Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

ni nak cerita la kan… tadi saya nak g kedai, lalu depan satu rumah, kiranya rakan sekerja la. Pastu teringat yang dia apply nak pindah tempat kerja. Dia cerita ngan kawan-kawan yang lain, sebenarnya dia taknak pindah, tapi laki dia suruh, haaa… masa tu la saya terfikir yang kenapa orang dulu boleh tahan lama.

Kenapa orang dulu boleh tahan lama?

Jap… korang fikir apa bila baca tajuk kenapa orang dulu boleh tahan lama? Mesti fikir tahan lama yang tu kan? yang bab malam jumaat tu kan?

tahan lama

Memang la betul orang dulu anak ramai… macam adik beradik mak saya, 13 orang… tapi saya tak sempat tanya arwah nenek saya sama ada atuk saya tu tahan lama ke tak. hahahaha.

Tapi untuk tidak mengecewakan korang, saya bagi ni… Rahsia menambat nafsu isteri

Jangan kata abang long tak payung ok?

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 564 times, 5,351,228)

Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, apa yang akan berlaku?

Isteri siapa yang jadi blogger? Pastinya isteri saya sendiri.

Seperti yang saya nyatakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger, saya ada beritahu yang saya baru buatkan blog untuk isteri saya.

Dan banyak entri-entri untuk blogger baru yang saya tulis selepas itu saya tujukan khas untuk isteri saya dan kepada mereka yang baru jadi blogger.

Bila isteri jadi blogger, banyak manfaatnya, terutama sekali kepada suaminya, yang juga seorang blogger, contohnya seperti saya, Alongxp.

suami isteri jadi blogger

Bila isteri jadi blogger, barulah dia makin faham kenapa saya selalu tidur lewat. Walaupun dia tak pernah bising atau pertikai  atau merungut sebab saya selalu tidur lewat, tapi bila dia pon dah jadi blogger, saya lebih senang hati. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 226 times, 5,351,228)

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin..

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin..

Poligami? susah? mustahil? tak mungkin.. tak mungkin tak boleh nak berpoligami hehehe.

Hampir semua lelaki mesti nak kahwin lebih dari satu, walaupun cuma sekali je terdetik dalam hati, walaupun tahu memang tak mampu zahir dan batin, walaupun tahu tak akan mampu berlaku adil.

rahsia poligami

Saya ingat lagi, masa saya kursus kahwin dulu, penceramah tu siap suruh semua peserta kursus kahwin (yang lelaki) untuk berkahwin lebih dari satu, maka muka lelaki penuh dengan keceriaan dan muka peserta perempuan penuh dengan kecukaan.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,228)

Masa saya belajar dulu pun, saya dan kawan-kawan lelaki suka pilih tajuk poligami ni sebagai tajuk untuk dibentangkan sebab nak penontonton bagi respon, ada markah disitu.

Penonton yang respon bukan setakat kawan-kawan kelas je, pensyarah pon suka tajuk ni. hehehe.

Kenapa orang lelaki nak berpoligami? kenapa Allah bagi keizinan untuk kahwin lebih dari satu hanya kepada lelaki sahaja? kenapa perempuan tak boleh ada lebih dari satu suami?

Ini kalau nak cerita, bukan 300 patah perkataan, 300 ribu patah perkataan pon boleh. Tapi yelah, saya lelaki, kalau saya huraikan panjang macam mana sekali pon, perempuan mesti tak puas hati punya, saya pernah saje gurau-gurau menyatakat sorang ustazah ni, saya kata suami dia nak kawin lain,terus membebel panjang dia, ustazah pun boleh marah bila dikata suami dia nak kahwin dari 1.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,228)

Ramai lelaki kat luar sana tu yang nak beristeri lebih dari 1, tapi ada je halangan yang tak membenarkan suami untuk menjayakan pelan poligami yang dah lama terpendam.

Nak luahkan, asyiklah tak kena masa, isteri tengah masak di dapur, si suami datang konon-konon nak tolong, sebenarnya nak cuba berbincang kalau-kalau isteri boleh bagi kelulusan untuk projek poligami dia tu, baru dekat, terus tak jadi niat nak luahkan niat nak tambah isteri tadi bila tengok isteri tengok potong ayam.

Si suami terus terbayang si isteri tetak kemaluan suami macam yang masuk dalam berita. Kecut terus bahagian sulit tersebut.

Jadi macam mana agaknya ya? Kita rujuk pada yang pakar.

Ebook-Panduan-Lengkap-Mudahnya-Poligami1

Dapatkan sekarang

 Panduan ni sangat sesuai untuk yang merancang nak berpoligami atau yang dah pun berpoligami. Atau mungkin ada isteri yang rasa nak hadiahkan buku ni kepada suami dia sebab takut suami dia buat maksiat dengan berzina sebab tak berani nak mintak izin dari isteri. Renung-renungkan dan dapatkan panduan poligami ni.

