Guna whatsapp di komputer atau laptop

Guna whatsapp di komputer atau laptop

Kini anda sudah boleh guna whatsapp di komputer atau laptop anda dengan mudah tanpa install apa-apa software pon.

Semalam, lepas saya restart telefon sebab ada aplikasi yang hang, google play secara automatik update app di telefon saya lepas restart tu.

Salah satu aplikasi yang diupdate adalah app whatsapp.

Lepas dah update,saya tergerak hati nak baca apa update terbaru pada whatsapp ni.

Terbeliak biji mata dan tersenyum dengan perasaan teruja tengok penerangan diberi.

Maknanya lepas ni boleh la guna whatsapp di komputer atau laptopla… takdela risau sangat kalau bateri dah kong kan?

Tambah-tambah orang yang asyik menghadap komputer ni, bosan dengan komputer pon hadap jugak, tak lah terlepas notification whatsapp.

Jadi, macam mana nak guna whatsapp di komputer atau laptop ni? Senang je… bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  1. komputer atau laptop yang ada sambungan ke internet.
  2. Smartphone anda yang anda selalu guna untuk whatsapp, juga perlu ada sambungan ke internet.
  3. kerepek ubi pedas.

Ok, langkah seterusnya.

1. Buka laman web web.whatsapp.com menggunakan komputer atau laptop atau netbook atau papan batu anda. Dia keluar macam ni kan?

whatsapp di komputer

2. Sekarang, ambil handphone smartphone korang dan buka whatsapp, tekan butang menu dan tekan butang whatsapp web macam kat bawah ni Continue reading

Hasil carian :

(Visited 933 times, 5,335,148)

Wall of Fame

Semalam saya dapat email yang mengatakan saya dah layak menjadi Fast-Track Member dan telah menerima salah satunya adalah nama saya telah diletakkan di Fast-track ” Wall of Fame “. Jadi saya pon checklah Wall of Fame tu… yup… memang nama saya ada kat situ… bangga siot(lama tak guna ayat tu)

Wall of Fame

 

kalau korang nak tengok wall of fame tu, boleh tengok kat sini. Wall of Fame tapi semalam, masa saya dapat emel tu, saya tengah guna netbook yang mana netbook tu tak login ke web tu, so tak boleh tengok, kalau nak tengok kena login dulu. Tapi kalau korang belum join benda ni, kena register dulu la…  register kat sini -> BONUS.

Sebenarnya semalam saya tengah cari kerja part time, puasla menggoogle kat sana sini, dan yang pastinya saya menjadi kerja-kerja yang boleh dibuat dari rumah, dan lagi terbaik kalau boleh buat menggunakan komputer. Banyak sangat website yang saya bukak semalam, tapi kebanyakkannya dari luar negara. Dalam web yang saya bukak semalam, dia ada kategori freelance, so saya cubala usha2 lubang freelance, dalam banyak-banyak tu, saya terjumpa 1 job kerja IT ni, jadi saya pon cubalah daftar, rupanya web tu, dia offer macam-macam, selain dari affiliate, banyak lagi benda yang boleh dibuat, cuma apa yang kurang best adalah, disebabkan terlalu banyak benda yang boleh dibuat, jadi terlalu banyak benda yang nak dibuat, tapi… lagi bagus daripada masuk dan tak ada apa2 kan? 

domain murah

(Visited 141,087 times, 5,335,148)

Tapi takpe… dah register tu, dia akan bagi kita guide step by step, jangan malas nak baca jela… saya rasa ni satu peluang yang bagus, sebab tak ramai lagi orang malaysia yang join benda ni. Kalau kita masuk, kita mungkin jadi perintis. SO jangan malu2 nak join, benda free je pon, kalau kena bayar, mungkin lambat la saya nak join, kena tahu hujung pangkal nya gak. Register cepat, dan mulakan langkah menjana BONUS.

Saya dah join banyak… sangat banyak program affiliate, yang lain ok, antaranya jobdirumah, tapi kalau nak capai target kerja dari rumah, 1 kerja je tak cukup, sebab bukan hari2 ada job, jadi saya cuba untuk cari sebanyak yang mungkin, dan buat mana yang mana yang tengah ada kerja. samaada yang dari malaysia atau bukan dari malaysia, kalau dari luar malaysia pon tak ada masalah dah sekarang ni, sebab kebanyakkannya buat pembayaran melalui paypal, jadi kalau kita ada akaun paypal, tak ada masalah lah… lagipon banyak benda yang saya perlu bayar menggunakan paypal.

