Buat ukiran kayu – tips photoshop

Sambungan dari entri semalam, Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan , hari ni kita cuba buat ukiran kayu pada papan tanda kayu semalam.

Disebabkan kita dah melalui proses yang agak panjang kat entri Tips photoshop buat tulisan dipermukaan semalam, jadi kita dah ada bahan untuk di bentukkan sahaja.

Masih lagi menggunakan benda-benda semalam, kalau anda nak mula dari awal, boleh tengok dua entri sebelum ni, atau boleh download yang saya dah buat kat sini(kalau saya tak TERbuang hehe). Continue reading

Hasil carian :

(Visited 792 times, 5,369,443)

Tips photoshop buat tulisan di permukaan – sambungan

Ok, kita sambung tips photoshop buat tulisan di permukaan tadi yang kita buat melalui entri sebelum ni.

kita dah sampai ke langkah kita paste, lepas tu kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni kan?

hilangkan layer dalam photoshop

Dan apa yang jadi kat papan tanda tu kosong macam ni kan?

papan tanda kayu kosong

Habis tu mana tulisan di permukaan tu? kenapa tak nampak tulisan di permukaan kayu tu? hehehe… macam ni cara nak kasi nampak, macam yang saya cakap kat entri sebelum ni.

Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu…

Tulisan tu ada di layer yang bernama layer 1 tu, tapi tadi kan kita ada buat langkah copy paste tadi kan? kita copy permukaan kayu tu, supaya nampak sebijik rupa kayu tu.

Ok, sekarang langkah nak buat tulisan kat permukaan tu, yang ni saya tunjuk tulisan tu timbul menggunakan photoshop ni.

1) Pada layer 1 tadi tu, klik kanan dan pilih Blending Options macam dalam gambar ni,

blending option

lepas tu dia akan keluar macam ni.

dialog blending options

2) Untuk buat tulisan tu nampak timbul di permukaan, saya pilih Drop shadow

Drop shadow photoshop

Bila saya klik je Drop Shadow tu, terus nampak tulisan di permukaan kayu tu.

buat tulisan timbul photoshop

Kalau korang rasa ini dah ok, boleh terus lompat kat langkah 4 (tekan ok), tapi kalau kalau rasa macam belum ok, boleh adjust lagi.

Macam saya, saya tengok bayang tu macam tak kena je. Kalau perhatikan betul-betul papan tanda ni, bahagian kiri atas tu nampak lebih cerah berbanding bahagian kanan bawah.

3) Jadi kita akan adjust sudut bayang-bayang tu. klik je pada angle dalam bulat macam dalam gambar kat bawah ni.

set sudut cahaya bayang photoshop

Ini seting yang saya buat pada drop shadow untuk buat tulisan tu nampak timbul

seting drop shadow tulisan timbul

4) Setelah rasa puas hati, klik butang OK.

tekan butang ok

Dan inilah hasilnya.

hasil buat tulisan timbul

Kerja ni akan lebih mudah kalau kita guna dua monitor, dan guna mouse yang ada scroll kat tengah-tengah, satu untuk untuk adjust kat blending options, satu untuk tengok hasil.

Esok saya sambung dengan tips photoshop nak buat seolah-olah ada ukiran pada permukaan kayu tu ok?

p/s: kalau nak download papan tanda kayu kat atas tu klik sini ok?

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,888 times, 5,369,443)

Hasil carian :

(Visited 524 times, 5,369,443)

Tips photoshop buat tulisan dipermukaan

Idea nak kongsi tips photoshop buat tulisan dipermukaan ni timbul masa buat entri bloglist berkategori hari tu. Kalau tengok entri tu ada gambar ni

sign board bloglist

Seolah-olah tulisan tu dibuat dari kayu dan ditampal kan? kalau tengok kat featured image post tu pulak, macam ni.

 

bloglist

Macam di ukur pada kayu tu pulak kan? hakikat sebenarnya dengan bantuan kedai gambar atau dalam bahasa banjarnya photoshop jadilah ia begitu. Gambar asal macam ni.

papan tanda kayu

papan kayu

Jadi macam mana nak buat ada tulisan di permukaan kayu tu? Ni lah saya nak kongsi tips photoshop tu. Senang je sebenarnya… Mula-mula sekali kita bukak gambar papan tanda kat atas tu di photoshop. Kat sini saya demo menggunakan photoshop cs 5

edit papan tanda photoshop

nampak kan kat situ cuma ada 1 layer je? ok, sekarang ni, tekan butang text tool, yang bentuk T tu.

text tool photoshop

Lepas korang dah tekan text tool tu, bawa cursor ke tengah papan tu, jangan runsing pasal kedudukan, align, saiz font, font color apa semua, itu kita peningkan kepala kejap lagi ok? bila dah bawak cursor ke tengah papan, kita klik, dia akan jadi macam ni rupa dia

text on wood photoshop

Bila dah keluar macam tu, kita taip teks yang kita nak diatas permukaan kayu tu, macam sekarang ni, saya nak taip perkataan www.bloggerlelaki.com sebagai penghargaan sebab dalam widget sidebar orang yang paling rajin komen, dia atas sekali, walaupun ada yang lain yang rajin komen kat blog ni. Nak bagi hadiah, earning ciput, jadi saya hadiahkan entri tips photoshop ni je la. hehehehe

komen paling ramah

 

maka dia akan jadi macam ni.

tulisan diatas permukaan kayu

 

Bukan macam tu yang korang nak sebenarnya kan? bukan tulisan tu kan? tak jadi warna kayu kan? jangan risau… kita tak nak guna pon warna tu, tapi korang kena tukar font kepada jenis font dan saiz yang korang nak.

