Buka kedai online tapi tak ada stok?

Buka kedai online tapi tak ada stok?

Buka kedai online tapi tak ada stok? Ye saya yakin anda yang buka link ni mesti ada pengalaman atau baca atau dengar ada orang beli barang online, dah bayar dah, pembelian dah confirm, tunggu punya tunggu, barang tak sampai-sampai.

Bila tanya dengan penjual online tu, dia kata dia belum ada stok, masa tu mesti korang nak marah, macam mana dia boleh buka kedai online tapi tak ada stok kan?

buka kedai online tapi tak ada stok

Kaki beli barang online mesti penah merasa pengalaman macam ni, sekurang-kurangnya sekali kan?

saya pon pernah kena benda ni, masa nak beli tablet lukisan digital, sebelum saya beli dengan penjual yang saya cerita dalam entri tu, saya dah beli dengan penjual lain, beli siang, malam tu dia emel kata stok tak ada, mintak refund, lambat sangat baru dia balas. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 181 times, 5,350,919)

Apa itu advertorial ?

Siapa yang friend dengan saya kat fb akan perasan yang kebelakangan ni saya ada update status berkaitan dengan advertorial. Ada jugak yang tanya apa itu advertorial. Ok, sekarang saya nak cerita ape kebendanya advertorial tu? adakah ianya sejenis buah macam epal? adakah ianya sejenis tangkal pendiding diri yang membolehkan kita jadi kebal? adakah ianya satu jenama mi segera yang baru? adakah ianya model kereta terbaru? atau mungkin ianya satu teknologi komputer baru?

Ok, advertorial sebenarnya adalah gabungan perkataan advertisment (iklan) dan editorial. Maksud editorial pulak, kalau mengikut google translate adalah seperti dibawah.

maksud editorial

dan kalau mengikut kamus dewan bahasa dan pustaka pulak adalah seperti dibawah

makna editorialsenang cerita maksud editorial ni penulisan mengikut pandangan penulis / editor lah…. kot… hahahaha. maknanya, bila digabungkan perkataan advertisment dan editorial, yang menghasilkan perkataan advertorial bermaksud pengiklanan yang mengikut pandangan / ulasan penulis. kalau advertorial di blog, maknanya pengiklanan berdasarkan ulasan bogger sendiri. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 335 times, 5,350,919)

Bisnes online – apa yang perlu?

bisnes online

Sekarang ni ramai yang dah mula buat bisnes online, tapi banyak gak yang membuatkan perniagaan yang mudah tu jadi susah. Kerja yang memerlukan 3-4 langkah je dah jadi sampai 10 langkah. silap-silap perniagaan kena tutup, atau peniaga kena tahan pihak berkuasa. contoh berita yang saya ambil ari blog sebelah

 2010/07/20
PULAU PINANG: Dalam tempoh dua tahun lalu kerajaan sudah mengambil tindakan terhadap 400 individu yang menjalankan perniagaan menerusi Internet kerana tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Rohani Abdul Karim berkata, kesemua mereka dihadapkan ke mahkamah mengikut Seksyen 12 (1)(a) Akta Pendaftaran Perniagaan 1956 (Pindaan 2001) yang membawa hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih dua tahun.

“Individu atau syarikat yang menjalankan perniagaan menggunakan laman web atau Internet sebenarnya tidak terkecuali dan mesti mendaftarkan perniagaan mereka,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Dialog Amalan Perniagaan Beretika Zon Utara, di sini hari ini.

Katanya, langkah itu bertujuan melindungi pengguna daripada unsur penipuan selain memastikan peniaga mematuhi etika perniagaan.

Beliau berkata, kerajaan juga menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia sentiasa memantau laman web yang menjalankan perniagaan bagi mengesan pihak yang gagal mendaftarkan perniagaan mereka.

“Kita mahu golongan ahli perniagaan mempunyai kesedaran bahawa mereka mempunyai tanggungjawab dan kod etika yang harus dipatuhi supaya pengguna tidak menjadi mangsa penipuan,” katanya. – Bernama

Nampak tak betapa bahayanya? haha… takut tak? so langkah yang perlu korang buat untuk mula berniaga online ni, korang mestilah mendaftarkan syarikat, saya tak pasti kalau boleh daftar syarikat tu secara online, tapi saya try search daftar ssm online tadi, hasil yang saya dapat mengatakan sistem tu ditutup sementara. kali terakhir saya dengar member saya yang kata nak daftar syarikat melalui internet pon akhirnya buat secara offline.

Ok, sambung balik topik bisnes online ni, entri ni sebenarnya saya buat sebab saya dimintak tolong(tapi ada upah la hehe) setupkan website e-commerce, kerja tu boleh jadi senang, dan tuan punya website pon akan jadi senang nanti bila semua benda yang diperlukan lengkap. apa yang perlu?

  • Nama syarikat
  • nombor pendaftaran syarikat
  • pengenalan tentang syarikat
  • contact
  • lokasi
  • servis yang disediakan
  • produk
  • saluran pembayaran
  • cara penghataran

 

ok, sedikit penerangan tentang perkara2 kat atas tu, nama syarikat dan nombor pendaftaran syarikat tu maknanya benda2 yang korang guna masa daftar syarikat tu, contohnya alongxp network sdn.bhd nombor pendaftaran syarikat  3422fdz12-v (contoh je)

pengenalan tentang syarikat : contoh : alongxp network adalah satu syarikat rangkaian org2 yang suke duduk depan komputer mencari bahan dan upload ke website alongxp.com. kumpulan kami terdiri dari 15 orang yang sentiasa ada online, sebab dunia kami semua depan pc, kadang2 mak atau isteri kami sampai  tarik telinga kami ajak pegi makan.

