Meja bersepah orang kreatif

Meja bersepah orang kreatif.

Dulu kawan saya pernah share satu artikel tentang meja bersepah orang kreatif. Dalam artikel tu adalah kata kaitan antara meja bersepah dan kenapa orang tu kreatif.

meja bersepah orang kreatif

Pada pandangan saya pulak kenapa dikatakan meja bersepah orang kreatif.

Pada pandangan saya lah, orang yang kreatif ni otaknya sentiasa ada idea…

Macam saya ni, saya ni bukanlah orang yang kreatif di sudut seni, walaupun adalah sikit, macam saya pandailah jugak melukis tapi tak cukup kreatif dari sudut seni.

Kerja sepenuh masa saya adalah juruteknik komputer yang bekerja di banting  dan membaiki komputet dan repair laptop tu benda yang saya biasa buat.

Sama ada repair hardware laptop atau komputer, atau masalah sistem operasi.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,888 times, 5,369,284)

Kadang orang tengok benda tu macam senang je saya buat. Padahal benda tu memerlukan satu otak yang kreatif dan cerdas macam mana nak menyelesaikan masalah tu… Sama ada ikut cara biasa atau terpasa hack sesuatu benda tu.

Mula-mula saya tak perasan benda ni… Sampailah satu hari, saya repair laptop sorang ni… Kalau nak ikutkan laptop dia tu dah sesuai sangat dah nak dibuang je. Tapi dia harap sangat saya dapat selesaikan masalah dia tu.

2 hari saya cuba baiki tapi gagal,bila dah buntu, saya rileks jap… Termenung, tukar mode berfikir diluar kotak+hacker.

Dapat satu idea dan masalah dia saya dapat selesaikan dengan agak mudah(pada sayalah)

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,369,284)

Bila saya cerita balik pada puan punya laptop, dia kata “nasib baik kau kreatif” lepas tu saya berfikir. “kreatif”?

Lepas tu bila saya kongsikan tips-tips komputer kepada sorang kawan saya, dan dia cakap “kau ni ada je idea nak buat kan?”

Masa tu saya terfikir, ni ke yang dikatakan orang kreatif?

Ok,pasal meja bersepah orang kreatif, macam saya ni, nak jumpa meja saya tak bersepah cukup susah, kebanyakkan masa memang bersepah.

Adalah pihak yang suruh saya kemas, saya dan ada pihak yang memahami cakapla… “Tempat technician memang selalunya macam ni.”

Tapi pihak yang berkenaan cakapla.. Tapi kalau orang tengok bersepah macam ni, tak sedap la…

Rasa nak marah pun ada bila orang tak faham, tapi saya sabar.

Kadang saya rasa jelek dengan istilah “nanti orang tengok”,”nanti orang kata” ni.

Sebab pada saya, adakah orang yang tengok dan orang yang kata tu boleh menyelesaikan masalah yang saya hadapi?

Balik2 kepada saya jugak masalah saya tu kan? Walaupun bersepah, orang-orang macam saya, meja bersepah orang kreatif ni akan jumpa benda yang dicari dikawasan bersepah tu.

Macam kalau saya laptop terutamanya…. Memang orang akan nampak macam bersepah. Tapi hakikatnya itulah peta saya.

Sepah dimata orang, tersusun di mata saya, janganlah gatal-gatal nak tolong kemas… Nescaya telinga anda akan bernanah.

Bila saya baraikan laptop, saya akan letak skru dan benda-benda tu ikut turutan saya buka. Jadi saya tak perlu bebankan otak saya untuk ingat susunan dia. Jadi otak saya boleh diperahkan untuk menyelesaikan masalah tu.

Malah, ruang kerja saya dirumah, tak akan diusik oleh isteri saya yang cukup faham saya paling kuat dia kemas pon, dia cuma ambil cawan yang saya guna malam tadi je.

Hasil carian :

(Visited 315 times, 5,369,284)

lukisan digital

Bukan nak terangkan definisi lukisan digital, cuma nak kongsi hasil lukisan digital yang saya hasilkan je… saya suka melukis, tapi jarang melukis, sebab masa lapang dah makin jarang ada…

kemahiran(mahir ke? macam tak berapa je) saya lebih kepada potret, tapi saya teringin nak buat karikatur, tapi buat karikatur memang sangat susah pada saya…

sebab ada sorang mamat yang mahir dalam banyak jenis lukisan cakap, orang yang pandai melukis potret ni teliti… mungkin sebab tu saya tak reti nak buat karikatur, sebab saya terlalu teliti/mementingkan kesempurnaan.

ok, nila lukisan yang saya lukis secara digital sepenuhnya.

lukisan digital

lukisan digital ni bukanlah lukisan digital sepenuhnya yang pertama yang saya buat, sebelum ni saya berjaya hasilkan satu, muka sendiri

karikaturcuma gambar yang ni(yang pakai baju pink) ni, saya lukis dengan bantuan pelbagai jenis brush(tools dalam photoshop) berbanding dengan lukisan digital yang atas tu, mamat tengah spray kereta tu saya hasilkan dengan menggunakan drawing tablet ni.

