#lynkbloggerdinner menyesal

ni cerita hari jumaat yang lepas, bila mana saya turut dijemput ke satu event blogger yang saya kira agak mewah juga la walaupun di hotel 4 bintang iaitu #lynkbloggerdinner. Saya tak banyak pergi event blogger, tapi bukan tak pernah langsung, biasanya di cafe-cafe, dewan… tapi kali ni di hotel dan yang pastinya event #lynkbloggerdinner ni macam menampar muka saya yang tengah mamai dan itu seterusnya membuat saya menyesal.

Maknanya, lynk.my atau hexa cooperation mampu membuat event yang best untuk blogger juga la… dengan jumlah penaja yang saya boleh kata ramai, untuk event kali pertama, dengan menampilkan sharifah syahirah sebagai host event tu. Ko rasa biasa ke?

Habis tu kenapa saya menyesal? Ok, yang tu cerita kejap lagi… saya cerita step by step perjalanan saya nak ke event tu dari banting, selangor nak ke KL. Tak lah jauh sangat kalau tengok kat google map atau waze, cuba buat sendiri tengok… nangis ke tak hahahaha

Pukul 1700 waktu punch card tu, saya dengan pantas memecah kebuntuan office dengan menghasilkan bunyi dari punch card yang menumbuk kad saya. Tercengang bila mereka tengok saya orang pertama punch balik pukul 5, sebab saya selalunya balik lewat.

Berlari dari office menuju ke parking kereta tempat saya menyimpan lamborghini elemento saya.

lamborghini elementoGambar sekadar angan-angan

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 61 times, 5,371,968)

pendekkan url melalui lynk.my dan jadilah lebih kaya

Pendekkan url melalui lynk.my dan jadilah lebih kaya. Ye tuan-tuan dan puan-puan sekalian, hari ni saya nak ceritakan macam mana korang boleh jadi lebih kaya dengan hanya memendekkan url je.

Sebenarnya, entri ni adalah sebahagian entri untuk contest review lynk.my 2015

contest review lynk.my 2015

pendekkan url melalui lynk.my dan jadilah lebih kaya

FAptbQ:

Soalan: tak kanlah pendekkan url je boleh jadi lebih kaya? MLM ke ni?

Jawapan: Ye, anda boleh jadi lebih kaya dengan hanya pendekkan url melalui lynk.my dan ianya bukan MLM.

Soalan: macam mana lak boleh jadi lebih kaya?

Jawapan: hari ini anda ada 20 sen, esok anda ada 20.2 sen sebab dah ada orang klik link yang anda dah pendekkan tu. Bermakna anda telah lebih kaya 0.2 sen daripada semalamnya.

Kelakar? kalau saya ni nak buat lawak, saya dah join raja lawak ke bintang mencari bintang ke dan sebagainya.

Sekarang ni saya tak melawak, so… berhenti gelak…

Sengih pon tak boleh… sila serius dan mula baca entri ni.

Kenapa nak pendekkan url?

Senang nak ingat, senang nak kongsikan dengan kawan-kawan.

Contoh url yang panjang:

https://alongxp.com/sila-share-berhati2-bila-singgah-di-rnr-seremban/

Contoh url yang dipendekkan:

http://lynk.my/jwh1

Kalau korang masih tak faham apa benda pendekkan url ni, korang boleh baca dalam entri sebelum ni tentang pendekkan url dan jana pendapatan.

Tapi semua yang saya dalam entri tu adalah pemberi perkhidmatan memendekkan url dari luar negara.

Manakala lynk.my ni pula dihasilkan oleh rakyat tempatan (rasanya bukan pendatang asing tanpa izin)

Kelebihan lynk.my

pendekkan url melalui lynk.my

Secara umum:

Ada beberapa kelebihan lynk.my ni. Antara kelebihan bila korang pendekkan url melalui lynk.my adalah.

lynk.my dibina oleh anak tempatan berpejabat di malaysia. Segala urus niaga adalah dalam ringgit malaysia.

Pembayaran boleh dibuat dengan mudah semudah korang transfer duit kat mak ayah korang.

Tak pandai bahasa inggeris? itu salah satu kelebihan lynk.my, hubungi mereka dengan menggunakan bahasa melayu.

Kelebihan lynk.my kepada advertiser

Kepada Advertiser (pengiklan / usahawan)

Dengan modal serendah RM10, kita dah boleh mengiklankan perniagaan kita, perusahaan kita, perkhidmatan kita, laman web kita, blog kita atau apa-apa yang kita nak iklankan.

 

Hasil carian :

(Visited 110 times, 5,371,968)