Pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Pengalaman jumpa hantu seumur hidup siapa? saya ke? saya terasa nak buat entri jumpa hantu seumur hidup ni bila baca satu entri kat blog diana rashid.

Tajuk entri dia mitos 5 cara melihat hantu, kalau saya nak komen betul-betul dalam tu nanti panjang berjela pulak, jadi saya buat satu entri pasal pengalaman jumpa hantu seumur hidup ni.

kalau nak cerita pengalaman jumpa hantu seumur hidup saya,sekali je la kot, tu pun kalau nak di definasikan benda tu sebagai hantu, sebab pada saya, saya tak sanggup panggil benda tu hantu.

Sebab pada saya, kalau hantu, saya bayangkan rupa dia menakutkan, macam cerita-cerita hantu dalam filem atau drama. Tak kisahlah cerita hantu jepun ke, cerita hantu melayu ke, cerita hantu korea ke, cerita hantu indon atau cerita hantu omputih.

Ok… Jap lagi saya sambung cerita pengalaman saya jumpa hantu tu. Saya nak cerita kisah kawan-kawan saya yang jumpa hantu yang ada kaitan sikit dengan saya.

Cerita pertama, cerita bekas housemate saya masa saya tinggal di bandar sri damansara. Nama kawan saya tu raiz, budak penang.

Ceritanya, kami tinggil di apartment tingkat 11, apartment tu pulak atas bukit, selama setahun kami tinggal kat rumah tu, tak pernah ada nyamuk, ubat nyamuk yang saya beli di kluang tu tak pernah diusik sebab rumah tu tak ada nyamuk. Tapi malam tu nyamuk banyak pulak.

Malam tu saya terjaga, saya rasa nyamuk banyak, saya bangun dari tilam yang saya baring di ruang tamu tu(orang bujang kan biasa tidur ramai-ramai kat ruang tamu). Pergi kebilik,cari ubat nyamuk… Jumpa…

Cari lighter dalam bilik, tak jumpa… Saya pergi ke ruang tamu,cari lighter kat meja komputer,jumpa…
Masa tu saya tak perasan kedudukan kerusi yang dekat dengan meja komputer tu. Lepas bakar ubat nyamuk,saya sambung tidur, tapi di bilik.

Esoknya si raiz mula buka cerita.

Raiz: beb… Malam tadi aku jumpa hantu.

Saya: kat mana?

Raiz: kat sini, kat ruang tamu ni la.. Ko perasan tak malam td banyak nyamuk?

Saya: aah… Padahal selama ni takde kan?

Raiz:tula pasal… Malam tadi banyak nyamuk, pastu aku tersedar, tengok ada pompuan dok kat kerusi tu(dia tunjuk kerusi untuk meja komputer yang masa tu terletak sebelah tingkap,mengahadap ke katil si raiz).

Saya:masa tu aku ada kat sini lagi tak?(sambil tunjuk ke arah tilam saya yang terletak atas lantai tu)

Raiz: adee… ko tidur sebelah dia. (maknanya kerusi yang hantu tu duduk terletak sebelah tilam yang saya tidur, bukan saya meniduri hantu tu ok…)

Saya:ko nampak rupa hantu tu?

Raiz: tak nampak muka dia, sebab dia tunduk sikit, rambut dia panjang, tutup muka dia

Saya: hantu tu rambut panjang,tunduk,rambut tutup muka, baju panjang warna putih sampai bawah lutut e? pastu tangan dia letak kat lutut e?

Raiz: aah… macam mana ko tau?

Saya: owh… hantu tu popular, banyak filem, buku, gambar rupa hantu macam tu…

Tu cerita pengalaman jumpa hantu pertama, cerita kedua pula , pasal kawan saya si andi abdul ghani a.k.a adul yang saya selalu cerita dalam entri yang berkaitan dengan sabah sebelum ni.

Pada suatu malam yang tak berapa seram, saya dan raiz dapat tahu yang si adul ni dapat duit tunggakan loan dia. Jadi kami nak suruh dia belanja kami makan malam tu.

Dek kerana itu, dia sengaja main menyorok-menyorokla dengan kami, dia menyorok kat tangga, kebetulan, masa dia jengah nak tengok kami ni dah blah ke belum, saya ternampak dia, maka dapatlah kami tangkap dia.

