hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

Hotlinking ni takde kena mengena dengan hotlink maxis tu ye… hotlinking yang aku nak cerita ni hotlinking untuk mencegah pencuri bandwith webhosting blog. kalau korang pernah tengok gambar ni kat blog lain

jangan mencuri, pencuri, curi post, curi entri, curi gambar, blog , curi bandwith webhosting blog

gambar yang keluar diblog yang mencuri post dan gambar dari blog

maknanya blog tu telah mengambil gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Ianya terjadi bila mereka ambil, secara direct, maksudnya mereka ambil link gambar tu, embed ke blog mereka, kalau mereka download, upload di server sendiri tu, kurang lah sikit marahnya, marah tetap marahlah kalau tak mintak izin, bagi kredit jauh sekali lah. kenapa saya marah, antara yang buat saya marah, bila mereka copy paste entri, guna gambar dari server blog saya, bandwith webhosting blog saya dimakannya, sedangkan trafik blog saya tak tinggi mana pon, tapi disebabkan trafik blog pencuri-pencuri tu tinggi, dan gambar dari blog saya yang terpapar, jadi ianya memberi kesan terhadap jumlah bandwith webhosting saya, kalau diorang bagi trafik balik kat saya same banyak takpelah jugak.

paling2 pon mintaklah izin, komen kat entri yang nak dicopy tu, mintak izin, letak link sumber entri tu. yang buatkan saya buat benda hotlinking ni bila saya tengok bandwith webhosting blog saya dah macam trafik blog ni 20 ribu orang masuk, padahal masa tu cuma 3 ribu ke 4 ribu je. entri kegemaran pencuri-pencuri entri blog saya adalah sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban. copy bulat2 lak tu…

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,351,490)

kalau bagi kredit ckit macam blog faridah yaacob dalam entri br1m ni yang beliau kongsikan, takdelah saya marah walaupn dia guna gambar terus dari blog saya. walaupun tetap memberi kesan terhadap penggunaan bandwith webhosting blog saya,tapi dibalas dengan trafik ke blog ini

bagi kredit -  pujianby the way, kredit yang saya maksudkan tu, bukanlah kredit tefon, maksud kredit tu pujian atau penghargaan lah… macam entri sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban tu, walaupun saya ambil dari tempat lain, saya bagi kredit, letak link sumber asal, dan entri asalnya dalam bahasa inggeris, saya terjemah sendiri ke bahasa melayu, tiba2 orang lain senang-senang je copy bulat-bulat, takde usaha langsung. jadi macam mana nak buat hotlinking ni, bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita? ada beberapa cara bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita ni. antaranya edit fail .htaccess, biasanya kita boleh jumpa dalam webhosting blog kita, masuk ke cpanel, download melalui file manager dalam cpanel atau download menggunakan ftp. bila dah download, buka fail .htaccess tadi menggunakan notepad ke, aplikasi script editor macam dreamweaver ke… biasanya saya guna notepad++ copy kod kat bawah ni, paste dan edit fail .htaccess tu

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?alongxp.com [NC]
RewriteRule \.(jpg|jpeg|png|gif)$ http://i.imgur.com/gigunAV.jpg [NC,R,L]

penerangan bagi kod diatas, adalah

edit fail htaccess hotlinking

no 1. itu adalah domain yang akan kita benarkan untuk menggunakan fail/gambar dari blog kita, so, wajib kite letak domain kita sendiri, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je

no 2. ini adalah url image yang kita akan gantikan, bila orang yang mencuri bandwith webhosting blog kita tu letak gambar menggunakan link gambar dari blog kita, gambar gantian ni yang akan keluar, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je. macam saya, saya upload gambar di imgur.com, embed dari sana. janganlah kita upload di server kita dan embed kod tu, serupa gak perginya. kita nak elakkan mereka ni curi bandwith webhosting blog kita

p/s: jika anda pernah minta izin untuk kongsi entri dari blog saya dan gambar seperti diatas muncul, sila beritahu saya melalui link ini

(Visited 7,073 times, 5,351,490)

Hasil carian :

(Visited 237 times, 5,351,490)

Terasa popular lak hari ni…

Minggu lepas along dapat emel dari nuffnang… untuk jemputan ke sidang akhbar atau Press Conference bersama dengan Yuna untuk People Power ‘Online’ Concert. So pagi tadi, selepas 2 kali sesat(1st nak cari Jaya One ni.. pastu sesat nak cari Tempat ni)… along sampai gak ke the Bee kat Jaya One ni…

sampai je kat situ.. macam biasa la… ushar2 dulu… nampak ada goodie bag hotlink byk2… so try je pegi n tunjuk emel yg dpt tu sambil tanya betul ke ni tempat tu.. so mmg betul… then amek goodie bag tu, isi borang, pastu terkebil2 nk cari tempat duduk… sume meja dah ada org, so xtau nk dok mana… menggamble kan diri utk tegur sorg brother ni,”ada org x bang?saya dok sini boleh?” brother tu jwb xde org n boleh so along pon dengan rasa malu2 dudukla… so mula la berbual ngan brother tu… nama die azlan… bukan azlan n the type writer ye… die azlan author / owner bagi blog alan baik oleh kerana kat dlm tu agak bising, so sesi perkenalan tu still berjalan,tapi tahap pendengaran jd terbantut… so bro azlan ni die bg kad die… skali tgk… mak aih… ini bukan calang2 org ni… huhu… xlama kitorg bebual, yuna pon sampai…

pastu berjalan la sesi sidang akhbar/sidang media/press conference tu…

yuna pandang mana tu? hehehe

sempat lagi tu snap kasut yuna yang tinggi tak ingat…

yuna tunjuk demo untuk mendaftarkan diri untuk online concert yg dia akan perform tu…

pastu kitorg yg blogger2 ni x melepaskan peluang nak bergambar sesame sendiri… hehehe…

kak ina kl dan alan

alongxp dan cik epal? haaa… time ni la along rasa agak bangga sbb bila along kenalkan diri sbg alongxp cik epal leh ckp “owh… tau.. rs cam penah masuk blog tu” perghh… bangga siot… nasib baik along dah kawin, klu x, mau along cube kuasa mengayat yg ada pada diri ni… hahaha…

tu dia… bukan main mesra lagi cik epal ngan yuna… tapi xpe…

kitorg yg blogger lelaki ni pon nak jugak bergambar ngan yuna kan?hehehe…

masa dah nak balik tu, along ngan bro alan ni dok amek gamba tag nuffnang tu… pastu ada la satu goodie bag sesat kat situ, along dah nampak dah, dok bebual2, skali along terambik skali goodie bag tu… maknanya along dah ada 2 la.. tapi cd dalam tu dah xde dah… tinggal fail je… cd ape? cd ni ha….

haha… jeles x? DAPAT tu beb…

ok la… skrg masa untuk korg yg nk tengok virtual concert tu booking tiket tu lak… masuk ke nowyoucan.my/yuna

virtual concert akan berlansung pada 14 disember 2011 jam 8 malam.

hanya 10,000 tempat je yang akan dapat tengok konsert ni… so book skrg kat nowyoucan.my/yuna dan login menggunakan nombo tpon n fb korang… sape cepat die dapat… along pon org ke 252 register tadi… sapa lambat? xdapek den nak nolong eh… hahaha

Hasil carian :

(Visited 232 times, 5,351,490)