Tokyo Sky Tree ditemui di Lukisan Buatan 1831

Tokyo Sky Tree adalah menara tertinggi dijepun dan yang kedua tertinggi didunia (pada waktu ini) dengan ketinggian 634 dan dibina pada tahun 2011.

tokyo skytree

Sebuah bangunan yang mirip dengan Tokyo Sky Tree telah ditemui didalam sebuah lukisan lama berjudul “Toto Mitsumata no Zu” (Pemandangan Di Mitsumata, Tokyo) yang dilukis oleh Kuniyoshi Utagawa (1 January 1798 – 14 April 1861) seorang mahaguru lukisan jepun pada tahun 1831

Toto Mitsumata no Zu

Dibahagian kiri lukisan tersebut, terdapat sebuah sebuah bangunan tinggi, sedangkan pada masa itu, tiada bangunan setinggi itu pada tahun tahun 1831. Ini kerana, menurut kata direktor muzium Fumio Saito –

Toto Mitsumata no Zu2

“Undang-undang pada waktu itu melarang rakyat membina bangunan yang lebih tinggi dari Istana Edo”. Kenyataan tersebut mengejutkan ramai pihak bagaimana seorang pelukis zaman dahulu dapat melukis sebuah bangunan yang kini wujud di kota edo(tokyo), adakah sekadar kebetulan atau mesin masa doraemon? Surprised smile

mesin masa doraemon

Hasil carian :

(Visited 283 times, 5,350,918)

Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 1

Kita sering beranggapan komputer adalah satu fenomena yang sangat moden, tetapi sebenarnya terdapat banyak komputer sekitar 50 tahun lepas. Mereka bukanlah komoditi setiap orang, sebaliknya terhad kepada kerajaan dan kegunaan korporat. Dan mereka memang besar. Sebahagiannya mempunyai nama-nama imaginatif seperti Whirlwind, Colossus dan Pegasus, sementara yang lainnya sedikit kurang puitis dengan nama seperti Z4, AN / FSQ-7 and ENIAC.

Di bawah kita akan melihat 19 contoh komputer-komputer dari peringkat awal, usaha-usaha perintis yang walaupun canggih pada zaman itu,tapi kini ianya sudah menjadi bahan muzium hehe.

Z4 (1944)

 Komputer Z4, dilihat berada di muzium German (di Munich).

Direka oleh jurutera lagenda German – Konrad Zuse,  Z4 adalah rentetan daripada komputer sebelumnya, Z3 yang beliau bina pada tahun 1941 (komputer pertama yang boleh diprogramkan ,mesin kira2 automatik). The Z4 menggunakan  kuasa 4,000 watts  dan bekerja pada kira2 40 Hz. Ia mempunyai 64 32-bit registers.

Colossus(1944)

Gambar atas : Colossus dimasa kegemilangannya. Lihat kertas yang di taip bergerak disebelah kanan.

Gambar bawah : generasi kedua Colossus

Kedua-dua generasi Colossus, Mark 1 dan Mark 2, telah digunakan oleh pemecahkod British untuk meleraiakan mesej berkod Jerman pada penghujung Perang dunia ke 2. Ia memproses 5000 karakter sesaat(ia mungkin boleh memproses lebih pantas,tapi lepas tu mesin pemegang kertas yang ada data tu akan rosak). Kewujudan Colossus dan mesin2 pemecah kod yang digunakan british dirahsiakan sehingga 1970.

 

 ENIAC(1946)

Ketika ENIAC di umumkan pada 1946, pihak media mula memangilnya “Giant Brain”. ENIAC adalah komputer digital pelbagai guna elektronik pertama didunia dan mungkin yang paling terkenal dalam artikel ni. Seberat 27 tan. Antara perkara yang yang dilakukan menggunakan ENIAC adalah, untuk membuat pengiraan untuk mencipta bom hidrogen. Untuk memprogramkan mesin ni mungkin mengambil masa berminggu-minggu, bila programnya telah dilakarkan di kertas, mereka perlu memanipulasi berbagai suis dan kabel yang mengawal program tersebut diikuti dengan proses proses pengesahan(verification) dan nyahpepijat(debugging) (tak faham…hahaha)

 

Whirlwind(1951)

Whirlind adalah komputer pertama yang menggunakan paparan video untuk memaparkan output. Versi pertama menggunakan memori 512 bait dan mampu melakukan 20,000 arahan sesaat, bagaimanapun, selepas itu penukaran jenis memori dilakukan, dan menggandakan kemampuannya dan menjadikan Whirlind komputer paling pantas pada masa itu.

 

 UNIVAC I(1951)

Singkatan bagi UNIVersal Automatic Computer, Univac I adalah komputer komersial pertama yang dikeluarkan US. Ia direka oleh pencipta ENIAC. Sebanyak 46 sistem dibina dan digunakan. Seberat 13 tan(29,000 pound), bekerja pada 2.25 MHz dan mampu melakukan 1,905 arahan sesaat dan berharga USD1.5 juta sebuah…

 

WITCH(1951)

Singkatan bagi Wolverhampton Instrument for Teaching Computing from Harwell(ada kena mengena dengan Wolvorine dari X-Men ke?), menatang WITCH ni juga dikenali sebagai  The Harwell Dekatron Computer. Komputer yang ni agak perlahan, satu pendaraban mengambil masa 5-10 saat,tapi dia mampu bekerja dalam masa yang lama tanpa perlu dipantau selalu. Ia boleh ditinggalkan setelah input yang banyak dimasukkan. Pernah satu masa, ia ditinggalkan dalam keadaan sedang bekerja selama 10 hari dan masih bekerja apabila staff datang semula.

