Minggu yang sibuk

Menggila aku minggu ni… minggu ni memang minggu yang sibuk la… dalam keterujaan mengguna semula dslr aku yg autofocusnya rosak,kena guna manual fokus,skill fotografi semua dah hanyut. Aku mula nak memadatkan semula kakicandid.com yang dah bertahun expired. Ni kena start balik dari kosong.
Dalam pada yang sama aku mula teruja nak berblogging dalam bahasa inggeris kat blogspot aku yg aku taknak bagitahu urlnye… hehehe… segan beb… aku tak confident nak bagi org malaysia terutama sekali orang melayu yang hebat bahasa inggeris baca blog bahasa inggeris aku. tapi aku tak privatekan blog tu.. kalau rajin, carik sendiri la blog tu.

tu dah 2 projek… dalam pada masa yang sama, aku tengah belajar laravel, satu framework php, sebab… aku ada projek yang besar pada aku, walaupun mungkin pada orang lain benda tu kecik, tapi kalau siap dan berjaya, web yang aku akan buat tu akan membantu lebih dari 40 orang untuk permulaan. walaupun tak ada dateline, tapi aku target menjelang bulan 11, benda tu dah siap dibina, menjelang bulan 12 benda tu dah aku uji ┬ádan menjelang januari 2015, orang dah boleh guna benda tu.

 

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 96 times, 5,369,261)