Pengalaman berblogging Alongxp

Ok, hari ni saya nak cerita pengalaman berblogging saya, saya mula cipta sebuah blog dari tahun 2006, menggunakan platform blogger atau orang biasa sebut blogspot. Masa tu tengah belajar kat politeknik muadzam shah, pahang.  Masa tu duduk-duduk kat cc, dah siap buat assignment, masa tu nak tunggu member yang lain siap, dan masa yang saya booking pon ada lagi, saya cuba-cuba lah godek blogspot, tak ingat pulak memang dari mula ke blog tu saya guna alongxp atau saya pernah tukar, sebab nama alongxp pon muncul masa saya kat politeknik lagi.

Macam mana pulak saya boleh terjebak dengan wordpress? macam mana pulak saya boleh guna webhosting atau selfhosting? Ceritanya lebih kurang macam nilah, masa awal-awal saya masuk kerja, bos saya tak tahu nak bagi kerja apa kat saya, memandangkan jawatan saya tu masih baru di daerah tu. saya antara yang terawal ditempatkan kat daerah ni. sampai sekarang, saya yang paling lama dok kat daerah ni dengan jawatan ni, kawan-kawan yang lain majoritinya dah pindah ke daerah lain.

Bos saya masa tu tanya saya, kalau saya boleh manage laman web, dan kasi kemas sikit. Saya ni lulusan sijil teknologi maklumat politeknik je. Masa saya belajar dulu, kalau bab laman web,kitorang belajar setakat html ngan css je… tu pon cam pengenalan. Lagi satu, web server(kot), IIS dengan APACHE. tu pon memasing blur-blur. saya yang pakar ‘goreng’ dalam kelas tu pon tak tau nak goreng apa pasal apache tu.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,889 times, 5,369,462)

So bila bos suruh saya buat apa yang patut, saya buat-buat lah apa yang patut, laman web tu guna joomla… apa benda joomla ni? saya tertanya-tanya, beberapa hari gak la saya try godek benda alah joomla tu. alah bisa tegal biasa, memula susah, pastu dah faham, dah senang dah. saya try pulak godek-godek theme, dia guna php, apa benda pulak php ni? itulah yang timbul bila mula-mula ternampak php tu. Tapi, yelah, php dalam koding html, cuma extension dia kenalah php. jadi saya godek mana yang saya faham jelah, jadi jugak.

Masalah saya, saya cepat bosan, bila dah pandai buat sesuatu, saya akan bosan, dan saya akan cuba dogek lebih mendalam lagi. Lagi saya godek, lagi banyak saya nak tahu. Guna shared hosting, lepastu duduk subdomain bawah orang lain pulak tu, buatkan saya jadi lagi tak puas nak menjelajah joomla ni, saya korek sana, saya korek sini. Saya jumpa tutorial, dia ajar pasal webhosting, dan saya cuba dengan 000webhost, ok… saya nekad nak beli 1 webhosting. saya beli dengan datakl dan domain kakicandid.com.

Memula saya ada la masukkan dan try macam-macam dengan kakicandid.com tu, saya masukkan joomla, tapi saya masih lagi guna blog yang blogspot tu, sampailah satu hari saya ternampak blog kawan saya ni, dia guna wordpress, jadi saya install wordpress dalam satu direktori dalam kakicandid.com dan jadilah kakicandid.com/blog , masa tu tak pandai lagi pasal subdomain ape jadah ni semua.

kakicandid.com/blog yang patutnya jadi benda yang ke dua penting, dah jadi benda utama dah, kakicandid.com yang patutnya jadi utama makin lama makin ke laut.

Antara tahun yang paling saya pasif dalam dunia blogging adalah pada tahun 2007, rasa macam tak ada post, 2008, saya ingat, saya ada post, yang paling saya ingat saya post, adalah post saya jatuh motor, sebab tu lah pertama kali saya jatuh motor.

2009, saya ada gak update blog masa guna domain kakicandid.com/blog. Tapi masa tu tak reti lagi blogwalking.

2010 dah mula pandai nak blogwalking, tapi banyak kat shoutbox, sebab kat situ je senang nak droplink tanpa baca entri orang.masa tu tak tau pon pasal page rank la alexa ape semua ni. SEO? memang sangat ke laut.

Oleh kerana saya banyak menggunakan Alongxp bila blogwalking ke apa semua, satu hari saya nekad nak guna domain alongxp.com ni, saya terus aktif berblogging menggunakan nama alongxp.com ni.Sepanjang pengalaman berblogging saya, pencapaian tertinggi bagi trafik blog ni yang dapat direkodkan adalah 16,498 pageviews sehari.

pageview tertinggi alongxp

macam yang saya nyatakan, yang dapat direkodkan,  sebelum pembekal hosting mintak saya disablekan beberapa plugin termasuk plugin stat tu sebab trafik mencanak sangat sampai hampir-hampir buat server diorang crash hahaha… kalau tak salah saya trafik masa tu mencecah 32 ribu uv gakla… punca utama trafik naik mendadak masa tu salah satunya kerana entri ni rnr seremban

2011 dan 2012, dah mula blogwalking, tapi jarang-jarang, seo masih lagi ke laut.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,369,462)

2013 dah mula nak serius gile dengan blogging, pengalaman berblogging saya makin menebal, seo dah mula pandai nak tackle, alhamdulillah, saya dikurniakan dengan kebolehan fast learner, dalam masa beberapa bulan, trafik dari enjin carian atau search enjin dah masuk mencanak, kiranya… kalau tak update blog pon, trafik masih agak melegakan

Dulu nak buat satu entri dengan 300 patah perkataan tu cukup susah, cukup hazab siksa, tapi bila dah banyak kali cuba, banyakkan membaca, banyakkan blogwalking, setakat 300 patah perkataan tu macam makan kerepek je (banting ni popular ngan kerepek tau?)