Tips photoshop untuk tukar font:

Tekan butang ctrl dan a untuk highlight kesemua teks tadi jadi macam ni.

highlight text photopshop

lepas tu pilih font dari drop down menu di bahagian ini

set font photoshop

 

Tips photoshop untuk set saiz font :

sama juga macam tadi, highlight teks kita tadi, dan pilih saiz di drop down menu di sederet dengan pilih font tadi

set font size photoshop

kalau korang rasa font tu tak cukup besar, saiz yang ada dalam drop down tu sampai 72 je? jangan risau… ni pon salah satu tips photoshop gak, korang boleh taip saiz besar mana yang korang nak, asalkan ianya tak melebihi 1296 pt

tukar saiz manual

dah dapat font dan saiz yang korang nak? ok, ni lah trick atau tips photoshop nya tu. sekarang klik pada Select dan pilih Load Selection macam yang saya tunjuk dalam gambar ni.

select load selection

Bila keluar kotak macam kat bawah ni, tekan je ok.

load selection ok

Dan korang boleh tengok tulisan tadi akan jadi macam ni.

tulisan select blogger lelaki dot com

Bila dah jadi macam tu, jangan diusik tulisan tu, sekarang ni, klik pada layer papan tanda kayu tadi.

pilih layer dalam photoshop

Lepas tu pergi pada menu Edit dan klik Copy atau tekan butang ctrl dan c pada keyboard anda. ini shortcut yang kalau boleh hafalkan, untuk memudahkan kerja dimasa akan datang

Lepas tu tekan je ctrl dan v atau Edit  dan klik Paste

Tulisan tadi dah tak ada garis-garis bergerak tu kan? Perasan tak yang kat layer tu ada bertambah satu lagi layer?

paste dalam photoshop

Tulah hasil kita paste tadi, sekarang langkah seterusnya, pada layer teks kita tadi, kita hilangkan dia dengan menekan tanda mata kat kotak sebelah layer teks tu… macam ni.

hilangkan layer dalam photoshop

Ah sudah… hilang terus tulisan tu ye? jangan risau… Tulisan tu ada lagi… cuma sebab dia sama warna dan corak kayu tu, tu yang kita tak nampak tu… dah nama pon trick atau tips photoshop kan? hehe

Penat? kita rehat dulu la ye? kita sambung di entri Tips photoshop buat tulisan dipermukaan ni pulak

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,888 times, 5,369,443)

Hasil carian :

(Visited 450 times, 5,369,443)

8 remote control luar biasa

Apa yang saya nampak hari ni… remote control sume dah jadi besar atau panjang… design lak? mmm… biasa je.. tak menarik pon. tapi beberapa syarikat ni dah mencipta remote control yang luar biasa, unik, cam best, menarik, pelik dan apa-apa yang terlintas dalam fikiran korang.

1. Jam tangan remote.

jam remote

Rasanya yang ni dah lama dah… masa saya sekolah rendah dulu dah ada benda ni, ada sorg membe ni pakai… suka2 hati dia je tuka chanel tv kat rumah orang…

2. Remote besar bapak

remote besar

oleh kerana remote tv takde nombo untuk dimiskol, adalah lebih bagus korang cari remote baling anjing ni… so kalau terselit celah sofa pon insyaAllah boleh jumpa lagi, kalau anjing jiran bising, baling je ngan remote ni… tapi ready je la kena denda 50,000 sbb dera binatang.

3. Lagi remote besar

remote game

remote nombor dua tu tak cukup besar? masih hilang lagi? ambiklah yang ni… kalau hilang jugak tak tahulah…

4. Remote control jel.

remote jel

remote control dari panasonic ni nampak kaku je bila tak digunakan… tapi bila disentuh, ia jadi menarik, makin sentuh makin menarik… makin sentuh makin menarik… mmm…

5. Bantal remote control

remote bantal

yang ni kalau sepah-sepah mungkin isteri korang tak marah, tapi dia akan marah bila dia cari remote ni dicelah bantal yang sama warna dengan remote ni, dan dia tak jumpa, dan telenovella kegemaran dia dah mula… so kalau korang taknak dia alih, korang letak remote ni kat kepala… hahaha

 

6. Remote control kayu sakti

remote sakti

dengan remote control tanpa butang ni korang kena gerakkan dia macam harry potter buat dalam muvie dia tu untuk alih channel, naikkan volume dan banyak lagi fungsi lain… remote ni boleh balajar hingga 13 arahan dari remote asal dia.. korang boleh beli secara online kat sini amazon.com

7. Remote control mesra alam

mesra alam

fungsi remote ni lebih kurang macam remote harry potter tu jugak, bezanya… kenapa dia dipanggil mesra alam, sebab korang kena goyang2kan dia sampai lampu hijau bermaknan remote tu dah on baru korang boleh guna remote yang dicipta untuk sony ni.

 8. remote control gelombang otak

brain remote

dari haier, memperkenalkan remote control yang menggunakan gelombang otak untuk mengalihkan siaran. wow… mesti bini aku marah bila aku pulak yg alih2 tv… hehehe

 

Hasil carian :

(Visited 283 times, 5,369,443)