Hari kanak-kanak Jepun

Hari Kanak-kanak (こどもの日 Kodomo no hi) adalah salah satu hari cuti rasmi di Jepun yang jatuh pada 5 Mei. Hari cuti ini adalah satu siri hari cuti pada akhir April dan awal Mei yang disebut sebagai Golden Week (Minggu Emas) di Jepun
Hari Kanak-anak diraikan sejak tahun 1948 dan ditetapkan oleh undang2 hari cuti jepun (Shukujitsu-hō) untuk “menghormati keperibadian anak, merancang kebahagiaan anak sambil berterima kasih kepada ibu. ”

hari kanak-kanak

Asal-usul
Hari Kanak-kanak dulunya disebut Hari Anak Lelaki, jadi telah menjadi amalan tradisi setiap kali tibanya hari cuti ini untuk meraikan kanak-kanak lelaki. Perayaan khusus bagi kanak-kanak perempuan pula dipanggil Hina Matsuri yang jatuh pada 3 March tetapi tidak diisytiharkan sebagai cuti. Tradisi kuno China mengenal perayaan yang berkaitan dengan musim yang disebut di Jepun sebagai sekku . Sejak zaman dulu, bulan ke-5 kalender Cina diisi dengan kegiatan mengusir roh-roh jahat. Tarikh 5 bulan 5 dikenali sebagai Tango no sekku ( 端午の節句 ) dan merupakan hari untuk merayakan kesihatan dan pertumbuhan anak laki-laki.

Sepanjang musim perayaan hari kanak-kanak, keluarga yang mempunyai anak lelaki didalam rumah tersebut harus mempamerkan replika yoroi (kesatria zaman dahulu) dan kabuto (helmet samurai, bukannya kabuto dalam cerita naruto).

gusoku_yoroi samurai-sword-shingen-kabuto

Keluarga yang mempunyai anak lelaki yang masih kecil  juga memasang koinobori (bendera berbentuk ikan mas ). Pada bendera ikan mas yang paling besar digambarkan kanak-kanak lelaki yang sangat kuat, Kintarō sedang menunggang ikan emas. Kabuto, Yoroi, dan tokoh Kintarō digunakan sebagai simbol harapan anak lelaki yang sihat dan kuat. Kuih yang dimakan selama perayaan adalah kuih chimaki dan kashiwamochi

kintaro flagkintaro

Hasil carian :

(Visited 307 times, 5,350,145)

Budak 2 tahun yang dilanggar akhirnya… pergi…

Baru kejap aku tgk berita, budak yang kena langgar ngan van hari tu, akhirnya meninggal dunia…

driver van yang langgar die tu mesti happy ngan berita ni… sebab ape? korg baca la kat sini kenapa tak ada org tolong budak tu

(Visited 86 times, 5,350,145)

kanak-kanak digilis 2 kali,18 orang hanya melihat

Pukul 2021(8:21pm) malam tadi,aku dapat mesej melalui bbm dari sorang kawan, ayat dia macam ni “serius kejam:video minit pertama buletin utama td,memang kejam,bangang,sesiapa  tau mcm mana nak tengok semula video cctv td,kat china,serius,bole tengok di youtube,jika belom diremove”

aku lak bukak tv9,tak tengok tv 3, lagipun benda tu dah lepas,try search tak jumpe pulak,jumpe teks pasal benda tu je… pagi td, aku bgn awal, aku terjumpa. aku tengok balik… aku terpaksa keraskan hati utk wat snapshot ni… memang kejam diorang ni… last2 adela sorang cleaner ke ape,die mungkin nak tolong,tapi mungkin die takde kereta ke ape,lgpn ms tu tengah hujan,so die tarik ke tepi jelah.

kalau korang keras hati, sila lah tengok snapshot video ni…

Continue reading

(Visited 74 times, 5,350,145)

ni bukan makan gula batu,tapi makan batu bata

TERRY HAUTE: Seorang kanak-kanak mempunyai selera makan yang ganjil sehingga pernah memakan seluruh mentol lampu dan mengunyah bata seperti mengunyah biskut.

Natalie Hayhurst sentiasa terdedah kepada meracun dirinya sendiri kerana menghidap penyakit yang membuatkan dia berselera terhadap objek yang tidak boleh dimakan.

Seleranya begitu teruk sehinggakan kanak-kanak berusia tiga tahun itu hampir mati selepas memakan mentol lampu yang dicabutnya di bilik tidurnya.
Makanan kegemarannya ialah batu dan kayu. Dia pernah memakan hampir sebiji bata seolah-olah seperti memakan biskut coklat

(Visited 24 times, 5,350,145)