drawing tablet

Tak pernah dengar brand ni kan? made in china ke taiwan tak pastila hehehe… tak kisahla tu, yang penting nak melukis, nak membulatkan sesuatu dalam gambar dah tak susah macam guna mouse dah.

benda ni saya beli kat superbuy.my, siap ngan kos penghantaran jadi RM93. ada macam-macam brand dah benda ni, kalau dulu wacom jela. harga 4ratus ke atas, beribu pon ada…

ada yang cakap, alah, lukis je atas kertas, pastu scan, senang… bunyi macam senang, tapi hakikatnya saya dah pernah dah buat, hasilnya tak macam yang saya harapkan, hasilnya tak jelas,

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,369,284)

lagipun kalau orang biasa melukis, mesti nak kena ada banyak pen, macam-macam saiz mata pen digunakan. Pen tu taklah susah sangat pon nak cari, kedai alat tulis ada, pasaraya ada. tapi saya memang jenis letak merata, tak sampai seminggu, semua pen tu dah hilang

pen melukistu kalau nak melakar atau buat lukisan hitam putih, kalau nak warna? nak kena beli set warna plak.

mewarna melukispakai pastel ke, water colour ke, cat minyak ke crayon ke… nak kena beli lagi, pastu sepah lagi, ilang lagi, beli lagi. tu yang tak larat tu.

antara sebab saya pilih membuat lukisan digital, sebab tak perlu nak bawak peralatan, saya lukis, lepastu save dalam folder dropbox, bila free sambung, kalau hilang pon, benda tu dah tersimpan dalam dropbox. kat mana-mana pon saya boleh sambung balik. bila buat lukisan digital(saya guna adobe photoshop), mudah nak tukar saiz mata pen, tukar warna.

boleh lukis layer by layer, silap boleh padam kat layer tu je… tak menjejaskan, boleh tekan undo banyak kali. lagipon dah jiwa saya ngan IT. melukis pon nak guna komputer

mula-mula pakai drawing tablet tu memang macam susah… tapi lepas guna 2-3 kali, dah dapat tune nya… dah senang dah. tengoklah, kalau tergerak hati, saya kongsikanlah kot cara saya buat lukisan tu

(Visited 7,074 times, 5,369,284)

Hasil carian :

(Visited 635 times, 5,369,284)

Tokyo Sky Tree ditemui di Lukisan Buatan 1831

Tokyo Sky Tree adalah menara tertinggi dijepun dan yang kedua tertinggi didunia (pada waktu ini) dengan ketinggian 634 dan dibina pada tahun 2011.

tokyo skytree

Sebuah bangunan yang mirip dengan Tokyo Sky Tree telah ditemui didalam sebuah lukisan lama berjudul “Toto Mitsumata no Zu” (Pemandangan Di Mitsumata, Tokyo) yang dilukis oleh Kuniyoshi Utagawa (1 January 1798 – 14 April 1861) seorang mahaguru lukisan jepun pada tahun 1831

Toto Mitsumata no Zu

Dibahagian kiri lukisan tersebut, terdapat sebuah sebuah bangunan tinggi, sedangkan pada masa itu, tiada bangunan setinggi itu pada tahun tahun 1831. Ini kerana, menurut kata direktor muzium Fumio Saito –

Toto Mitsumata no Zu2

“Undang-undang pada waktu itu melarang rakyat membina bangunan yang lebih tinggi dari Istana Edo”. Kenyataan tersebut mengejutkan ramai pihak bagaimana seorang pelukis zaman dahulu dapat melukis sebuah bangunan yang kini wujud di kota edo(tokyo), adakah sekadar kebetulan atau mesin masa doraemon? Surprised smile

mesin masa doraemon

Hasil carian :

(Visited 291 times, 5,369,284)

Lukisan muka yang menarik

Dah bosan buat lukisan kat dinding sekolah? kat bus stop? kat kereta jirang yang budget hebat? dah tak tau nk lukis kat mana lagi? apa kata try buat lukisan muka macam diorang ni… mana tau boleh buat bisnes kan?

muka luka

macam dah tak de benda lagi dah nak dibuat…

bermuka-muka

yang ni bukan takat talam dua muka dah ni, talam bermuka-muka, sebab dia ada banyak muka diatas muka sendiri dan suka makan kuih talam

lukisan patung

ni kalau letak kat tengah-tengah taman, belum tentu orang percaya ni orang,bukan patung

dua muka

agak-agak dia ni lidah bercabang tak? hahaha

like avatar

ape buruk beno muka avatar yang sekor ni?

spiderman revolution

sah spideman ni pon makan rendang pak munawe ni… JPAM lupa nak inject die la ni

cyborg kapel

ni terminator versi baru.. diorang dah tak panggil terminator lagi dah, diorang bagi nama “photographer” haha

ni la wajah joker sebelum dia diraikan dalam majlis persaraan dia bulan lepas setelah umurnya mencecah 58 tahun

untuk iklan perfume fire ice for woman, pihak produksi tengah mempertimbangkan dia ni untuk jadi modelnya

Jom tgk gambar2 menarik di blog campur rojak

Hasil carian :

(Visited 674 times, 5,369,284)