Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1967 – PELANCARAN KEMPEN TAHUN PELANCONG ANTARABANGSA

Tarikh Peristiwa : 03.01.1967 (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1967, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Dr. Lim Swee Aun telah melancarkan kempen tahun Pelancong Antarabangsa. Dalam ucapan pelancaran kempen tahun Pelancong Antarabangsa itu Dr. Lim Swee Aun menyatakan bahawa kerajaan berusaha mengeluarkan perbelanjaan bagi menggalakkan perusahaan pelancongan di negara ini bagi menambah pendapatan negara. Beliau juga menyeru pihak swasta agar bekerjasama dengan pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk menjadikan pelancongan sebagai industri yang menguntungkan. Sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan industri pelancongan di negara ini. Kempen tahun pelancong antarabangsa ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. 
(Visited 56 times, 5,375,789)