 

BESK(1953)

 (gambar panel kawalan BESK)

 Singkatan bagi Binar Elektronik SekvensKalkylator atau “bitter”(pahit) dalam Swedish, ianya adalah Rangkaian kalkulator Binari elektronik Swiden. Dengan memori utama 2.56kilo bait, penambahan boleh dilakukan dalam 56 mikro saat, pendaraban dalam 350 mikro saat. Memegang takhta sebagai komputer terpantas pada masa itu. Asalnya komputer ini dinamakan COGNAC tetapi ianya ditolak…

 

IBM 702(1953)

IBM 702 ini telah diumumkan seawal 1953, tetapi model pertamanya tidak pernah dipasang hingga 1955. Sistemnya mempunyai 11 ribu memori character 7 bit. atau secara kasarnya 10 kilobait. ia mampu melakukan 3,950 penambahan atau penolakan dalam satu saat, tetapi bagi pendaraban atau pembahagian ianya agak perlahan.

 

IBM NORC(1954)

IBM Naval Ordnance Research Calculator pernah dipertikan sebagai supercomputer pertama dan yang paling berkuasa pada masa itu. Ia mampu melakukan 15,000 operasi sesaat dan mempunyai 2,000 memori 64-bit perkataan, secara kasarnya bersamaan 16 kilobait.

 

IBM 305 RAMAC(1956)

 

Komputer ini menjadi sangat terkenal kerana ianya adalah komputer komersil pertama yang didatangkan dengan hard disk. Hard disknya hanya mampu menyimpan sejumlah kurang dari 5Megabait sahaja dan mengandungi 50 buah disk bersaiz 24 ini. IMB 305 RAMAC adalah komputer yang paling besar yang paling besar pernah dibina oleh IBM.

ok,dah penat, ada 9 lagi komputer yang nak ditunjukkan, sambung esok la pulak…nantikan Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 2 esok pagi ye… skang ni nak g jengah blog nida,shafiq zainal dan intan dan tak lupa like page ni fb.alongxp.com juga ok?

Hasil carian :

(Visited 209 times, 5,350,918)

12 lagi cara menghargai komputer lama anda

2-3 menjak ni, banyak artikel bahasa inggeris yang along terjemah ke bahasa melayu dan along masukkan ke dalam ni, sampai rasa cam nak buat entri dalam bahasa inggeris pulak hehehe… pigidah, SPM pon cukup2 makan je… ok, hari jumaat yang lepas, along buat entri 7 cara kitar semula barang komputer kan? ok, hari ni along nak tunjuk 12 gambar hasil penggunaan semula barang2 komputer lama anda.

1. Gelang litar komputer

tak pasti papan litar yang mana yang dia guna, tapi nampak macam motherboard. kreatif la diorang ni kan?

2. Dinasour komputer


3. Tikus robot

yang camni along dah biasa tengok…

 

4. Mesin pembancuh kopi

tiba2 rasa nak jadi macam masa sekolah dulu, cari diagram, solder ape sume… hehehe… kalau along buat,letak kat tempat keje best ni

5. hard disk harley davidson

bahan utama cakera dalam hard disk… kan?

6. Jam meja

hdd(hard disk drive) dijadikan jam untuk diletakkan atas meja… smart kot

7. Peti surat

macam nak nangis je rasa bila tgk pc mac dijarikan peti surat cam ni…

8.  Magnet Peti Ais

macam processor intel petium 3 ke bwh je… (eceh… cam terror je)

9. Plat cat lukisan

10. Kerusi motherboard

11.  Serangga ke tikus?ni tikus ke kumbang ni?

12. Cenderahati

kalau along ni kaya, along buat pendrive berbentuk processor atau processor lama tu jadi pendive… menarik kan?

ok, sekarang kita g jengah blog nuargto, line dan ecah… tinggal2 la komen kat entri2 diorg ok?

Hasil carian :

(Visited 298 times, 5,350,918)

7 cara kitar semula barang komputer

Adakah anda seorang juruteknik komputer macam saya? bilik teknichian anda dipenuhi mobo(motherboard) ,ram,processor,keyboard,mouse,monitor dan macam2 hardware yg lama dan tak boleh dipakai? nak buang sayang, xdibuang semak? jika anda mempunyai masa, saya akan tunjuk contoh2 benda yang anda boleh buat dengan barang2 lama tersebut.

1. Fclock. Jam button function

button F kat atas tu kan ada F1 sampai F12, so cukup la nak buat jam dinding 1 ke kan?

2. Pintu gerbang monitor.

3. Potret mona lisa.

serius kreatif dan rajin orang yang buat ni…

4.computer bug.

dulu kan ada kecoh pasal win2k bug kan? camni la gaknye rupa fizikal sebenar dia kan?

5. Telur motherboard

6. Lampu teknologi

suka2 hati aku je bagi nama… hahaha…

7. Wallet keyboard

wah… yang ni aku suka… ciptaan yang baru aku nampak, wallet dari litar dalam keyboard… huhu… smart… ok skrg kite g jengah hida, gee dan syafinabell tgk ape diorang cerita

Hasil carian :

(Visited 712 times, 5,350,918)