Saya je tak ada gambar, kenapa entah?

Saya je tak ada gambar, kenapa entah?

Saya je tak ada gambar, kenapa entah? ke pasal sy xde komenluv tu kn.. adalah antara ayat persoalan yang ditimbulkan oleh eyfa writer dalam komen blogger pemurah bulan 3 yang saya terbitkan minggu lepas.

tak ada gambar

Kenapa dia tak ada gambar dalam senarai blogger pemurah tu?

blogger ramah bulan 3

blogger ramah bulan 3

Sebab dia tak register gravatar, apa itu gravatar? Gravatar, mengikut dari laman web gravatar, gravatar ialah Globally Recognize AVATAR. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 213 times, 5,371,677)

wordless wednesday : puzzle

 jigsaw puzzle

Penerangan tentang gambar jigsaw puzzle kat atas ni boleh tengok kat sini ye Buat gambar jigsaw puzzle

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,892 times, 5,371,677)

Hasil carian :

(Visited 97 times, 5,371,677)

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

Hotlinking ni takde kena mengena dengan hotlink maxis tu ye… hotlinking yang aku nak cerita ni hotlinking untuk mencegah pencuri bandwith webhosting blog. kalau korang pernah tengok gambar ni kat blog lain

jangan mencuri, pencuri, curi post, curi entri, curi gambar, blog , curi bandwith webhosting blog

gambar yang keluar diblog yang mencuri post dan gambar dari blog

maknanya blog tu telah mengambil gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Ianya terjadi bila mereka ambil, secara direct, maksudnya mereka ambil link gambar tu, embed ke blog mereka, kalau mereka download, upload di server sendiri tu, kurang lah sikit marahnya, marah tetap marahlah kalau tak mintak izin, bagi kredit jauh sekali lah. kenapa saya marah, antara yang buat saya marah, bila mereka copy paste entri, guna gambar dari server blog saya, bandwith webhosting blog saya dimakannya, sedangkan trafik blog saya tak tinggi mana pon, tapi disebabkan trafik blog pencuri-pencuri tu tinggi, dan gambar dari blog saya yang terpapar, jadi ianya memberi kesan terhadap jumlah bandwith webhosting saya, kalau diorang bagi trafik balik kat saya same banyak takpelah jugak.

paling2 pon mintaklah izin, komen kat entri yang nak dicopy tu, mintak izin, letak link sumber entri tu. yang buatkan saya buat benda hotlinking ni bila saya tengok bandwith webhosting blog saya dah macam trafik blog ni 20 ribu orang masuk, padahal masa tu cuma 3 ribu ke 4 ribu je. entri kegemaran pencuri-pencuri entri blog saya adalah sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban. copy bulat2 lak tu…

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,371,677)

kalau bagi kredit ckit macam blog faridah yaacob dalam entri br1m ni yang beliau kongsikan, takdelah saya marah walaupn dia guna gambar terus dari blog saya. walaupun tetap memberi kesan terhadap penggunaan bandwith webhosting blog saya,tapi dibalas dengan trafik ke blog ini

bagi kredit -  pujianby the way, kredit yang saya maksudkan tu, bukanlah kredit tefon, maksud kredit tu pujian atau penghargaan lah… macam entri sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban tu, walaupun saya ambil dari tempat lain, saya bagi kredit, letak link sumber asal, dan entri asalnya dalam bahasa inggeris, saya terjemah sendiri ke bahasa melayu, tiba2 orang lain senang-senang je copy bulat-bulat, takde usaha langsung. jadi macam mana nak buat hotlinking ni, bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita? ada beberapa cara bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita ni. antaranya edit fail .htaccess, biasanya kita boleh jumpa dalam webhosting blog kita, masuk ke cpanel, download melalui file manager dalam cpanel atau download menggunakan ftp. bila dah download, buka fail .htaccess tadi menggunakan notepad ke, aplikasi script editor macam dreamweaver ke… biasanya saya guna notepad++ copy kod kat bawah ni, paste dan edit fail .htaccess tu

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?alongxp.com [NC]
RewriteRule \.(jpg|jpeg|png|gif)$ http://i.imgur.com/gigunAV.jpg [NC,R,L]

penerangan bagi kod diatas, adalah

edit fail htaccess hotlinking

no 1. itu adalah domain yang akan kita benarkan untuk menggunakan fail/gambar dari blog kita, so, wajib kite letak domain kita sendiri, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je

no 2. ini adalah url image yang kita akan gantikan, bila orang yang mencuri bandwith webhosting blog kita tu letak gambar menggunakan link gambar dari blog kita, gambar gantian ni yang akan keluar, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je. macam saya, saya upload gambar di imgur.com, embed dari sana. janganlah kita upload di server kita dan embed kod tu, serupa gak perginya. kita nak elakkan mereka ni curi bandwith webhosting blog kita

p/s: jika anda pernah minta izin untuk kongsi entri dari blog saya dan gambar seperti diatas muncul, sila beritahu saya melalui link ini

(Visited 7,075 times, 5,371,677)

Hasil carian :