Masa tu gelak-gelak lagi, dalam lif dia dah mula senyap, sampai kat tingkat bawah, dia senyap, dalam perjalanan ke kedai mamak tu saya tanya dia, dia ok ke tak, dia jawab macam nak tak nak dengan jawapan “ok”.

Sampai kat kedai mamak, mula-mula dia senyap gak. Tapi bila kawan-kawan kami dari rumah lain datang, ada pulak kawan sebelah dengan kampung si adul ni, dia dah mula boleh nak ketawa.

Balik dari kedai mamak, dalam perjalanan balik, dalam nada suara yang rendah, dia mula buka cerita.

Adul: beb, ko ingat tak tadi ko nampak aku kat tangga tadi?

Saya: aah… kenapa?

Adul: Sebelum ko nampak aku tu, aku duduk kat tangga tu sorang-sorang, kat tengah-tengah. Lepas tu macam ada orang buat bunyi pist kat belakang aku, macam bagi signal la dia nak lalu, aku ketepi sikit, lepas tu ada angin lalu kat sebelah aku seolah-olah ada kelibat orang lalu, laju gak la, tapi aku tak nampak pon orang lalu, cuma angin je.

Saya: Ooooo… tu yang ko senyap je dari tadi?

Adul: Aah… aku jadi takut la bila fikir balik.

Saya: Masa benda tu lalu ko tak rasa takut?

Adul: Mula-mula tadi aku tak rasa takut sebab aku tak fikir apa-apa, tapi bila fikir-fikir balik, takut pulak aku.

So cerita si adul ni saya tak tahu nak kata pengalaman jumpa hantu ke macam mana.

Cerita pengalaman jumpa hantu ke tiga pula, cerita si din, kiranya junior kitorang lah sebab dia masuk kolej, lepas kitorang dah masuk sem 2.

Masa dia “jumpa hantu” tu, dia ni baru je lagi masuk ke rumah yang kami sewa tu. tak sampai seminggu pon lagi.

Pada suatu malam yang sunyi, masa tu din duduk kat rumah seorang diri, nak study kononnya, saya, adul dan raiz keluar mencari makanan dan lain-lain.

Rumah yang kami sewa tu ada 3 bilik, bilik din di bilik ketiga, bilik saya, adul dan raiz di bilik ke 2 dan bilik pertama, si raiz letak komputer dia, mungkin lepas tragedi hantu duduk kat kerusi tadi, dia alihkan komputer tu.

Ceritanya, masa si din berjalan ke arah bilik dia dari ruang tamu, dia lalu depan bilik pertama, iaitu bilik komputer, dan kata dia, dia ternampak ada bayang kepala kat tepi tingkap bilik tu. Bila dia patah balik nak conformkan apa yang dia nampak, tak ada apa-apa pulak.

Dalam setiap cerita ni, ada 1 persamaan di sebalik perbazaan yang anda baca tentang pengalaman jumpa hantu mereka bertiga tu. iaitu, setiap dari diorang ni akan cerita pengalaman diorang tu kepada saya secara rahsia, maknanya, raiz cerita dengan saya tentang pengalaman jumpa hantu yang dia lalui, adul tak tahu, adul cerita dengan saya, raiz tak tahu, din cerita dengan saya, raiz dan adul tak tahu.

Saya sambung cerita saya dari perenggan ke 5 tadi. Cerita ni terjadi masa saya tingkatan 3, masa tu ada kem motivasi pmr, di sebuah tempat di kluang, johor.

Masa tu waktu subuh, masa tu saya tengah ambil wuduk di surau tempat tu. Siap ambil wuduk, saya berdiri dan pandang ke arah pokok-pokok di depan saya.

pengalaman jumpa hantu seumur hidup

Harap korang faham lah gambar yang saya tunjuk tu, saya di pandang “seorang” yang pakai jubah putih, serban putih dan ada macam kain di sangkut di belakang leher dia ke depan dada, berjalan… dari pokok yang paling kiri macam yang saya tunjuk dalam rajah di atas, sampailah ke pokok yang paling kanan macam dalam rajah diatas.

Lepas tu saya tak nampak dah, jadi saya andaikan yang dia pergi ke jalan disebalik pokok tu. Tapi lepas tu, saya naik tangga, saya tak nampak kelibat “orang” berjubah putih tu. sedangkan baru tak sampai seminit saya tak nampak dia lalu melepasi pokok tu.

Tapi apa yang lebih menghairankan adalah bila saya google gambar hantu, gambar ni pon ada.

hantu seksi

acaner tu? ape kaitan gambar ni dengan pengalaman jumpa hantu?

