Idea untuk menulis blog

Idea untuk menulis blog

Tak ada idea untuk menulis blog bukan benda yang pelik, bukan benda yang luar biasa, bukanlah sesuatu yang jarang dijumpai oleh seorang blogger.

Tak kira blogger baru atau blogger lama, hampir semua blogger akan jumpa masalah tak ada idea untuk menulis blog. Tak ada idea juga salah satu sebab kecil kenapa saya update blog setiap 2 hari.

Disebabkan itu juga, saya biasakan diri saya untuk membawa pen dan kertas ke mana-mana, pergi makan, pergi mandi, pergi buang air besar, masuk tidur, pergi merokok dan lain-lain masa.

Bila dapat idea, tapi masa tak mengizinkan, saya tulis tajuk dan point penting atau keyword yang saya rasa bagus untuk digunakan atau ada potensi orang cari di enjin carian.

Kadang-kadang bila saya tak ada idea untuk menulis blog, saya baca balik entri-entri lama saya.

Bukan setakat dapat idea,  malah saya dapat tengok balik gaya penulisan dan buat pembetulan pada ayat dan ejaan saya.

Ok, saya nak bagi cadangan idea untuk menulis blog, ianya mungkin boleh menghasilkan lebih dari 1 entri.

Saya cadangkan anda tulis tentang perkara-perkara di sekitar tempat tinggal anda, atau tempat kerja anda atau kampung anda.

Nampak macam benda tak popular, tak hot, macam tak ada orang nak baca, tapi ini hakikat yang anda perlu ingat!

Anda menulis di blog, di internet, di sebuah tempat yang tiada sempadan. Jadi, ada macam-macam jenis orang yang mungkin akan masuk ke blog anda melalui enjin carian seperti google, yahoo, bing, bang, boom dan sebagainya.

Mereka, pembaca atau pengguna internet tu mungkin seorang suami kepada seorang isteri yang mengidam makanan yang mungkin hanya ada di tempat anda.

mereka mungkin bakal pengantin yang nak mencari homestay di kawasan anda untuk rombongan keluarga mereka.

Mereka mungkin pengembara yang belum sampai ke tempat anda kerana tak pernah tahu pasal tempat menarik yang anda ceritakan tu.

Mereka mungkin adalah orang yang akan berpindah ke kawasan kejiranan anda?

Mereka mungkin pencinta sejarah yang mencari cerita yang mana, bila anda tulis pasal tempat anda, barulah mereka tahu.

Anda mungkin ada idea untuk menulis blog anda, tapi anda rasa cerita tu sampah semata-mata.

Tapi cerita yang anda sangka sampah tu mungkin emas, intan, berlian pada orang lain. Jadi anda secara tak langsung telah menyebarkan sesuatu yang sangat besar nilainya.

Macam saya katakan dalam entri permulaan dalam dunia blogger dulu, just blog!!

 

Hasil carian :

(Visited 100 times, 5,351,045)

Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Baru buat blog, nak tulis cerita apa pula?

Rentetan dari entri sebelum ni iaitu idea bahan untuk blogger baru , kali ni saya nak share idea untuk entri ke 3 bagi blogger yang baru buat blog.

Sebenarnya tak kisah pon anda yang baru buat blog ke dah lama buat blog ke, baru ada 2 entri atau dah ada 2 ribu entri sekali pon, tak kisah sebenarnya.

baru buat blog

Sesiapa pon boleh gunakan idea ni. Ini sekadar cadangan je, kalau ada idea lain pon boleh guna. Saya cuma beri cadangan yang mungkin boleh membantu. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 137 times, 5,351,045)

Idea bahan untuk blogger baru

Idea bahan untuk blogger baru

Carik idea bahan untuk blogger baru? Jangan kata blogger baru, blogger lama yang dah dekat 10 tahun blogging macam saya ni pon selalu ketandusan idea, sebab tu tak popular kot. hehehe.

Entri ni adalah sambungan entri dua hari lepas iaitu Permulaan dalam dunia blogger, yang mana didalam tu saya kongsikan apa yang nak ditulis untuk entri pertama (kalau anda betul-betul belum ada idea nak tulis apa).

