Jual ebook lebih menguntungkan

Jual ebook lebih menguntungkan

Kenapa saya kata jual ebook lebih menguntungkan? menguntungkan dari segi apa? lebih menguntungkan dari apa?

Maksud saya lebih menguntungkan berbanding berblog. huhuhu. Sebab apa saya cakap jual ebook lebih menguntungkan dari ebook? banyak sebabnya.

Tapi sebelum saya kongsikan sebab kenapa ianya lebih menguntungkan, biar saya jelaskan yang untungnya jual ebook ni berbanding berblog ni untuk sesetengah perkara je, bukan semua benda ya.

Benda ni saya nampak lepas saya beli ebook jual produk digital, masa nak beli tu cam ragu-ragu gak walaupun tak mahal mana, sebab betul ke benda ni bermanfaat kan? tapi disebabkan ada jaminan wang dikembalikan, saya berani la beli.

Bila dah beli tu, saya baca la, tengah-tengah baca, macam-macam perasaan timbul. tak sampai setengah pon lagi tapi perasaan gembira ada, menyesal ada, teruja ada, kusut semua adalah. Kenapa? Jap lagi saya cerita.

Bila saya baca tu, tu yang saya rasa kalau jual ebook lebih menguntungkan dari berblog atau buat video dan upload kat youtube. Contohnya kalau saya buat tutorial di blog, saya kena promosikan entri tu, saya kena cari trafik. Berbanding dengan jual ebook, orang lain yang carikan pelanggan.

Andai kata saya kongsikan resipi di blog, yang masuk blog ni belum tentu nak baca pon resipi tu, berbanding dengan kalau buat ebook, beratus agen jual ebook akan promosikan di beratus blog lain yang lebih ramai pembaca, dan orang yang beli ebook resipi tu adalah orang yang memang nakkan resipi. So target pembaca lebih tepat ke sasaran.

Mencari pembeli tak sesusah nak cari trafik, siapa jadi blogger je tahu bukan senang nak tarik orang baca blog kita, tapi kalau kita jual ebook, beratus mungkin beribu agen akan promosikan ebook kita.

Jumlah pendapatan boleh dijangka, 1 buku digital atau ebook anda berapa ringgit? darab berapa jumlah buku yang dijual, mungkin berkali ganda dari pendapatan iklan di blog.. uhuk uhuk.

Yang ni yang paling best, andai kata lah anda buat ebook, cara membuat gubahan bunga vs anda buat entri di blog cara gubahan bunga.

kalau dalam ebook. bukak ebook, terus buat, ada internet ke tak ada internet, masih boleh diakses.

Kalau buat entri dalam blog, nak kena ada internet, bukak browser, cari balik entri kita. berapa banyak masa nak dihabiskan oleh mereka?

Sebab tu saya cakap jual ebook lebih menguntungkan. Menguntungkan banyak pihak.

jual ebook lebih menguntungkan

Benda-benda ni saya terfikir lepas beli ebook mesin produk digital ni, saya cadangkan pada yang baca entri ni, jangan jadi macam saya, benda ni saya dah lama tahu, tapi saya lengah-lengahkan, kalau saya terus beli dulu. mesti saya tak menyesal. apa lagi?

BELI SEKARANG !!

Hasil carian :

(Visited 106 times, 5,369,736)

External storage dan saya

Terlintas nak kongsi pengalaman hidup pasal external sotrage ni bila saya nak transfer driver satu pc ni ke dalam salah satu external storage saya iaitu pendrive, ada jugak org panggil thumbdrive… same je kot..

external storage devices

Masa tu terlintas dalam kepala otak saya yang pendrive saya yang satu ni kapasitinye kecik.. tapi bila terpandang nombor kat situ tertulis 4GB, terlintas pulak dalam fikiran ni, “kecik ke?”

Yup… bagi orang2 yang jenis multitasking, multimedia, multipurpose, multimulti macam saya ni, memang tak berapa nak cukup senang hati.. hehe.

ok… jom tengok kapasiti internal storage dan enternal storang saya(external harddisk)

hard disk drives

Ok, Internal storage saya, saya pecahkan kepada 4 partition, C, D, E, dan F. Jumlah internal storage saya 500GB. cer kira, berapa free space yang tinggal? hehehe

External harddisk saya, yang tu… yang berlabel ALONGXP EXT (I:) tu.. berkapasiti 1 Terabytes… tinggal 300GB je lagi.. sebab, sebahagian besar isi dari Internal hdd(harddisk drive) saya dah dipindahkan kedalam enternal harddisk tu.. sebabnya banyak data yang sangat berguna yang saya rasa tak patut saya buang, yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang patut disimpan.