 

Hasil carian :

(Visited 1,223 times, 5,375,438)

10 kapal berhantu

1. Octavius:

Octavius

Kapal berhantu ini dijumpai pada 11 Oktober 1775 di barat Greenland. Herald adalah sebuah kapal untuk menangkap ikan paus. Menurut para sejarawan, ketika krew kapal Herald menaikin Octavius, mereka mendapati semua orang mati dibawah dek kapal. Mayat krew Octavius tak begitu busuk kerana persekitan yang sangat sejuk. Bersama-sama mayat seorang wanita, seorang budak dan seorang pelayar, mayat kapten kapal dijumpai dalam keadaan duduk kaku pada kerusinya dengan pen ditangan. Ia jelas menunjukkan bahawa kapten itu sibuk menulis lognya sehingga saat dia mati. Bagaimanapun hanya beberapa helai yang dapat dipulihkan tapi itupun dah cukup mengejutkan kerana log terakhir adalah pada 11 November 1762, hampir 13 tahun pada hari ianya dijumpai. Lebih mengejutkan, Herald adalah kapal terkahir yang berjumpa dengan Octavius, tiada siapa pernah jumpanya selepas itu

 

2. Baychimo:

Baychimo

Asalnya dikenali sebagai Angermanelfven, kapal kargo Sweden ini dibina pada 1914 dan menjadi popular kerana bejaya melengkapkan pelayaran merentasi kawasan-kawasan bahaya dan ganas di perairan Timurlaut kanada. Pada 1 Oktober 1931, Baychimo tersangkut pada lapisan ais tebal berhampiran Barrow, Alaska. Anak-anak kapalnya dipindahkan ke satu kawasan tempatan dan menunggu masa yang sesuai untuk meneruskan perjalanan. Mereka meneruskan perjalanan selepas 2 hari, Malangnya, pada 8 Oktober 1931, Baychimo sekali lagi tersangkut pada ketulan ais. Pada 15 Oktober, syarikat perkapalan menhantar pesawat untuk mendapatkan 22 dari 37 anak kapal, yang mana selebihnya mendapatkan perlindungan disatu tempat yang agak jauh. Pada suatu malam, 24 November, kapal itu hilang dibawah ketulan ais yang sangat besar dalam ribut salji yang sangat kuat. Oleh kerana itu, semua anak kapal yang tinggal, terbang pulang ke rumah. Hari silih berganti, Baychimo ditermui berkali-kali oleh pelancong dan pengembara dimerata perairan yang berbahaya. Setiap kali dijumpai, ianya kelihatan tenang berlayar tetapi apabila dicuba untuk dibawa pulang,ianya terhalang oleh ribut taufan yang kuat. Nasib kapal ini masih belum diketahui kerana kali terakhir ia dijumpai adalah pada 1969 dan selepas itu tiada siapa menjumpainya lagi.

 

3. MV Joyita:

MV Joyita

Kapal layar mewah ini dibina pada 1931 untuk Roland West, pengarah filem Hollywood yang terkanal pada waktu itu. Kemudian ianya dibeli oleh seorang professor di Universiti Hawaii yang menyewakannya kepada Kapten Thomas Miller, yang menggunakan kapal ini untuk menangkap ikan. Dengan keadaan yang tak seberapa, kapal ini memulakan pelayaran dari pelabuhan Apian dengan hanya 1 enjin yang berfungsi pada 3 Oktober 1955. Destinasinya adalah Pulau Tokelau yang jaraknya hampir 439km dan dijangkakan tiba dalam masa 41 ke 48 jam. Apabila ia gagal sampai dalam waktu yang dijadualkan, operasi mencari besar-besaran dilancarkan oleh Tentera Udara New Zealand tetapi mereka gagal mendapatkan sebarang petunjuk tentang kehilangan kapal itu walaupun telah meneroka 100, 000 batu persegi dilautan luas itu. Pada 10 November, MV Joyita dilihat oleh satu kapal dagang lebih kurang 1000 km jauh dari laluan yang dijadualkan. Krew kapal yang telah separuh tenggelam itu tidak dijumpai. Radio kapal itu ditala kepada 2182 kHz, frekuensi panggilan dan kecemasan antarabangsa.