Dari akaun paypal pon kita boleh transfer masuk akaun bank kita, jadi lepas bayar benda yang patut bayar menggunakan paypal, baki tu kita boleh transfer masuk akaun bank trus. tak ada masalah.

So… mulakan langkah dengan Register, buat kerja yang disuruh kat web tu, lepas tu rajin2 la jengah blog ni untuk macam-macam tips dunia IT dan lubang buat duit online. kalau anda jenis sibuk macam saya, dan perlukan notification, subscribe blog ni ok?

jengah pesanan penaja dibawah ni…

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,867 times, 5,335,148)

Hasil carian :

(Visited 152 times, 5,335,148)

10 bandar tertua di dunia

10 bandar tertua di dunia

(sumber asal)

10. Lisbon, Portugal (2000 SM)
Bandar yang didirikan di kawasan bukit rendah di sebelah utara Sungai Tagus, pesona Lisbon ini berkaitan erat dengan masa lalu. Lisbon pertama kali didirikan oleh bangsa Iberia. Setelah berdiri ber abad-abad lamanya, Lisbon sekarang adalah bandar paling hidup di Eropah.
Istana-istana kuno yang di pulihkan, gereja-gereja tua yang indah dan berbagai bangunan Art Nouveau adalah bahagian paling indah yang membentuk wajah budaya bandar ini.
Muzeum seperti Calouste Gulbenkian Museum, National Coach Museum, dan Carmo Archaeological Museum menyimpan berbagai barang kenangan indah tentang kehidupan masa lalu bandar ini.
Bairro Alto, pusat kehidupan malam bandar ini juga penuh dengan berbagai restoran, bar dan kelab malam. Campo de Santa Clara juga membuka peluang untuk membeli berbagai kenangan indah bagi ingatan pelancong .
 

domain murah

(Visited 141,087 times, 5,335,148)

9. Luxor, Mesir (2160 SM)
Luxor, yang dulu dikenali sebagai bandar Thebe, adalah bandar indah yang dipersembahkan bagi Dewa Amon Ra mengikut kepercayaan Mesir kuno. Apabila pelacongan dikenali di dunia, bandar ini sudah ramai dikunjungi pelancong, banyak pelancong di zaman Romawi dan Yunani mengunjungi bandar ini.
Luxor adalah bandar paling popular di Mesir. Bandar ini terdiri dari monumen-monumen Luxor, Karnak, Hatshepsut dan Ramses III. Tidak aneh jika bandar ini sering disebut sebagai muzium udara terbuka terbesar di dunia.
Bandar ini sebenarnya terbahagi kepada tiga bahagian, Luxor yang berada di sebelah timur Sungai Nil, Karnak dan Thebe yang berada di sebelah barat sungai Nil, bersebelahan dengan Luxor, dan sekarang bergabung menjadi satu.
8. Asyut, Mesir (2160 SM)
Bandar ini terletak 375 km di selatan Kaherah. Bandar ini adalah bandar terbesar di Mesir Kuno dan adalah bandar pertama yang didirikan di zaman Firaun. Sekarang bandar ini adalah bandar paling penting sebagai pusat pertanian dan juga bandar terletaknya universiti ketiga terbesar di Mesir.
7. Xi’an China, (2205 SM)
xi'an china
Dengan sejarah panjang yang terbentang sehingga 30 abad lamanya, bandar ini adalah salah satu bandar paling penting dalam sejarah China. Bandar ini adalah salah satu dari empat bandar Kuno paling agung di China. Bandar ini banyak sekali yang menarik dan mempunyai tempat yang setanding dengan sejarah bandar Athens, Kaherah dan Rom.
Berbagai tinggalan kuno dan tempat budaya penting menletakkan bandar ini sebagai Muzeum Sejarah Semulajadi. Muzeum Teracota yang berada di bandar ini juga dianggap sebagai “Keajaiban Ke Lapan Dunia”.

