External storage dan saya

Terlintas nak kongsi pengalaman hidup pasal external sotrage ni bila saya nak transfer driver satu pc ni ke dalam salah satu external storage saya iaitu pendrive, ada jugak org panggil thumbdrive… same je kot..

external storage devices

Masa tu terlintas dalam kepala otak saya yang pendrive saya yang satu ni kapasitinye kecik.. tapi bila terpandang nombor kat situ tertulis 4GB, terlintas pulak dalam fikiran ni, “kecik ke?”

Yup… bagi orang2 yang jenis multitasking, multimedia, multipurpose, multimulti macam saya ni, memang tak berapa nak cukup senang hati.. hehe.

ok… jom tengok kapasiti internal storage dan enternal storang saya(external harddisk)

hard disk drives

Ok, Internal storage saya, saya pecahkan kepada 4 partition, C, D, E, dan F. Jumlah internal storage saya 500GB. cer kira, berapa free space yang tinggal? hehehe

External harddisk saya, yang tu… yang berlabel ALONGXP EXT (I:) tu.. berkapasiti 1 Terabytes… tinggal 300GB je lagi.. sebab, sebahagian besar isi dari Internal hdd(harddisk drive) saya dah dipindahkan kedalam enternal harddisk tu.. sebabnya banyak data yang sangat berguna yang saya rasa tak patut saya buang, yang boleh dijadikan rujukan pada masa akan datang patut disimpan.

Apa benda yang saya simpan sampai 1TB hdd saya perlukan? mmm… macam2, e-book, gambar personal, gambar berkaitan kerja, software, movie, macam2 lagilah.. sebabnya banyak bidang komputer yang saya dah terjebak, programing je dh beberapa jenis, so banyakla e-book yang saya download, video tutorial untuk photoediting ada, untuk seting plugin, software, macam2 lagila snang cerita… dulu lagila… siap dengan game yang berlambak2…

Sejarah External storage ni kan.. saya ada kenangan pahit dengan Disket… atau bahasa sekolahnya dipanggil floppy disk drive (fdd) atau floppy A:

disket floppy

Ni la disket, apa yang jadi kenangan pahitnya? disebabkan disket, saya fail 1 semester… sejak dari tu… saya seboleh2 nya dah taknak guna disket lagi dah.

Just nak share la kan.. sejarah atau pengalaman saya ngan external storage ni.. 1st external usb storage saya adalah mp3 palayer… berkapasiti 128mb tekejut x? yup.. 128mb berharga 2 ratus lebih,

USB-MP3-Player

haaa… mcm ni la rupe usb mp3 player yang saya beli dulu… sebijik macam ni.. warranty 3 bulan, masa bulan ke 3, nak masuk bulan ke 4 tu sorg membe pinjam… agak lama.. pastu rosak, masa rosak tu dah masuk bulan ke 4, so die dh rasa bersalah+risau.. nak halalkan je pon, xboleh jugak, sebab saya nak guna satu external storage(sebab ke serikkan guna disket td), so saya cakap ngan die camni “camnila.. ko gantikan aku ngan pendrive biase jela… tapi.. yg 256mb” dan die setuju… wlaupun harga pendrive tu xla semahal usb mp3 player saya, tapi saya dapat satu pendrive baru yg berkapasiti lebih besar, dan die pon xperlu keluar duit byk utk ganti mp3 player tu… so win-win situation la kan?

masa tu.. kebanyakkannya pkai yg 256mb, masa tu sape pakai 512mb tu kire hebatla… sbb mahal… lgpon.. masa tu.. 512mb tu dah cukup besar dah, mcm2 movie kitorg leh sedut.. hehehe..

masa saya sem 4, saya dah ada komputer, hasil duit elaun masa LI, masa tu kapasiti harddisk saya la yg paling besar skali… 80gb… org lain sume 40gb je..

tapi zaman dh berubah.. sekarang ni… 1.5TB pon rasa cam tak cukup… zaman dah berubah… dunia dah maju.. kan? Winking smile

Hasil carian :

(Visited 173 times, 5,349,836)

Ada apa dengan Bersih 3.0 ni?

Ada apa dengan Bersih 3.0 ni? tengok banyak blog dok cerita pasal benda ni.. ada yang join skali. ada yg share gambar, ada yang share video, ada yang bagi pendapat pasal bersih 3.0 ni.

bersih 3.0

Semalam, sorang kawan mintak tolong saya untuk menyiapkan blog atau portal untuk visitkualalangat.com yang akan dilancarkan mungkin esok atau lusa sempena bulan melawat kuala langat, mei ni. bincang2 lebih kurang sejam lebih, then dia tanya pendapat saya pasal bersih. 1 je saya cakap kat semua orang yang tanya saya, apa yang buat saya tak suka pasal bersih, sebab tahun lepas, pakcik saya tak dapat datang ke majlis perkahwinan saya sbb dia stuck dalam jam masa perhimpunan bersih tu.Then dia tanya, apa yang diperjuangkan oleh bersih ape semua ni macam mana? apa pendapat saya? Owh… kalau bab yang tu saya tak amik port sangat pon… sbb saya tak berapa nak follow ngan politik, tak berapa minat. Banyak lagi perkara n tempat yang boleh saya gunakan untuk mengusutkan kepala daripada nak kusutkan kepala ngan propaganda, cerita panas politik Malaysia nih.