Apa benda yang saya simpan sampai 1TB hdd saya perlukan? mmm… macam2, e-book, gambar personal, gambar berkaitan kerja, software, movie, macam2 lagilah.. sebabnya banyak bidang komputer yang saya dah terjebak, programing je dh beberapa jenis, so banyakla e-book yang saya download, video tutorial untuk photoediting ada, untuk seting plugin, software, macam2 lagila snang cerita… dulu lagila… siap dengan game yang berlambak2…

Sejarah External storage ni kan.. saya ada kenangan pahit dengan Disket… atau bahasa sekolahnya dipanggil floppy disk drive (fdd) atau floppy A:

disket floppy

Ni la disket, apa yang jadi kenangan pahitnya? disebabkan disket, saya fail 1 semester… sejak dari tu… saya seboleh2 nya dah taknak guna disket lagi dah.

Just nak share la kan.. sejarah atau pengalaman saya ngan external storage ni.. 1st external usb storage saya adalah mp3 palayer… berkapasiti 128mb tekejut x? yup.. 128mb berharga 2 ratus lebih,

USB-MP3-Player

haaa… mcm ni la rupe usb mp3 player yang saya beli dulu… sebijik macam ni.. warranty 3 bulan, masa bulan ke 3, nak masuk bulan ke 4 tu sorg membe pinjam… agak lama.. pastu rosak, masa rosak tu dah masuk bulan ke 4, so die dh rasa bersalah+risau.. nak halalkan je pon, xboleh jugak, sebab saya nak guna satu external storage(sebab ke serikkan guna disket td), so saya cakap ngan die camni “camnila.. ko gantikan aku ngan pendrive biase jela… tapi.. yg 256mb” dan die setuju… wlaupun harga pendrive tu xla semahal usb mp3 player saya, tapi saya dapat satu pendrive baru yg berkapasiti lebih besar, dan die pon xperlu keluar duit byk utk ganti mp3 player tu… so win-win situation la kan?

masa tu.. kebanyakkannya pkai yg 256mb, masa tu sape pakai 512mb tu kire hebatla… sbb mahal… lgpon.. masa tu.. 512mb tu dah cukup besar dah, mcm2 movie kitorg leh sedut.. hehehe..

masa saya sem 4, saya dah ada komputer, hasil duit elaun masa LI, masa tu kapasiti harddisk saya la yg paling besar skali… 80gb… org lain sume 40gb je..

tapi zaman dh berubah.. sekarang ni… 1.5TB pon rasa cam tak cukup… zaman dah berubah… dunia dah maju.. kan? Winking smile

Hasil carian :

(Visited 181 times, 5,369,736)

Blackberry 7,OS baru bagi blackberry

RESEARCH In Motion (RIM), syarikat pengeluar peranti telekomunikasi popular, BlackBerry baru-baru ini memperkenalkan sistem operasi generasi terbaru mereka, BlackBerry 7.

Dilihat sebagai platform navigasi terbaik dan paling lancar, ia bakal menawarkan prestasi pelayaran termaju yang dipertingkatkan pada peranti telefon bimbit BlackBerry pengguna.

BlackBerry 7 diintegrasi bersama teknologi Liquid Graphics untuk sokongan paparan beresolusi tinggi serta pengendalian antara muka lebih responsif. Continue reading

(Visited 85 times, 5,369,736)

Masjid dan gereja : mana lebih mesra kanak2?

sumber :
Lucu bila ada yang berkeras pendapat yang menyatakan kewujudan kanak-kanak boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf. Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan. Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah s.a.w. bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda. Kata Ibn ‘Abbas:

فَقَامَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي مِنْ اللَّيْلِ فَقُمْتُ أُصَلِّي مَعَهُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَ بِرَأْسِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ
“..Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda (Riwayat al-Bukhari). Dalam hadis Anas:
فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ وَالْيَتِيمَ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا
“…Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami”. (Riwayat al-Bukhari).
Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya. Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani: “Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah. Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah s.a.w. menjadi hujah dalam masalah ini. (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah).

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang. Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid. Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.
Maka jangan hairan jika ada yang menyatakan bahawa agama lain lebih mesra kepada generasi muda daripada Islam. Padahal bukan salah Islam, salah mereka yang sempit fikiran.
Jika ada yang kata, kanak-kanak tidak berkhatan ada najis bawah kulitnya. Kalau najis bawah kulit hendak dikira, kiralah sekali najis bawah kulit kita sendiri dan juga yang dalam perut kita!!

Hasil carian :

(Visited 42 times, 5,369,736)