6. Giza, Mesir (2568 SM)
Napoleon Bonaparte memberikan pidatonya kepada tenteranya sebelum pertempuran Giza pada 1798, katanya “Di atas piramid-piramid itu, empat abad lamanya sejarah tidak bergeser.”
Orang mungkin tidak percaya bahawa Giza sebenarnya adalah bandar tersendiri yang terpisah dengan Kaherah, tapi kerana perkembangan Kaherah yang cepat, Giza seakan ditelan oleh Kaherah.
Di bandarini, terdapat Piramid-piramid Giza, dengan Sphinx yang setia menjaga. Dataran Giza akan diubah menjadi Grand Museum of Egypt, yang dijangkan siap pada 2012.
5. Konya, Turki (2600 SM)
Bandar ini diapit oleh dua laut, Laut Tengah dan Laut Hitam, dengan ketinggian 1000 meter di atas aras laut. Bandar yang di dirikan di atas padang rumput Anatolia ini adalah salah satu bandar yang paling menarik di Turki.
Salah satu muzeum paling popular di bandar ini adalah Green Mausoleum of Mevlana Celaleddin Rumi, makam penyair Turki terkemuka. Berbagai muzium indah terdapat di bandar ini. Antaranya, adalah Chaeological Museum, Koyunoglu Museum dan Ethnographical Museum.
4. Zurich, Switzerland (3000 SM)
Sebagai bandar terbesar di Switzerland dan sekaligus tertua di Eropah, Zurich didirikan di zaman Romawi dengan nama Turicum. Warisan masa lalu ini dapat ditemui di berbagai tempat di bandar tua Zurich.
Lorong-lorong sempit yang dipenuhi dengan kafe, kedai barang antik dan butik. Bahnhofstrasse, adalah salah satu lorong yang dipenuhi kedai-kedai paling indah di Eropah.
Grossmünster dan Fraumünster adalah dua gereja tua yang penuh dengan rekabentuk dalaman yang indah. Swiss National Museum atau Kunsthaus, juga adalah salah satu muzium paling terkenal di dunia.
3. Kirkuk, Iraq (3000 SM)
Dengan berbagai bekas arkeologi yang berusia lebih dari 50 abad, Kirkuk adalah bandar paling penting bagi orang Kurdis. Bandar ini juga menjadi pusat industri minyak Iraq. Mungkin tidak banyak yang mendapat perhatian pelancong, tapi Kirkuk terletak di bekas pusat kebudayaan kuno Asiria.
Bandar ini pernah menjadi tempat pertempuran tiga Kerajaan besar: Asiria, Babelon dan Media, yang saling bergantian mengambil alih kuasa atas bandar ini. Di bandar ini terdapat makam Nabi Daniel dan Pasar Al Qaysareyah. Qal’at Jarmo dan Yorgan Tepe yang berada di pinggiran kota ini akan memberikan pengalaman hidup di masa lalu.
2. Jerusalem (3000 SM)
Bandar suci bagi tiga agama terbesar dunia, Islam, Nasrani, dan Yahudi. Bandar ini adalah tempat di mana nilai kuno digabungkan dengan berbagai budaya baru yang membawa suasana metropolis baru.
Bandar ini terbahagi menjadi tiga bahagian: Jerusalem Barat, bahagian yang paling cepat berkembang dan menjadi pusat perdagangan. Jerusalem Timur, yang menjadi tempat pertempatan populasi Arab, dan bandar tua, dengan pemandangan indah yang luar biasa .
1. Gaziantep, Turki (3650 SM)
Bandar yang dulunya dikenali dengan nama Antep yang sekarang menjadi ibukota negeri yang sama dengan namanya. Giazantep ini adalah bandar tertua yang masih tegak berdiri. Bandar ini mempunyai sejarah sejauh zaman orang Het (Hittite). Bandar ini terus menerus di tinggalkan sejak zaman Paleolithic, dan membangun semula bersama dengan kerajaan Uthmaniah.
Giazantep adalah bandar yang ramah, dan terdapat berbagai masjid, madrasah, penginapan malah tempat mandi yang berasal dari beberapa abad lalu. Rumah rumah tua dari batu mempunyai taman dan pohon anggur yang menghiasi.
 

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,867 times, 5,335,148)

Hasil carian :

(Visited 286 times, 5,335,148)

8 kerja seni berharga yang dijumpai secara tak sengaja

Ini  senarai 8 hasil seni yang hebat yang telah ditemui di tempat-tempat luar biasa. Ia akan membuat kita tertanya2 berapa banyak hasil seni yang hebat yang hilang di dunia hanya kerana tiada siapa yang mencari di tempat yang betul!

8. Topeng sebagai rak basikal

raja taharqa

Selama bertahun-bertahun, pekerja-pekerja Muzium God’s House Tower Archaeology di Southampton, England, menggantung basikal-basikal mereka pada batuan hitam 27 inci dalam tingkat bawah tanah. Pada tahun 2000,dua ahli Egyptologists mengenal pasti pemegang basikal itu adalah satu ukiran potret King Taharqa abad ketujuh BC patung orang Mesir menggambarkan King Taharqa raja Kushite dari rantau itu yang ialahSudan moden. Karen Wordley, kurator koleksi-koleksi arkeologi dewan bandar raya Southampton, katanya ialah satu “misteri” bagaimana arcaakhirnya dalam tingkat bawah tanah Museum.