Contact : contoh : hubungi kami di

alamat : no 55, jalan seri,

taman landak,

tampin,

negeri sembilan

tel : 0129753123 (contoh)

email : admin@alongxp.com

twitter http://twitter.com/alongxp

http://fb.com/blogalongxp

Lokasi : sama dengan alamat

 

servis yang disediakan : servis yang disediakan ni maksudnya perkidmatan yang anda tawarkan kepada pengguna. contoh : menjual kain pelekat gajah bertimpuh, kain batik cap kaki palsu, menjual baju kanak-kanak berumur dari 3 bulan hingga 12 tahun.

Produk : bila anda mengupah seseorang untuk membuat web e-commerce untuk anda memulakan bisnes online anda tu, jika anda mengharapkan yang anda terus boleh memulakan perniagaan melalui internet dari web e-commerce anda, tolong bagi detail tentang produk2 anda, seperti gambar, harga, berat, saiz, kualiti, buatan, dan kalau perlu, jumlah stok. ini akan memudahkan anda dan pembina laman web anda. so tak perlu nak habis kredit atau membuatkan bil telefon anda melambung untuk membincangkan perkara-perkara ni.

saluran pembayaran : bagi detail cara pembayaran yang anda tawarkan kepada pengguna, nombor akaun bank, akaun paypal, kalau anda membenarkan cod, bagi detail area mana yang anda cover. so anda tak perlu dah nak usik2 bahagian setting tu, belajar je macam mana nak tambah produk.

cara penghantaran : jelaskan cara penghataran yang anda gunakan, guna courier ke, cod ke pos ekspress ke, so detail ni boleh dimasukkan dalam laman web e-commerce anda, sebab mungkin ada sesetengah orang yang serik dengan beberapa jenis penghataran atau syarikat penghantaran, contoh paling jelas, saya sendiri, cukup serik dengan pos ekspress, 2 kali dah terkena, benda tak sampai, 1st time masa saya belajar, hantar borang kat orang, borang tak sampai2, lagi sekali, tahun lepas, OP(Offical Photographer) saya hantar album gambar persandingan saya, tak sampai2… dan anda mungkin boleh menyatakan jumlah cas yang dikenakan bagi setiap jenis penghantaran.

 

bisnes online dari rumah

gambar sekadar hiasan

 

notakaki: ada sesetangah orang mengadu, kenapa kos nak buat web terlalu tinggi yang webprogrammer kenakan? well.. pada saya, memang patutla diorg kenakan nilai yang tinggi, nak costumize cms je pon dah memerlukan ilmu programming, ilmu tu bukan boleh dapat senang2… even kalau webmaster tu belajar sendiri pon, masa yang digunakan tu, tinggi nilainya, nak servis komputer lagi, bill elektrik,bill internet, bayaran plugin,theme, banyak lagi la… so jangan berkira sangatla kan? 🙂 Penerangan lebih lanjut kenapa upahnya mahal sangat disini Kenapa upah mahal sangat

 Panduan lengkap bisnes online

 

Hasil carian :

(Visited 281 times, 5,350,919)

Cara buat duit online dengan mudah

Buat duit online , Ramai telah berjaya, anda bila lagi, lihat screenshot jumlah wang yang masuk ke akaun saya setiap hari, wang masuk ke akaun tak putus-putus, Jana Pendapatan Yang Lumayan Dengan Blog Bayar Loan Kereta Bayar Loan Rumah Beli baju baru dan kasut baru setiap bulan. Makan di luar rumah  Ingin memiliki blog yang boleh menjana pendapatan secara automatik? Dapatkan strategi hebat secara Percuma disini. Benarkah hanya online 2-4 jam sehari boleh menjana pendapatan hingga 5 angka sebulan? Cara mudah menjana kewangan dari internet. Sila baca entri ini hingga ke akhir.

duit online

Saya jamin, 70% dari pembaca blog ni mesti pernah baca ayat-ayat macam ni kan? Dan mesti ada yang pernah rasa menyesal sebab percaya kan? Siap ada yang dah rugi walaupun hanya RM50 sebab beli e-book tu kan? haha.. saya pun pernah jugak search benda-benda ni… tapi belom pernah lagi rasa menyesal. sebab saya tak pernah pon beli e-book untuk buat duit semua ni… so far saya belom pernah lagi BELI mana2 e-book, kalau ada orang Malaysia yang buat apa-apa ebook berkaitan hal yang saya minat,tapi e-book tu dijual, memang saya tak beli… sbb saya bukan banyak duit pon… kalau saya nak jugak belajar sesuatu benda tu, saya cuba translate benda yang saya nak tau tu dalam B.I, cari keywords yag sesuai, dan gunakan search engine(google diutamakan). Banyak info-info yang berkaitan yang boleh kita dapat secara percuma dari luar negara. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 139 times, 5,350,919)