Hasil carian :

(Visited 477 times, 5,351,228)

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik

tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, boleh ke tak boleh? mustahil ke tak mustahil nak jadi isteri yang baik tapi tak pandai masak?

tak pandai masak

Sebelum anda teruskan membaca,harap maklum yang entri ni agak “terbuka”. dan entri ni adalah berdasarkan ilmu dan pengalaman peribadi saya. mari kita kembali kepada tajuk ni.

Sebenarnya pandai masak bukanlah satu kemestian untuk jadi isteri yang solehah, baik, cemerlang, gemilang, terbilang dan ang ang yang lain. Sebab memasak adalah satu perkara kecil untuk membahagiakan suami. Tapi boleh memberi impak yang besar

Selain dari memasak, banyak lagi benda yang penting yang perlu anda buat untuk jadi isteri yang baik. sesungguhnya jadi isteri pon satu tanggungjawab yang besar juga.

Selain dari memasak, seorang isteri kena senangkan hati suami, siapkan pakaian dia untuk dia pergi kerja, baju, seluar,singlet,blazer,  seluar dalam, stokin, kasut dan segalanya. Orang laki ni kalau ada orang setlekan benda remeh untuk dia, dia sangat senang hati.

Kalau dia jenis cerewet, cuba fahamkan dia. elakkan dari benda yang dia tak suka. kalau dia tak suka rumah bersepah, kemas, dan apa-apa jelah.

Lepas tu, walaupun anak dah sampai penuh satu mpv sekalipun, cubalah jaga badan mengikut citarasa suami, kalau dia suka yang keding, kedingkan badan anda, kalau dia suka yang chubby, jadikan badan anda badan chubby.

Kalau dia suka yang punggung besar, besarkan punggung anda, kalau dia suka yang berdada besar, besarkan dada anda.

Semua tu tak mustahil dah zaman sekarang ni, produk kesihatan banyak, contact dayah,cerita apa yang anda inginkan, mintak nasihat dari dia. InsyaAllah dia boleh tolong.

Bila dia balik kerja, cuba untuk sambut dia dengan senyuman, kecantikan dan air instead of keep watching your favourite tv programme.

Dan pastilah keperluan “yang tu”. saya ingat lagi kata-kata penceramah masa saya kursus kahwin dulu. “lelaki ni kalau malam tu dia tak dapat, kereta depan tak gerak bila lampu hijau pun di hornnya, padahal lampu hijau tu baru menyala satu saat. Tapi kalau malam tu dia dapat, orang langgar kereta dia pun dia boleh keluar slow talk baik-baik, silap-silap dia pulak kata tu salah dia sendiri

Sesungguhnya selain dari masakkan, seks dalam rumah tangga juga satu benda kecil yang boleh memberikan impak yang besar, bila suami tak dapat, dia boleh stress lain macam, jadi kalau suami mintak, cubalah untuk bagi, seboleh-bolehnya cuba puaskan suami. elakkan bagi alasan. kang kalau dia carik lauk kat luar lagi susah

Cuba rapatkan anak dengan ayahnya, suami akan gembira kalau anda boleh buat macam tu sebab orang laki ni tak berapa pandai nak mulakan tunjuk kasih sayang dia.

Ok, kalau anda tak pandai masak tapi nak jadi isteri yang baik, belajarlah, sebenarnya isteri saya pun dulu tak pandai masak, tapi dia rajin google resepi. Dia cuba buat, kadang jadi, kadang tak jadi. Kadang sedap, kadang tak sedap, tapi dia usaha untuk perbaiki.

Masa sebelum kahwin dulu dia memang dia tak pandai masak,dan dia tak berapa nak belajar masak. Tapi… saya jatuh cinta ngan dia sebab masakan dia, masakan yang simple, tapi disebabkan masakan yang simple tulah buat cinta terbit di hati (umak aih ayat…)

isteri yang baik

Saya bukanlah orang cerewet bab makan, sebab saya bukan datang dari keluarga yang senang, tapi saya suka makan. Kadang datang ngade-ngade saya teringin nak makan apa-apa, saya cakap kat isteri saya, nanti terus dia google resipi. Nanti kalau bahan yang diperlukan untuk memasak tak ada, dia suruhlah saya pergi kalau saya nak makan

Internet kan ada, internet kan dunia tanpa sempadan, nak resipi masakan korea?nak resipi makanan jepun? resipi western suma ada.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,228)

Kelas masakan dah merata sekarang kalau anda ada masa, kolej komuniti antara yang saya tengok selalu buat kursus masakan dan macam-macam kursus lagi.

Tapi orang akan kata anda hebat jika suami terasa bila anda tiada, maka dengan itu, anda tak perlu dah nak risau suami anda cari perempuan lain sebab tu tandanya dia dah bergantung pada diri anda.

So tak pandai masak bukan alasan yang menghalang anda untuk jadi isteri yang baik, banyak lagi aspek yang anda perlu buat dan jaga. Tapi kalau pandai masak, tak perlulah ada perempuan lain yang masakkan untuk suami, jimat pon jimat kan?

Hasil carian :

(Visited 460 times, 5,351,228)