 

4. Lady Lovibond:

Lady Lovibond

Kisah kapal layar ni mengandungi cinta, cemburu dan dendam. Menurut lagendanya, Kapten Lady Lovibend Simon Reed dan anak kapalnya sedang sibuk untuk perayaan selepas kahwinnya pada 13 Febuari 1748.Menurut beberapa pihak, John Rivers, pengemudi Lady Lovibenda telah jatuh cinta dengan isteri Kaptennya, Anneta. Oleh kerana cemburu dan dendam, dia mengemudi kapal ke pinuc Goodwinds Sands, yang dipercayai menyebabkan kapal itu retak. Pelanggaran itu membunuh semua serta-merta. Ada dongeng lama mengatakan yang kapal itu muncil setiap 50 tahun berhampiran Kent. Ia telah dilihat pada 1798, 1848,1898 dan 1948. Bagaimanapin tiada pengesahan yang ia dilihat pada 1998 tapi sehingga hari ini, kapal itu adalah kapal berhantu yang sering diperkatan di Eropah.

 

5. Carroll A. Deering:

Carroll A. Deering

Kapal layar gergasi ini dibina pada 1919 dan dinamakan sempena nama anak pemiliknya.  Pada 28 Januari 1921, semasa pulang ke Hamton Roads, Deering dilihat oleh kapal suar di Carolina Utara. Menurut penjaga kapal suar,.Kapten Jacobson, seorang lelaki misteri dari kapal itu melaporkan yang Deering kehilangan sauhnya. Jacobson juga perasan yang anak kapal vessel berlegar disatu sudut dek yang secata umumnya tidak dibenarkan untuk sesiapa. Pada 31 januari, kapal itu sekali lagi di kesan di persisiran pantai Cape Hatteras, Carolina Utara. Pada 4 Febuari pasukan penyelemat menjumpai kapal itu tapi tiada tanda aktiviti manusia pada kapal itu. Dek tidak banjir, peralatan navigasi, perahu penyelamat dan log telah hilang. Adakah ini perbuatan Rusia, lanun atau Segi Tiga Bermuda? Terdapat banyak spekulasi ancaman pada kapal berhantu ini, tapi ia masih menjadi misteri maritim terbesar.

6. Ourang Medan:

ourang_medan

Salah satu cerita hebat dalam cerita-cerita kapal berhantu. Ourang Medan adalah kapal layar Kargo Belanda yang terlibat dalam penyeludapan bahan kimia. Seperti yang diceritakan, pada Jun 1947, 2 kapal layar Amerika, Silver Star dan City of Baltimore menerima Kod Morse yang tak dapat ditafsirkan dari pengendali radio Ourang Medan dan akibatnya, pengendali radio, anak kapal,pegawai-pegawai dan Kapten Ourang Medan mati. Apabila kumpulan penyelamat dari Silver Star tiba di Ourang Medan, mereka mendapati mayat-mayat dalam keadaan yang menakutkan. Apa yang mengejutkan, tiada kecederaan luaran pada mayat, dan kapal tidak mengalami kerosakan. Dari keadaan muka dan badan mayat, pasukan penyelamat memnyimpulkan yang mereka mati kerana ketakutan(camni la kot orang kata takut cam nak mati). Pencarian berakhir apabila kapal ini meletup ketika ditarik ke pelabuhan berhampiran. Ia tenggelam dikegelapan dasar Pasifik, meninggalkan banyak misteri dan tanda tanya kepada ahli sejarah.

 

7. SS Valencia:

SS_Valencia

Lebih dikenali sebagai Makam Pasifik, kapal berhantu ini dibina pada 1882 dan secara umumnya berkhidmat pada laluan Carlifornia-Alaska. Perjalanan terakhirnya bermula pada 20 Januari 1906 dengan 108 penumpang, 9 pegawai dan 56 anak kapal. Dalam perjalan melalui laluan San Francisco-Seattle, kapal ini terperangkap dalam cuaca buruk di kawan Cape Mendocino. Angin kuat berais menghanyutkan kapal itu dan akhirnya pada 22 Januari ia berlanggar dengan batu dan tenggelam didasar laut. Lebih kurang 37 penumpang berjaya menyelamatkan diri dan selebihnya hanyut dibawa ombak. Kisah SS Valencia dianggap kisah yang paling menyayat hati dalam sejarah Baratdaya Pasifik dan SS Valencia dipercayai masih belayar sebagai kapal hantu berhampiran Pulau Vancouver.

