External storage dan saya

Terlintas nak kongsi pengalaman hidup pasal external sotrage ni bila saya nak transfer driver satu pc ni ke dalam salah satu external storage saya iaitu pendrive, ada jugak org panggil thumbdrive… same je kot..

external storage devices

Masa tu terlintas dalam kepala otak saya yang pendrive saya yang satu ni kapasitinye kecik.. tapi bila terpandang nombor kat situ tertulis 4GB, terlintas pulak dalam fikiran ni, “kecik ke?”

Yup… bagi orang2 yang jenis multitasking, multimedia, multipurpose, multimulti macam saya ni, memang tak berapa nak cukup senang hati.. hehe.

ok… jom tengok kapasiti internal storage dan enternal storang saya(external harddisk)

hard disk drives

Ok, Internal storage saya, saya pecahkan kepada 4 partition, C, D, E, dan F. Jumlah internal storage saya 500GB. cer kira, berapa free space yang tinggal? hehehe

External harddisk saya, yang tu… yang berlabel ALONGXP EXT (I:) tu.. berkapasiti 1 Terabytes… tinggal 300GB je lagi.. sebab, sebahagian besar isi dari Internal hdd(harddisk drive) saya dah dipindahkan kedalam enternal harddisk tu.. sebabnya banyak data yang sangat berguna yang saya rasa tak patut saya buang, yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang patut disimpan.

Apa benda yang saya simpan sampai 1TB hdd saya perlukan? mmm… macam2, e-book, gambar personal, gambar berkaitan kerja, software, movie, macam2 lagilah.. sebabnya banyak bidang komputer yang saya dah terjebak, programing je dh beberapa jenis, so banyakla e-book yang saya download, video tutorial untuk photoediting ada, untuk seting plugin, software, macam2 lagila snang cerita… dulu lagila… siap dengan game yang berlambak2…

Sejarah External storage ni kan.. saya ada kenangan pahit dengan Disket… atau bahasa sekolahnya dipanggil floppy disk drive (fdd) atau floppy A:

disket floppy

Ni la disket, apa yang jadi kenangan pahitnya? disebabkan disket, saya fail 1 semester… sejak dari tu… saya seboleh2 nya dah taknak guna disket lagi dah.

Just nak share la kan.. sejarah atau pengalaman saya ngan external storage ni.. 1st external usb storage saya adalah mp3 palayer… berkapasiti 128mb tekejut x? yup.. 128mb berharga 2 ratus lebih,

USB-MP3-Player

haaa… mcm ni la rupe usb mp3 player yang saya beli dulu… sebijik macam ni.. warranty 3 bulan, masa bulan ke 3, nak masuk bulan ke 4 tu sorg membe pinjam… agak lama.. pastu rosak, masa rosak tu dah masuk bulan ke 4, so die dh rasa bersalah+risau.. nak halalkan je pon, xboleh jugak, sebab saya nak guna satu external storage(sebab ke serikkan guna disket td), so saya cakap ngan die camni “camnila.. ko gantikan aku ngan pendrive biase jela… tapi.. yg 256mb” dan die setuju… wlaupun harga pendrive tu xla semahal usb mp3 player saya, tapi saya dapat satu pendrive baru yg berkapasiti lebih besar, dan die pon xperlu keluar duit byk utk ganti mp3 player tu… so win-win situation la kan?

masa tu.. kebanyakkannya pkai yg 256mb, masa tu sape pakai 512mb tu kire hebatla… sbb mahal… lgpon.. masa tu.. 512mb tu dah cukup besar dah, mcm2 movie kitorg leh sedut.. hehehe..

masa saya sem 4, saya dah ada komputer, hasil duit elaun masa LI, masa tu kapasiti harddisk saya la yg paling besar skali… 80gb… org lain sume 40gb je..

tapi zaman dh berubah.. sekarang ni… 1.5TB pon rasa cam tak cukup… zaman dah berubah… dunia dah maju.. kan? Winking smile

Hasil carian :

(Visited 181 times, 5,369,675)

camne nak amik gambar air terjun yg cun?

beberapa minggu yang lepas,ada la sorang kawan ni tanya aku, cam mana nak amik gambar air terjun yang cun? pada aku, kalau nak cun tu maksudnya air yang deras mengalir tu jadi macam kapas lah…

aku bukan lah pandai sangat pon dalam photography ni.. kamera pon nikon D40 je.. budak2 skarang tengok kamera aku pon diorg gelakkan je.

kamera beginner je nih… masa aku beli ni dulu, aku zero dalam photograhy, masa tu aku tak tau pon apa kelebihan dslr ni, nama pon tak tahu, aku tau masa tu aku nak beli satu kamera gemuk yang warna hitam… hahaha… berbulan gak la aku guna mode2 cam auto n mode2 yang ada gambar tu, masa tu tak tau apa tu aperture, apa tu shutter speed, apa tu iso sume aku tak tau, senang cerita apa pon aku tak tau… tu belum sebut bokeh, DOF, RO3 dan macam2 lagi lah.tapi lepas dah muntah2,migrain dok belajar sana sini. aku dah faham dah ckit2.

ok, berbalik kepada cerita pasal air terjun tadi, so aku cakap dengan dia, kalau dalam cuaca yang cerah, guna iso paling rendah yang ada, cam kamera d40 aku tu,iso paling rendah yang ada 200. pastu pakai apature yang kecil, santaklah sampai 18 ke hehehe… contoh gambar kat bawah ni..

ok, masa gambar ni diambil atau masa aku shoot, masa ni dah pukul 6 lebih, sebab pegi pon tak plan sebenarnya, tiba2 datang idea gila membe2 nak pegi tekala ni lpas balik kerja, so masa ni kiranya dah gelap lah.. so aku pakai iso-400, shutter speed 0.8 saat, aperture 11. ni yang aku faham lah, kalau salah tolong betulkan, aperture… bila disebut sebagai aperture besar,nilainya kecil contohnya f1.4, f 1.8, f 3.5,bila sebut aperture kecil, nilai nya besar, contohnya f 11,f 18,f 22 camtu lah…

ok… tengok gamba kat bawah ni pulak.

aku shoot yang ni dulu sebenarnya, sbb nak try n error… yang ni aku shoot guna shutter yang agak laju, 1/20 second, aperture 3.5, iso 800… korang boleh tengok beza buih2 air dengan kocakkan air tu.. lain kan? ada rasa cam nk cuba?jom kita shoot, ajak kawan2 yang ada dslr,kite pegi tekala ke gabai ke(sakit peha panjat gabai beb haha) kita try nak? hehe

Hasil carian :

(Visited 204 times, 5,369,675)

Macam mana nak cebok kalau macam ni?

Asalnya aku nak letak gamba sape ntah pelakun yang belakon dalam cerita kongsi tu,kan ada part yang jari dia putus masa dia nak tarik pedang tu kan? yang lepas tu dia ada cakap camne dia nak cebok kalau jari dia tak cukup 1, so aku pon google la kat images, so ini lah hasilnya (klik kalau tak takut)

sebenarnya aku nak tunjuk gamba ni ha…

pergh… ni mesti tak boleh main boling ni,dulu aku rajin simpan kuku ibu bari, senang nak kopek apa2… tapi tiap2 kali aku main boleh,kuku tu mesti patah. stress wooo…

Hasil carian :

(Visited 239 times, 5,369,675)