Windows 7 paling banyak digunakan didunia

Kalau korang ingat lagi tak entri pasal xp dulu? alaaa… pasal pengakhiran windows xp tu… klu tak ingat,klik sini. ok.. entri ni dah beberapa hari dok terperam, hari ni baru alongxp nak release kan dia…

Pada bulan lepas, oktober, Windows 7 akhirnya telah menunjukkan belangnya apabila OS(Operating System) ni memintas windows xp dalam jumlah penggunaanya… Windows xp yang dah berusia lebih 10 tahun, telah lama memegang title OS paling banyak digunakan didunia, even windows Vista pon tak sempat nak memintas OS(Sistem Operasi) ni…

Windows 7 naik dengan agak pantas, dilancarkan secara rasmi pada oktober 2009

  • selepas 3 bulan, telah pon memintas Mac OSX.
  • Selepas 10 bulan, dia potong abg dia, Windows Vista.
  • Kini… selepas hanya 2 tahun… dia dah memotong abang dia yang selama ini diminati ramai.. encik XP(bukan alongxp)

 

Jom kita tengok rajah garisan menunjukkan perjalanan liku2 kehidupan Windows 7 sebelum diminati ramai orang termasuk ultra 7.

laju kan die naik? windows vista yang cepat je jatuhnye… Menurut Microsoft, mereka telah menjual 450 juta lesen Windows 7.

Windows XP masih lagi wujud dengan kukuh,dan Microsoft mesti merasa lega, diorang mesti tak sangka yang Windows XP akan mendominan dunia cyber ni begitu lama… Bagi abang Vista, mesti dia akan pupus sebelum Abang XP, walaupun vista adalah OS yang lebih baru berbanding XP.

ok, oleh kerana carta diatas tak menunjukkan dengan ketara kemenangan Windows 7, alongxp nak tunjuk lak carta kekdudukan OS pada bulan November 2011 ni.

Untuk pengetahuan anda, nilai2 diatas diambil dari statcounter berdasarkan OS yang digunakan oleh komputer yang melayari internet, jadi jumlah ini tidaklah begitu tepat,kerana, ada juga komputer yang tidak berhubung dengan internet… tapi.. hari ni berapa peratus sangat komputer yang tak berhubung dengan internet kan? so sekarang, kite jengah pulak blog 4zu, azremy dan Labi-labi

Hasil carian :

(Visited 81 times, 5,310,151)