Marah dan kesannya

Marah dan kesannya.

Ok, cerita hari ni yang bertajuk Marah dan kesannya ni ada kena mengena dengan entri sebelum ni iaitu kenapa lelaki susah nak minta maaf.

Apa kaitan marah dan kesannya dan kenapa lelaki susah nak minta maaf? Kaitannya adalah macam yang saya cakap, lelaki yang matang, dia tak akan buat satu benda yang kurang bijak kerana dia tahu akan kesannya. Antara benda yang akan di elakkan adalah, marah.

marah dan kesannya

Kenapa dengan marah? Kenapa nak marah? Kenapa tak marah? Tak kan tak boleh marah langsung?

Macam saya tengok(sambil-sambil update blog) kat tv ni dia cakap, dalam cerita p.ramlee ada cakap, kalau marah kena jual, jual kat syaitan… Maka syaitan akan gunakan kita untuk perkara yang dia nak. Tak faham kan? Biarkan… Hehe

Ok saya pernah dengar satu cerita seorang ayah dengan anak dia ni. Ayah dia cakap kat anak dia suruh dia kawal marah. Setiap kali dia marah, dia kena ketuk satu paku di dinding.

paku dinding

Dan setiap kali dia nak marah, tapi dia mampu kawal dan atau meminta maaf pada orang yang dia marah, dia kena cabut satu paku yang dia dah ketuk tadi.

Pada peringkat awal, memang banyak paku yang dia ketuk. Setiap kali dia marah, dia akan balik dan mengetuk paku di dinding. Makin hari makin banyak paku di dinding, bila dia nampak terlalu banyak paku, dia cuba belajar kawal kemarahan dia.

Lepastu masih banyak yang dia paku tapi banyak juga yang dia cabut sebab dia dah dapat kawal marah dan memohon maaf.

Masa berlalu, dan dia makin mahir mengawal kemarahan dan mula minta maaf, banyak paku yang dia cabut. Sampailah satu hari dia nampak dah tak ada paku yang nak dicabut dan tiada lagi paku yang bertambah di dinding.

Dia pun tunjuk kat bapa dia yang dia dah berjaya kawal kemarahan dia. Bapak dia mengucapkan tahniah dan bapa dia tanya apa yang dia nampak di dinding tu. Anak dia jawab lubang bekas paku.

Bapak dia jawab tulah kesan dia marah. Bila dia marah (ketuk paku) Walaupun dia dah minta maaf (cabut paku), kesan dari dia marah(bekas lubang paku). Tulah marah dan kesannya. Sebab tulah saya cakap kaitan dengan kenapa lelaki susah nak minta maaf, dia tak nak meninggalkan kesan di dinding

Hasil carian :

(Visited 181 times, 5,369,394)

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

kenapa lelaki susah nak minta maaf ?

Aku tau, gerenti ada orang tanya kenapa lelaki susah nak minta maaf, walaupun dah buat salah. Biasanya soalan ni ditanya oleh awek-awek yang baru dapat tengok cerita 18 tahun ke atas sahaja. hehehehe… tapi tu zaman aku muda. Zaman sekarang ni, budak baru nak ambil upsr pon dah pandai dah nak buat status macam tu.

Tambah-tambah zaman sekarang ni, media sosial dah belambak, tempat nak tepek status dah merata, kat facebook lah, kat wechat la, kat twitter la, kat linkedin la, waimah(amende tu? aku pon tak tahu) kat instagram pun diorang dah boleh buat dah.

kenapa lelaki susah nak minta maaf

Ok, kenapa lelaki susah sangat nak minta maaf? sebenarnya… korang tak tahu ke kenapa lelaki susah nak minta maaf? sebabnya… sebenarnya… Continue reading

Hasil carian :

(Visited 433 times, 5,369,394)