(Visited 247 times, 5,371,677)

jana wang automatik

jana wang automatik kan? ade ke cara boleh jana wang automatik ni? beberapa hari (mungkin minggu, mungkin bulan yang lalu) aku ada la berbual ngan tukang kebun tempat kat tempat kerja aku ni.. cerita susahnya nak cari duit masa zaman die muda-muda dulu (umur die sekarang dah 50 lebih) cerita zaman tu macam mana susahnya nak cari duit, aku pun ada gak cerita aku penah hidup susah (sekarang pon takla senang mana pon).

jana wang automatik

walaupun sekarang ni aku agak susah, yelah, bini aku tak kerja, aku sorang je kerja, nak merasa pakai kereta baru entah bila lah kan? tapi bila aku kenang balik, sesusah-susah aku sekarang ni, takdelah susah macam dulu, kalau sekarang aku tak cukup duit nak isi minyak, aku tak cukup duit nak isi minyak minimum 30 ringgit, dulu nak isi minyak, kadang-kadang sampai isi minyak motor seringgit je… kalau sekarang tak cukup duit nak beli rokok, tak cukup duit nak beli sekotak, dulu tak cukup duit nak beli sebatang, pernah terjadi aku sambil jalan tu, mata melilau cari 20sen sebab tak cukup lagi 20 sen nak beli rokok sebatang.

yang dulu

gamba aku masa memuda… takde kena mengena dengan ini cerita

jadi sepanjang hidup aku ni, macam-macam la cara jana wang yang aku dah pernah didedahkan.. apa yang orang melayu paling suka sekali adalah cara jana wang automatik. ok, tahun ni, umur aku dah masuk 3 series. bulan sembilan ni, 12 haribulan birthday aku (sila set dalam reminder untuk bagi hadiah, tak dapat kawasaki er6, dapat toyota velfire cukuplah)sepanjang hidup aku ni, ada cara yang diorang kata automatik, labur sekali, gerenti wang tu akan dijana secara automatik. ada lak mlm yang kata kite xyah carik orang, diorang carikkan. ada lak yang kata, ko carik orang, bawak je diorang datang, nanti kitorang yang handle, tapi pastu kite gak yg kena followup.

bab jana wang automatik melalui internet lak, melalui blog, facebook, twitter dan sebagainya. ok, aku nak ceritala sejarah aku ngan internet ni… kalau nak kire saat aku memula online sampai sekarang, memangla agak lama… 15 tahun, masa tu kalau ada budak lahir, tahun ni dia ambil PMR sekarang dah tukar jadi PBSMR kalau tak salah. aku mula masuk ke internet ni tahun 1999, melalui mirc, boleh klik link yang tulis mirc tu kalau nak tau sejarah aku ngan internet tu. ok, aku agak aktif ngan mirc ni untuk beberapa tahun, sampai 2001 rasenye. pastu tak berapa nak aktifla guna internet ni, rasanya tahun 2005 baru mula berjinak-jinak ngan internet ni, mula ber YM, mula beremel, mula berblog, mula berfriendster, mula berP2P, mula kena laman-laman ehehehehem… hehehe dan mula macam-macam lah…

tapi sepanjang saya berjinak-jinak secara aktif dengan internet ni (lebih kurang 8 tahun la kan?) saya tak jumpa lagi cara jana wang automatik yang bebetul automatik. semuanya memerlukan usaha, takde maknenya nak jana wang automatik ni… jana wang automatik ikut mana? blog, paling malas pon kite kena gak cari sumber(blog lain) copy dan paste entri orang, belajar macam mana nak tarik pembaca kasi baca blog kite, macam mana nak tambahkan trafik, kena carik gak advertiser yang betul, yang tak menepati janji, yang menanam tebu dipinggir bibir boleh tahan banyaknya. aku cakap camtu sebab aku dah jumpa dah orang yang pernah jadi mangsa

kalau bab webmastering ni, aku dah terjebak secara tak sengaja sejak 2007(hujung tahun) atau awal 2008, senang cerita baru 5 ke 6 tahun la… so bile dah selalu sangat menghabiskan masa membina, mengemaskini, menyelenggara dan segala meng lagi, aku terfikir, apa salahnya kalau masa aku yg dihabiskan tu, dibayar kan? paling-paling takdela terasa macam membuang masa kan? so memacam la advertiser aku dah cuba… semuanya yang aku cuba semua lebih kurang same je… banyak trafik, banyak la dapat… so far, trafik aku ni datang dari search engine ataupun enjin carian antaranya google lah kan? cam mana nak dapat trafik banyak dari search engine atau enjin carian? tu kena tunggu entri ke 1000 hahaha… sekarang ni entri baru 600 lebih je… ada 300 lebih lagi huhu.

 

p/s: gambar kat atas tu aku dapat hasil carian google, dan aku edit… korang boleh nampak(sepatutnya) kat mana yang aku miss… sebenarnya memang aku biarkan… untuk korang tau… yang benda-benda macam tu boleh dicipta, diedit atau dimanipulasikan

Hasil carian :

(Visited 466 times, 5,371,677)