Masa lapang? orang lain masa lapang ada yang main game, saya main game bila saya dah stuck, penat, otak dah tepu. Saya tak ada banyak masa lapang, tidur pon tak cukup, kebanyakkan masa saya adalah untuk cari duit… minyak baru je naik 20 sen lagi, sakit disebabkan kenaikan yang sebelum ni pon belum baik lagi, tambah sakit lagi. Masa lapang yang tak berapa nak lapang saya hanyalah untuk keluarga saya.

Walaupun sekarang ni minyak dah turun, tapi harga barang tak turun, ni tak lama lagi nak gst, gerenti ramai akan ambil kesempatan. tapi kita tengok jelah…

So, walaupun secara kasarnya, pengalaman berblogging hampir 10 tahun, saya rasa saya masih lagi blogger picisan, 2015 ni saya target nak menambah baik blog saya ni terutama bahagian seo. sebab tu, nak kumpul duit nak beli kitab soe merah jambu ni.

Hasil carian :

(Visited 50 times, 5,369,462)

lain yang aku cari, lain yang aku jumpa…

dpd tadi aku dok search, browse,download,upload,test,remove,preview theme-theme utk blog aku ni… susahnye lak nak cari.. antara kesusahan yang aku hadapi adalah nak mencari theme yang ada side bar, pelik tak bunyi nye? kan banyak… yee… mmg banyak… dan aku nak mencari yang ada kotak2 ads skali… pastu byk theme yang lawa, xde side bar… camne nk letak ads nuffnang klu camtu kan? dok cari2 sekali aku terjumpa satu theme yang sangat menarik dan aku dahdecide untuk aku gunakan di site aku yang lagi satu.. kakicandid dot com…

so kat situ lah nanti aku nak himpunkan segala portfolio aku… mana tahu ada rezeki org nk amek aku jadi OP(official photographer) wedding diorg kan? kat situ gak la aku nak himpunkan segala tutorial photoshop, cerita psl fotografi, try n error aku psl fotografi.. senang cerita kehidupan penuh fotografi aku, akan aku himpunkan kat situ… masukkanla kakicandid.com dlm bloglist korg ye.. (makin sibuk la aku lepas ni) Continue reading

(Visited 53 times, 5,369,462)

Da bloglist – DONE

Yaaaa…siap pon akhirnye blogslist aku… dari 14 blog kat situ 11 dpdnye aku amek dpd yang selalu jengah dan komen kat blog aku nih… 3 lagi aku amek dpd segmen bloglist yg aku wat semalam. ada yang komen semata2 kat entri tu,tapi tak join… so… time is tissue(amek dpd cerita snake on plane). so tanpa melengahkan masa, aku terus amek yang sangat rajin komen kat blog aku ni, dan yang join segmen tu.

so… blog2 ni la yang aku akan jengah bile aku bukak blog aku nih… dan esok,diorg2 ni aku akan masukkan kedalam senarai autoping page blog aku. kepada yang terkilan sbb tak masuk dlm bloglist,rajin2 la jengah dan komen ye?nnt bulan 10 aku update lagi bloglist aku ni… ok? InsyaAllah,  aku akan wat GA bulan 6 ke bulan 7 dan kepada yang sangat2 rajin komen, korang akan dapat GA tuh… tanpa perlu wat entri ke hape…

peace no war

{prtm}

(Visited 17 times, 5,369,462)

nk update blog tapi…

update blog

mmmm… nak update blog.. tapi skrg ni aku dalam perangcangan mengemaskini widget2 dlm blog ni, antaranya widget like,twitter dan yang paling utama, bloglist, oleh yang demikian, aku bercadang nk buat segmen utk memilih blog2 yang akan ditambah dalam bloglist, sebab base pada stas, byk org klik blog2 yang ada dlm bloglist aku ni,so aku rs cam nk merombak bloglist ni…nk bg peluang kat blog laen plak, kepada pelawat yang kerap komen dan rajin keep in touch,diorg mmg akan tersenarai dlm bloglist, tapi ni aku nk open kat blogger2 laen. agak2 ade tak yg nk join klu aku wat segmen bloglist ni?

kalau cam xramai yang berminat nk join, mgkn aku xkn buat la segmen tu… masa utk aku tgk respon ni adalah 24 jam dpd skrg.

ok? selamat maju jaya(ade kena mengena ke?hehehe)

(Visited 40 times, 5,369,462)