Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan ni bermula bila saya ternampak tweet kamil salleh.

Masa tuĀ  nak je reply “selama ni tulis guna kaki ke? Hahaha” tapi hati ni tergerak nak tengok entri tu.

Jadi saya pon pergi ke link yang ada kat twitter tu. Cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

Owh… Kamil salleh dicabar oleh suria lekat lekit yang mencabar blogger lelaki untuk menulis entri dengan tulisan tangan.

cabaran menulis entri dengan tulisan tangan

klik gambar kalau nak terjebak sekali

 

Apa? Suria lekat lekit ingat orang laki tak ada menulis tangan ke? Hehehe.

Kalau orang muda, budak-budak remaja mungkinla malas nak tulis tangan.

Tapi kalau orang yang muka muda tapi umur tak berapa nak muda macam saya, mungkin dah rajin nak tulis tangan.

Tambahan lepas saya beberapa kali tonton cerita abraham lincoln the vampire hunter, dan saya teringat hobi idola saya, Dr.M dimasa lapang iaitu menulis, buat saya terfikir.

“Orang yang hebat suka menulis ke?”

Kalau macam abraham lincoln tu, walaupun tak tahu betul ke tak dia suka menulis, tapi dalam zaman dia memang tak ada komputer, jadi mestilah dia tulis kat buku nota dia tu.

Tapi macam Tun Dr.M, zaman dia dah ada banyak gajet. Tambahan, dia bapa permodenan. Tapi kenapa dia tulis tangan?

Bak kata MNH dalam entri dia yang bertajuk Faktor bergiat dalam dunia blog.

Menurut Dr. Mahathir, orang yang menulis mempunyai fikiran yang sangat tajam

Saya seorang yang banyak berfikir, tu antara penyebab saya susah nak tidur juga.

Saya cuba satu anjakan paradikma, saya ambil kertas dan pen dan mula menulis, memang syok. Tapi mula-mula tu tulisan agak huru haralah.

Tapi saya dapat rasa kepuasaan dan lega bila dapat menulis tangan. Antara kelebihannya, ada bateri ke tak ada ke, tetap boleh menulis.

Tapi saya lebih suka menulis menggunakan pen yang bermata 0.7 dan prefer menggunakan ball pen dakwat basah.

Ok, dah panjang sangat bebelan saya, dengan ini saya menyahut cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

Dan… Instead of buat entri WW. Saya nak jadikan hari rabu, hari cabaran menulis entri dengan tulisan tangan.

So saya akan pilih satu coretan kat buku nota saya, saya akan scan dan terbitkan pada hari rabu.

Rasanya lebih berfaedah dari buat entri wordless wednesday.

So inilah dia coretan pertama bagi buat entri dengan tulisan tangan saya. Harap jangan baca semasa memandu, saya tak akan bertanggungjawab jika anda pengsan.

tulisan tangan buruk

boleh tahan… buruk… hahahaha

 

Hasil carian :

(Visited 201 times, 5,330,551)

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

Hotlinking ni takde kena mengena dengan hotlink maxis tu ye… hotlinking yang aku nak cerita ni hotlinking untuk mencegah pencuri bandwith webhosting blog. kalau korang pernah tengok gambar ni kat blog lain

jangan mencuri, pencuri, curi post, curi entri, curi gambar, blog , curi bandwith webhosting blog

gambar yang keluar diblog yang mencuri post dan gambar dari blog

maknanya blog tu telah mengambil gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Ianya terjadi bila mereka ambil, secara direct, maksudnya mereka ambil link gambar tu, embed ke blog mereka, kalau mereka download, upload di server sendiri tu, kurang lah sikit marahnya, marah tetap marahlah kalau tak mintak izin, bagi kredit jauh sekali lah. kenapa saya marah, antara yang buat saya marah, bila mereka copy paste entri, guna gambar dari server blog saya, bandwith webhosting blog saya dimakannya, sedangkan trafik blog saya tak tinggi mana pon, tapi disebabkan trafik blog pencuri-pencuri tu tinggi, dan gambar dari blog saya yang terpapar, jadi ianya memberi kesan terhadap jumlah bandwith webhosting saya, kalau diorang bagi trafik balik kat saya same banyak takpelah jugak.

paling2 pon mintaklah izin, komen kat entri yang nak dicopy tu, mintak izin, letak link sumber entri tu. yang buatkan saya buat benda hotlinking ni bila saya tengok bandwith webhosting blog saya dah macam trafik blog ni 20 ribu orang masuk, padahal masa tu cuma 3 ribu ke 4 ribu je. entri kegemaran pencuri-pencuri entri blog saya adalah sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban. copy bulat2 lak tu…

domain murah

(Visited 141,082 times, 5,330,551)

kalau bagi kredit ckit macam blog faridah yaacob dalam entri br1m ni yang beliau kongsikan, takdelah saya marah walaupn dia guna gambar terus dari blog saya. walaupun tetap memberi kesan terhadap penggunaan bandwith webhosting blog saya,tapi dibalas dengan trafik ke blog ini

bagi kredit -  pujianby the way, kredit yang saya maksudkan tu, bukanlah kredit tefon, maksud kredit tu pujian atau penghargaan lah… macam entriĀ sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban tu, walaupun saya ambil dari tempat lain, saya bagi kredit, letak link sumber asal, dan entri asalnya dalam bahasa inggeris, saya terjemah sendiri ke bahasa melayu, tiba2 orang lain senang-senang je copy bulat-bulat, takde usaha langsung. jadi macam mana nak buat hotlinking ni, bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita? ada beberapa cara bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita ni. antaranya edit fail .htaccess, biasanya kita boleh jumpa dalam webhosting blog kita, masuk ke cpanel, download melalui file manager dalam cpanel atau download menggunakan ftp. bila dah download, buka fail .htaccess tadi menggunakan notepad ke, aplikasi script editor macam dreamweaver ke… biasanya saya guna notepad++ copy kod kat bawah ni, paste dan edit fail .htaccess tu

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?alongxp.com [NC]
RewriteRule \.(jpg|jpeg|png|gif)$ http://i.imgur.com/gigunAV.jpg [NC,R,L]

penerangan bagi kod diatas, adalah

edit fail htaccess hotlinking

no 1. itu adalah domain yang akan kita benarkan untuk menggunakan fail/gambar dari blog kita, so, wajib kite letak domain kita sendiri, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je

no 2. ini adalah url image yang kita akan gantikan, bila orang yang mencuri bandwith webhosting blog kita tu letak gambar menggunakan link gambar dari blog kita, gambar gantian ni yang akan keluar, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je. macam saya, saya upload gambar di imgur.com, embed dari sana. janganlah kita upload di server kita dan embed kod tu, serupa gak perginya. kita nak elakkan mereka ni curi bandwith webhosting blog kita

p/s: jika anda pernah minta izin untuk kongsi entri dari blog saya dan gambar seperti diatas muncul, sila beritahu saya melalui link ini

(Visited 7,065 times, 5,330,551)

Hasil carian :

(Visited 233 times, 5,330,551)