Ok, cukup dengan pengenalan, kita sambung cerita. Saya nak kongsi pendapat saya untuk idea bahan untuk blogger baru.

idea bahan untuk blogger baru

Untuk entri kedua atau mungkin yang seterusnya, idea bahan untuk blogger baru yang saya cadangkan adalah tentang diri anda. Continue reading

(Visited 70 times, 5,351,045)

Tengok kartun macam budak kecil

Tengok kartun macam budak kecil

Tengok kartun macam budak kecil adalah ungkapan yang di ucapkan oleh seorang yang kuno atau berfikiran cetek. Tu pandangan peribadi saya.
Saya tak nampak rasionalnya mereka kata macam tu.

tengok kartun boboiboy
Kenapa saya kata macam tu? Sebab mereka meletakkan had berfikir.
Pada mereka:
Tengok kartun=budak kecil.
Baju pink=perempuan.

Kenapa mereka taknak kata pakai kain untuk perempuan je?
Kenapa orang dewasa makan gula-gula?

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,351,045)

Pernah tak mereka fikir… Kenapa kelas sesuatu rancangan tv atau filem tu dikelaskan kepada:

kategori tontonan filem

Untuk tontonan umum.
Untuk 13 tahun ke atas.
Untuk 18 tahun ke atas.

Kenapa tak ada kategori tontonan:
untuk tontonan 13 tahun ke bawah.
Untuk tontonan 10 tahun ke bawah.
Untuk tontonan 6 tahun ke bawah.
Untuk tontonan 2 tahun ke bawah.

Pernahkah anda fikir kenapa tak ada kategori macam tu?

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,045)

Well… Pada saya, ungkapan ” tengok kartun macam budak kecil ” adalah sesuatu yang tak logik.

Kenapa pula tak logik? Kenapa kartun untuk budak kecil? Adakah yang menghasilkan kartun tu budak kecil?

Saya dapat idea tulis entri ni masa tengok kartun big hero 6.

Big hero 6

Yang buat kartun tu bukan budak kecil, dewasa. Ada yang dah keluar dari kategori belia lagi.

buat kartun big hero 6

pakcik ujung tu lukis baymax

Saya suka tengok kartun. Pada saya ada banyak kelebihan.

Pada saya kartun meningkatkan imaginasi dan seterusnya memberikan idea dan secara tak langsung membantu perkembangan otak untuk kanak-kanak.

Orang yang kata kartun HANYA untuk kanak-kanak inilah yang berfikiran kolot.

Yang mana bila ada orang bagi idea yang dari fikiran luar kotak, dia akan cakap “mengarut”.

Saya pernah terfikir 1 idea yang orang kata mengarut. Tapi pada saya ia tak mustahil.

Saya pernah kongsikan idea bioteknologi saya tu pada seorang kakak yang berfikiran terbuka macam saya.

Saya terangkan kat dia siap dengan lukisan draf macam mana benda tu nak di buat.

Idea bioteknologi saya tu membolehkan orang yang lumpuh separuh badan, orang yang patah kaki untuk berjalan macam biasa tanpa bantuan tongkat.

Idea bioteknologi saya tu membolehkan pesakit untuk bergerak macam orang yang tak sakit.

Idea saya dapat tu lepas tengok cerita g.i.joe.

cerita g i joe

Tapi kenapa saya tak realisasikan idea saya tu?

Sebab kalau nak buat benda tu memerlukan modal yang sangat besar dan memerlukan ramai pakar. Yang mana saya tak ada semua tu

Masa saya cakap idea saya tu kepada kakak tu akan melibatkan kos yang besar. Dia jawab.

Takpelah… Kalau orang banyak duit, dia tak perlu pakai tongkat.

Itu memang motivasi yang baik. Dia sedar benda tu tak mustahil. Tambah-tambah penerangan yang saya beri sangat terperinci yang membuatkan orang mampu membayangkan benda tu dan fungsinya. Tapi macam saya cakap tadila… Untuk permulaan, modalnya sangat besar dan memerlukan ramai pakar dari pelbagai bidang.

Bidang kejuruteraan, bidang biologi terutama bahagian neurologi, bidang mekatronik, bidang pengkomputeran dan macam-macam lagi.

Idea dari satu cerita kartun kepada benda yang tak mustahil untuk di realisasikan.

Hasil carian :

(Visited 705 times, 5,351,045)