Website FAM kena hack?

walaupun saya ni tak berapa minat tengok game bola sepak, dan saya mengaku yang saya memang tak pandai-pandai bermain bola sepak dan apa-apa permainan bola yang menggunakan kaki sebagai anggota utama. tapi bile terpandang berita ni, teringin gak la nak bukak laman web FAM kan? bila saya bukak lepas baca berita ni, yang saya nampak cuma

Index of /

 

dah kena buang habis nampak? haha…

bola sepak
CERCA…laman web FAM tercemar dengan kata-kata mengkritik pucuk kepimpinan.

LAMAN web Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) digodam lagi. Kali ini tindakan individu tidak bertanggungjawab itu lebih dahsyat apabila menjadikan laman web FAM untuk melepaskan geram terhadap kepimpinan tertinggi badan induk bola sepak tanah air itu.

Difahamkan tindakan menggodam laman web www.fam.org.my berlaku jam 3.20 petang semalam ada kaitan dengan rasa tidak puas hati segelintir pihak membabitkan isu Timbalan Presiden FAM, Tan Sri Annuar Musa yang kemungkinan bakal dikenakan hukuman atas kesalahannya mengkritik secara terbuka prestasi skuad kebangsaan kendalian Datuk K Rajagobal pada 13 Mac lalu.

Tinjauan Arena Metro mendapati, penggodam yang menceroboh laman web FAM itu meletakkan tiga keping gambar sambil disertakan kata-kata tidak puas hati, antaranya “FAM do not critic’ (Jangan kritik FAM) dan ‘Tolong Rombak FAM! Presiden Sila Letak Jawatan’ dan ‘Presiden Sila Letak Jawatan Kami Dah Fed-Up!’ Turut dimuat turun ke laman web itu adalah klip video dan undian yang menggesa pemimpin tertinggi badan induk itu meletakkan jawatan.

Bagaimanapun selepas laman web FAM itu berjaya dipulihkan dua jam kemudian, laman web itu sekali lagi digodam kira-kira jam 8 malam dengan sekeping gambar majlis perkahwinan individu yang tidak dikenali diletakkan sambil tertera kata-kata kesat.

Usaha mendapatkan maklum balas mengenai pencerobohan laman web itu gagal apabila Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad gagal dihubungi.

Bagaimanapun sumber dalaman FAM mengesahkan perkara itu dan ia sudah dirujuk kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM).

Sebelum ini, laman web FAM pernah diceroboh pada 27 Oktober tahun lalu apabila penggodam bertindak mempamerkan logo FAM yang diubah suai dengan meletakkan imej ‘khinzir’ serta rakaman dua video berbaur provokasi.

Difahamkan pada masa itu, tindakan didorong rasa marah segelintir pihak dengan keputusan badan induk bola sepak tanah air itu menaikkan harga tiket perlawanan akhir Piala Malaysia membabitkan Negeri Sembilan dan Terengganu.

(sumber)

 

Hasil carian :

(Visited 89 times, 5,349,348)

Popularity laman rangkaian social dalam tahun 2011

Hari ni, kat mana2 pon org memperkatakan tentang rangkaian sosial. Disini alongxp akan tunjukkan 11 social network yang dikaji iaitu FacebookTwitterLinkedInGoogle+Orkut,TumblrFourSquareMySpaceLiveJournalHi5 and Bebo.

Sedikit tinjauan pengenalan

Disini akan ditunjukkan rumusan keseluruhan populariti laman rangkaian sosial berdasarkan  negara-negara yang terlibat. Skroll ke bawah lagi untuk lihat graf yang lebih terperinci ok?

  • Facebook paling popular di Turkey dan Venezuela.
  • Twitter paling popular di Venezuela dan Brazil.
  • LinkedIn paling popular di Netherlands dan India.
  • Google+ paling popular di Taiwan dan Hong Kong.
  • Tumblr paling popular di Philippines dan Brazil.
  • FourSquare paling popular di Indonesia dan Malaysia.
  • MySpace paling popular di Puerto Rico dan United States.
  • LiveJournal paling popular di Singapore dan Russia.
  • Hi5 paling popular di Thailand dan Romania.
  • Bebo paling popular di Ireland dan New Zealand.
  • Orkut is paling popular di Brazil dan Paraguay. Popularity Orkut di Brazil sangat tinggi, rankingnya jauh meninggalkan negara2 lain.

Bukanla bermakna yang majoriti rakyat di negara tu menggunakan laman sosial tersebut, cuma minat mereka melebihi negara lain. Dan alongxp tidak membuat perbezaan antara satu laman sosial dengan satu laman sosial yang lain, cume membuat pemantauan tahap populariti antara negara2 tertentu sahaja.

Beberapa negara yang menonjol dalam tinjuan.

  • Brazil adalah 5 yang teratas dalam Twitter, Orkut, Tumblr dan Bebo.
  • Singapore adalah 5 yang teratas dalam LinkedIn, Tumblr, FourSquare dan LiveJournal.
  • The United States adalah 5 yang teratas dalam LinkedIn, Tumblr dan MySpace.
  • The Philippines adalah 5 yang teratas dalam Tumblr, FourSquare dan LiveJournal.
  • India adalah 5 yang teratas dalam LinkedIn dan Orkut.
  • The United Kingdom adalah 5 yang teratas dalam LinkedIn dan Bebo.
  • Indonesia adalah 5 yang teratas dalam Twitter dan FourSquare.
  • Venezuela dan Turkey adalah 5 yang teratas dalam Facebook dan Twitter.

Ini adalah pengenalan singkat tentang laman sosial ini. Apa kata korang tengok sendiri peta kat bawah ni dan tengok tahap popularnya laman tersebut kat negara2 tu.. link ke google Insights pon ada kalau korang rasa nak tengok lebih jelas lagi…

Facebook

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

Twitter

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

LinkedIn

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search 

Google+

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

Orkut

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

Tumblr

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

FourSquare

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

MySpace

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

LiveJournal

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

Hi5

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

Bebo

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

 Orkut

korang boleh tengok sendiri kat peta google insight for search

lain negara lain la taste diorg kan?ok,jom kita tengok blog orang lain,camne lak taste diorang… kite tengok blog wangerrard, pengantin baru odahone dan cikgu qistina

(Visited 70 times, 5,349,348)