Panduan solat : repost

aku nk re post balik post yg aku wat hampir 2 thn lpas, post tu kire antara post yg laing byk visit. cuma kali ni aku letak gamba, hehehehe… gamba org solat sunat pas nikah nih…

ni postnye…

Tidak dinafikan ramai umat Islam zaman sekarang yang tidak mengerjakan solat.

Tapi aku percaya ramai di antara mereka pernah dididik tentang kewajipan solat dan pernah mengerjakannya.

Mungkin akibat kelekaan duniawi, ibadah suci itu telah terperosok, jauh di dalam lubuk hati, sama ada sedar atau pun tidak.

Yang nyata, aku tidak pernah berasa benci atau marah kepada mereka yang tidak mengerjakan solat, apatah lagi untuk memandang hina golongan ini.

Kerana solat itu sendiri adalah soal hati dan keikhlasan. Tanpa keikhlasan, tak mungkin perbuatan solat itu mencapai maksudnya.

Namun begitu, janganlah kita berasa selesa dengan kejahilan. Jangan pula berasa bangga dengan ilmu dan amalan. Sebaliknya, berazam dan berusahalah untuk mengerjakannya dengan istiqamah di samping memperbaiki segala kelemahan yang ada. Continue reading

(Visited 98 times, 5,333,925)