 

7. Di pasar Lambak.

hasil_seni_yang_mahal_15

Seorang penganalisis kewangan Philadelphia berjalan-jalan di pasar lambak di Adamstown, Pennsylvania dan kemudian tertarik bingkai gambar kayu. Dia membayar $4 untuk bingkai gambar itu. Bila sampai dirumah,die menanggalkan gambar lama didalam bingkai tersebut dan menemuai sekeping dokumen lama yang terlipat antara kanvas itu dan papan penyokong bingkai itu iaitu 1776 salinan Pengisytiharan Kemerdekaan atau Declaration of Independence – 24 darinya kekal. Pada 13 Jun 1991,ianya dilelong pada harga $2.4 juta.

 

6. Dalam sebuah batang dalam sebuah loteng

hasil_seni_yang_mahal_17

Pada tahun 1961 di Barbara Testa, seorang perpustakawan Hollywood, telah mewarisi 6 batang untuk mengukus milik datuknya,  James Fraser Gluck, seorang peguam dari Buffalo,New York yang mati pada 1895. Lebih dari 30 tahun Barbara Testa berperingkat2 mengasingkan isi dalam batang tersebut sehingga pada musim luruh pada tahun 1990 dia menjumpai separuh pertama manuskrip asli tulisan tangan 665 muka surat milik Mark Twain’s Huckleberry Finn. Separuh lagi novel tersebut akhirnya disatukan kembali di Perpustakaan Awam Eerie Country di Buffalo, New York.

domain murah

(Visited 141,087 times, 5,335,148)

5. Di dinding

hasil_seni_yang_mahal_18

Satu pasangan pertengahan umur di Milwaukee, Wisconsin, meminta seorang penilai seni untuk menilai satu lukisan di rumah mereka. Semasa dirumah itu, penilai itu memeriksa lukisan-lukisan lain yang disangka lukisan semula oleh Van Gogh. Ia adalah asli yang dihasilkan pada 1886. Pada 10 Mac 1991, lukisan Still Life with Flowers di jual pada lelongan dengan harga $1.4 juta USD.

 

4. Bawah katil

hasil_seni_yang_mahal_19

 Joanne Perez, seorang penghibur untuk Pepito the Spanish Clown, membersihkan ruang bawah katilnya dan menemui satu-satunya salinan yang wujud untuk siri I Love Lucy. Pepito telah melatih Lucilla Ball,Ball dan suaminya, Desi Arnaz telah menghadiahkan salinan itu kepada Pepito pada 1951 dan ianya kekal dibawah katil selama 30 tahun.

 

3. Dalam lubang dalam tanah

hasil_seni_yang_mahal_20

Pada 1978 lebih daripada 500 wayang gambar sejak 1903 hingga 1929 telah digali keluar daripada lubang di dalam tanah di Dawson City, Yukon. Di bawah keadaan biasa, filem-filem nitrat 35mm akan musnah, tetapi permafro telah memelihara mereka dengan sempurna.

 

2. Bawah jalan.

hasil_seni_yang_mahal_21

Pada 21 Februari 1978, pekerja elektrik sedang sibuk membuat kerja disuatu sudut jalan yang sibuk di bandar Mexico apabila mereka menemui 20 tan leraian batu dewi malam Aztec, Coyolxauqui. Ianya dipercayai dibentuk pada awal kurun ke lima belas dan tertanam kerana kemusnahan tamadun Aztec oleh konkuistador Sepanyol pada 1521. Batu itu telah dipindahkan 200 ela dari tempat tersebut ke Museum of the Great Temple.

 

1. Dalam ladang

hasil_seni_yang_mahal_22

Pada 1820, seorang peladang bernama Yorgos telah mengorek tanah di sebuah pulau di Milos dan menemui beberpa buah batu berukir . Apabila dia menggali lebih lagi,dia telah menjumpai 4 patung, tiga bentuk Hermes dan satu dari Aphrodite,dewi cinta. Tiga minggu kemudian, ekspedisi ahli arkeologi Choiseul tiba dengan kapal dan membeli Aphrodite dan membawanya ke Perancis. Louis XVIII telah menamakannya Venus de Milo dan menghadiahkannya kepada Louvre dan ianya menjadi salah satu seni paling terkenal dalam sejarah.

ok,jom kita g jengah blog yanfie, suha dan syafawani

(Visited 7,069 times, 5,335,148)

Hasil carian :

(Visited 216 times, 5,335,148)