Antivirus apa yang paling bagus ?

Kerja fulltime saya adalah juruteknik komputer, jadi saya selalu diajukan soalan ” Antivirus apa yang paling bagus ?” Secara jujurnya la kan… itu adalah soalan yang saya paling susah nak jawab. Kenapa pulak? “Bukan ke antivirus ni yg paling bagus?” tanya z, ” eh taklah, antivirus yg tu yg bagus, betul tak? ” balas s kepada z sambil tanya kepada saya.

antivirus apa yang paling bagus
Jawapan saya “no komen” sebab apa? sebab tak ada syarikat antivirus yang nak sponsor saya… hahahaha… sebenarnya, saya pon tak tahu antivirus apa yang paling bagus, saya tak guna antivirus pada kebanyakkan pc / laptop peribadi saya, sebabnya, saya biasanya guna item operasi ubuntu.

Dan kalau saya guna windows sekali pon, adalah amalan-amalan yang saya guna. Takdelah main hentam aje… contohnya kalau nak install apa-apa aplikasi, saya hanya download aplikasi yang dikenali betul je, bukan gooogle, download, install dengan tak baca apa pon, main next-next je. Banyak masalah pc bukan masalah virus pon, tapi komplikasi / konflik driver, komplikasi / konflik program, hingga mengganggu fail-fail utama windows.

Tambahan, bila cucuk pendrive, kalau dia keluar autoplay macam dalam gambar kat bawah ni, pilihlah open folder to view files, janganlah ditutup dialog box tu, lepastu bukak kat my computer, main double klik je icon pendrive tu, kalau ada skrip autorun untuk runkan virus dalam tu, dan anda double klik. TAHNIAH!!! anda telah menyebarkan virus ke dalam komputer yang anda guna, ada antivirus pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus, antivirus baru ‘ke garisan…’ anda dah sampai ke garisan penamat. Jadi antivirus apa yang paling bagus sekali pon tak guna kalau anda lebih laju dari antivirus.

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,886 times, 5,366,815)

Kalau pc tu ada antivirus, masa kat my computer tu, klik kanan pada ikon pendrive tu, klik scan guna antivirus.

Tu yang lepastu macam macam la masalah yang timbul, antaranya folder dalam pendrive semua jadi shortcut macam post saya sebelum ni.

Windows_7_AutoPlay_USB

tapi kalau ada keluar autoplay, tolonglah baca dan bezakan antara open folder using windows explorer dengan yang macam kat bawah ni.

autoplay-usb untuk run virusTengok dan BACA tulisan warna kelabu bawah Open folder to view files tu, sepatutnya anda pilih yang tulis using Windows Explorer, bukan yang Publisher not specified. Yang tu adalah skrip autorun yang akan runkan virus, ayat pendek nya, anda runkan virus.

Banyak cara nak elakkan virus sebenarnya, tak payahlah nak install banyak sangat aplikasi yang kononnya nak bagi komputer laju, laju lajulah komputer anda dijangkiti masalah dan lebih teruk lagi, mungkin data anda akan disedut oleh mereka yang tak bertanggung jawab.

Bukanlah saya nak kata antivirus tak penting, agak penting sebenarnya, tapi janganlah obses sangat sampai instal 2-3 antivirus dalam 1 komputer, 1 antivirus dah cukup. Kalau install lebih dari 1 antivirus, diorang gaduh dalam tu, last-last satu pon tak delete virus tu.

Hasil carian :

(Visited 199 times, 5,366,815)

folder semua jadi shortcut, macam mana ni?

Pagi tadi,tengah sarapan kat kantin,tiba2 sorg kawan ni mesej aku,bgtau folder dalam portable hard disk die semua jadi shortcut ,bukak2 tak boleh. dek kerana aku tengah sarapan,so aku malas nak reply panjang2, lagi susah nak setle ade la… aku bukan pandai sangat solvekan problem dari jauh ni… melainkan aku remote komputer tu atau, benda tu ada depan mata aku…so aku mintak die bagi kat aku portable harddisk. so die pon datang bagi aku portable harddisk die tu. dan inilah yang ada dalam portable hdd(HardDiskDrive) die…

korang pernah kena tak?hehe… jangan nangis… file tu ada lagi dalam pendrive atau portable hdd korang tu… tinggal lagi,disembunyikan dek hantu..hahaha…cara korang nak tengok,

kalau pengguna windows xp ke bawah, bukak my computer, pada bahagian atau tu,klik kat tools,folder option.

pengguna vista dan keatas, klik computer, kat atas tu ada tulis organize,klik pastu pegi ke folder and search options.

pastu klik tab “view” kat belah2 atas tu…

then secara defaultnye korang akan nampak macam ni la…

so ape yang perlu dilakukan adalah, klik kat bulat yang sebelah ayat show hidden files,folders or drives. dan untick kan kotak yang bertanda hide protected operating system files. camni…

pastu klik apply dan ok, so korg leh nampak file2 korg yang tersembunyi tu… camni…

dah puas hati? so sekarang, korang boleh delete yang ada shortcut tu dan untuk mengunhidekan file tu,korg kena download dan install attribute changer nih… sbb korg takleh unhidekan dengan cara biasa… so bile dah download dan install attribute changer tu… korg klik kanan pada file2 yang hidden tu, klik pada “change attribute”

 paparan macam ni akan keluar…

untick kotak2 supaya jadi camni…

pastu klik apply dan ok da… tadaaaaaaaaaaa…..

SocialPromoter

done… harap dapat membantu korang yang menghadapi masalah camni…

 Kalau tak keberatan, jom kite jengah blog kak mah yg selalu travel nih

 

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,886 times, 5,366,815)

 

Hasil carian :

(Visited 407 times, 5,366,815)