.

Malah, menurut Abdul Aziz, pada tahun 1999 mereka telah diminta membantu pasukan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Negeri Sembilan dalam operasi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat Cessna.

“Pihak kami dipanggil untuk menyediakan bantuan komunikasi antarac JPAM, Polis, Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di hutan Mantin, Negeri Sembilan,” ujarnya.

Ketika kejadian, semua komunikasi wayarles dan telefon bimbit di kawasan bencana tidak berfungsi kecuali komunikasi radio amatur.

Paling ketara, kepentingan perhubungan komunikasi radio ini dapat dilihat ketika berlakunya kejadian tsunami di Acheh, Indonesia.

Biarpun berada jauh namun, frekuensi radio dari Acheh yang memohon bantuan telah diterima oleh pihak MARES di Kuala Lumpur.

MARES telah menjawab panggilan yang sepatutnya diterima oleh pasukan perhubungan Indonesia di Medan dan menghantar semula pesanan komunikasi tersebut ke Medan.

Keadaan muka bumi seperti gunung ganang, bukit bukau juga kadang kala boleh memesongkan frekuensi radio, justeru komunikasi dari Aceh tidak sampai ke Medan biarpun berada berdekatan.

Namun pancaran tersebut telah diterima oleh MARES di Kuala Lumpur dan telah menjadi orang tengah dan membantu dalam bentuk penyampaian maklumat.

MARES juga turut terlibat dalam operasi menyelamat mangsa tsunami di Acheh dengan menyediakan peralatan komunikasi kepada penduduk yang terlibat.

Tidak semua frekuensi boleh digunakan biarpun memiliki peralatan dan kemampuan untuk melakukannya.

Setiap pihak berkuasa tempatan memiliki kod frekuensi tertentu di mana ia tidak boleh diceroboh dan digunakan oleh pengguna radio amatur biasa.

MARES sendiri memiliki kod frekuensi yang dikenali sebagai ‘call-sign’ untuk kegunaan ahlinya.

Menurut Abdul Aziz lagi, dalam keadaan aman, MARES tidak boleh menceroboh frekuensi pihak berkuasa atau mana-mana frekuensi lain contohnya seperti frekuensi ‘airband’.

Tetapi MARES boleh mengunakan frekuensi tersebut dengan izin ketika kecemasan dan dalam keadaan yang terkawal.

Ia bagi mengelakkan gangguan komunikasi antara pihak berkuasa.

Penggunaan radio amatur di Malaysia adalah dilesenkan di bawah Akta Komunikasi yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Seseorang peminat radio amatur yang ingin menceburkan diri dalam hobi tersebut perlu mendapatkan sekurang-kurangnya lesen Kelas B yang dikenali sebagai Penguntukan Radas (apparatus assignment) daripada SKMM.

Untuk mendapatkan lesen tersebut pengguna radio amatur perlu menduduki ujian Radio Amatur (RAE).

Ujian tersebut juga turut dikendalikan oleh SKMM dan maklumat berkenaan ujian ini boleh didapati di laman web SKMM iaitu www.mcmc.gov.my.

Sebagai permulaan, pengguna radio amatur boleh menjadi ahli bersekutu MARES atau Pendengar Gelombang Pendek (SWL) yang membolehkan pengguna radio tersebut mendengar perbualan di jaluran radio amatur.

Malah, pengguna baru radio amatur juga boleh berbual menggunakan call-sign operator lain dengan izin.

Sebenarnya penggunaan radio amatur amat meluas di seluruh dunia, malah pihak tentera mana-mana negara memberikan penumpuan khas terhadap kaedah komunikasi ini.

Ia bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan perhubungan malah untuk tujuan risikan serta pengumpulan maklumat.

Namun, di Malaysia, sehingga tahun lepas sahaja, hanya seramai 7,000 orang sahaja yang memiliki lesen radio amatur.

Ia jauh berbeza berbanding negara jiran, Thailand yang mencatatkan hampir 200,000 orang memiliki lesen radio amatur.

Malah, Indonesia pula mencatatkan 35,000 orang malah negara-negara yang sering mengalami kejadian bencana alam seperti Jepun juga mencatatkan ratusan ribu rakyatnya memiliki lesen serta kebolehan dalam berhubung menggunakan radio amatur.

Mungkin, keadaan Malaysia yang sentiasa aman serta jarang dilanda bencana alam besar seperti ribut taufan, tsunami, gempa bumi serta jauh dari lingkaran gunung berapi menyebabkan hobi ini kurang diminati.

Selain itu, kurangnya pendedahan secara meluas juga menjadikan hobi ini tidak begitu dikenali ramai.

Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai persatuan serta kaedah komunikasi radio amatur itu sendiri anda boleh melawati laman web MARES, www.mares.org.my.

ok, kat sini gak aku nak share beberapa video pasal radio amatur atau dipanggil ham radio.

 

.

ok, sekarang kite g jengah mereka ni pulak… diorg ni sume geng radio amatur 9W2URY,9W2FLY dan ADARC47

masukkan e-mail address anda disini (REGISTER), dan pelbagai cerita baru yang menarik dan tips2 akan dihantar kepada anda

Hasil carian :

(Visited 75 times, 5,351,047)