 

8. Flying Dutchman:

Flying Dutchman

Dikatakan berasal dari kurun ke 17, Flying Dutchman dikaitkan sebagai kapal hantu yang juga dikatakan sebagai logamaya/fatamorgana, halusinasi dan ilusi. Menurut orang nautika, kapal hantu ini tidak pernah sampai ke pelabuhan dan sentiasa berlayar dengan kelajuan luar biasa, Pada tahun 1729, Kapten Vanderdecken mengemudi kapal ini menuju ke Cape of the Good Hope yang terletak di pantai Atlantik Afrika Selatan. Tiba-tiba ribut melanda dan kapten kapal yang degil dan berani ini tetap meneruskan perjalanan dan bersumpah yang dia akan sampai ke destinasi walaupun hingga hari kiamat. Kapal ini tidak pernah sampai ke destinasinya dan tiada tanda ia akan sampai tapi hingga ke hari ini, ia berkeliaran dilautan sebagai kapal hantu.

 

9. Jian Seng:

Jian Seng

Dari mana ia datang dan siapa pemilik kapal tangki 80 meter ini masih menjadi subjek misteri. Pada Mac 2006, Jian Seng dikesan di Teluk Carpentaria oleh sebuah pesawat pemerhati pantai Australia. Selepas ianya dikenali, Sebuah bot kastam Australia, Storm Bay dihantar untuk mengumpul maklumat mengenai kapal yang ditinggalkan ini yang terapung diperairan yang belum diteroka. Tiada tanda manusia diatas kapal kecuali jumlah beras yang sangat banyak. Oleh kerana kerajaan Australia tidak dapat mengesan pemiliknya, kapal hantu ini akhirnya ditunda dan ditenggelamkan di laut dalam di Weipa, Cape York.

 

10. Mary Celeste:

Mary Celeste

Pada 5 November 1872, kapal dagang ini memulakan perjalanan dari New York ke Genoa. DIlancarkan dibawah arahan Kapten Benjami Briggs, kapal gergasi ini membawa banyak wain dan arak. Pada 4 Disember 1872, Kapten kapal “Dei Gratia” melihat sebuah kapal kira-kira lima batu jauh dari lokasi mereka. Apabila pasukan penyelamat menghampiri, kapal yang masih belayar ini dikenali sebagai Mary Celeste. Barang-barang peribadi dan beharga anak kapal tidak disentu tetapi 7 anak kapal, kapten, isteri dan anak perempuanya hilang. Kehilangan mereka menjadi satu mesteri kerana tiada tanda pergelutan dan keganasan. Mereka hilang begitu sahaja.

 

Ye… saya tahu, mesti ada yang tanya, Black pearl(Pirates of Carrebian) dengan titanic tak masuk dalam senarai kapal berhantu ke? Maaf, Black Pearl masih dalam botol dan Titanic lak? takde orang wat report kata jumpe dia berlayar… Sorry… hehehe…

Hasil carian :

(Visited 533 times, 5,375,438)

Jumpa semula cincin kawin selepas 16 tahun hilang

Cincin perkahwinan yang hilang lebih satu dekad dijumpai membesar di kebun lobak pasangan ini

pasangan_jumpa_cincin_di_kebun Gadis yang baru bertunang atau berkahwin selalunya dinasihatkan agar tidak menanggalkan cincin mereka, Lena Pahlsson dari Mora,Dalarna, Sweden sedar akan kesilapannya apabila dia kehilangan cincin yang direka hasil bantuan beliau sendiri, apabila menaggalkannya untuk memasak pada 1995.

Selepas berbulan membawa ke bertahun-tahun, Lena Pahlsson yang telah berputus asa akhirnya menemui kembali cincinnya ditempat yang tak disangka apabila dia menyedari ada sesuatu yang terlekat pada lobak yang dicabutnya.

Anaknya Anna terdengar Lena menjerit dan segera mendapatkan ibunya yang disangkanya cedera. Sebaliknya dia menemui ibunya yang sedang duduk dikerusi dalam keadaan terkejut.

Pasangan itu membut rumusan, cincin itu mungkin terjatuh dalam tong kompos yang mereka gunakan dan kemudian dimakan oleh mana-mana kambing biri-biri mereka. Dan cincin itu mungkin jatuh di kebun itu dari baja najis itu. Laporan mengatakan cincin emas putih dengan 7 berlian itu dalam keadaan seperti baru ketika ditemui.

(sumber)

 

(Visited 92 times, 5,375,438)