Then sorang lagi dok chating ngan saya pasal bersih, dia tanya saya, saya jawab dengan jawapan yang lebih kurang sama gak. Then oleh kerana yang bertanya kali ni seorang blogger dan suami kepada blogger juga, so dia cakap sebagai blogger, saya kenalah amek tau n share pasal berita terkini. Well… pada saya, apa yang dia cakap tu memang betul, sebab tu akan menaikkan traffik blog, tapi pada saya, tak semestinya kena share pasal politik je. Pasal kenaikkan harga minyak, pasal kenaikkan harga barang, pasal konsep 1Malaysia ape semua tu je… antara berita terkini yang saya share, pasal Marco simoncelli, pasal Steve Jobs, adelah naikkan sikit peratus traffik blog saya.

 


 

Tapi tu tak kekal lama… so far, entri yang membuatkan traffik blog saya menceceah 60 ribu UV(Unique Visitor) sehari adalah traffik R&R seremban. yang buatkan sampai bandwith saya habis, sampai saya terpaksa bertukar ke VPS.

Ape sebab saya tak suka share berita yang orang lain banyak share, antara sebabnya, nanti friend facebook saya jadi bosan bila bukak home dia, semua dok cerita benda yang sama, saya pon bosan bila bukak home, semua cerita pasal benda yang sama. Lagi satu, saya punya perangai ni agak pelik sikit. saya tak suka apa yang orang ramai suka… contohnya, team bola sepak Mancehster United, saya tak suka team Manchester United, bukanlah sampai tahap benci, just, kurang berminat, sebabnya ramai sangat orang minat, tu je… cam tak ekslusif je… hahaha… tapi orang akan lebih menyirap bila tanya “abes klu ko tak minat MU, ko minat ape?” ngan selamba saya jawab “Johor FC” sambil gelak. hahaha… saya tak minat mana2 pon… klu bab bola ni, wife saya yang minat, saya ni kaki bangku, minat tengok pon takde.

Antara sebab kenapa saya tak suka politik, sebab saya agak hebat dalam berdebat, bila saya nak berdebat, saya akan pastikan saya akan menang. Saya akan menang sebab saya pandai menghuraikan hujah sampai pihak lawan akan pening dengan hujah tu. Tapi apa guna saya nak berdebat kalau saya tak tahu pihak yang saya wakili tu betul2 baik atau tak baik? so mencegah lebih baik dari mengubati. Dan salah satu sebab lain, sebab politik yang telah memutuskan persahabatan saya dengan sorg kawan. Macam mana boleh jadi macam tu? biarlah rahsia.

Pada saya, dari saya dok sibukkan diri nak buat entri pasal bersih 3.0 ni, baik saya makan buah mangga yang wife saya dah potong tu… hehehe…

(Visited 55 times, 5,349,836)

software belajar menaip laju

Kebanyakan orang hari ni dah menggunakan komputer, bedah yang jual tong gas tu pon ada fan page. Mekanik kereta, mamat tow truck, makcik kantin pon ada lebih dari 1k friend…

ok, kat sini saya nak share 1 software belajar menaip laju… sangat berguna untuk semua orang.. senang nak chating hehehe… nama sofware ni tuxtype. software ni boleh digunakan pada windows 2000, windows XP, Windows Vista dan Windows 7.

belajar menaip

belajar kedudukan jari ketika menaip

benda ni sebenarnya satu game… tapi ada gak lesson untuk kita belajar menaip dengan pantas dengan meletakkan jari dikedudukan yang betul. boleh trus download dari sini(tekan continue) tuxtype windows installer atau klik sini untuk pengguna Apple atau Mac dan  Linux

 

Hasil carian :

(Visited 356 times, 5,349,836)

Beza Otak Lelaki dan Perempuan

Benda ni aku jumpa kat blog psikotube , beza otak lelaki dan perempuan

Terdapat pelbagai cara untuk menguji keunikan tubuh badan kita, diantara
keunikan itu sudah tentulah otak manusia.. dibawah ini ada ujian yang
menarik untuk dicuba bersama…..

Ini adalah ujian masa yang ringkas, cuma lakukan dan jangan cuba menipu
diri anda sendiri

 

Kira jumlah huruf F dalam perenggan dibawah dalam masa 10 saat:

FINISHED FILES ARE THE
RESULT OF YEARS OF SCIENTIFIC
STUDY COMBINED WITH THE
EXPERIENCE OF YEARS

dah selesai? klik sini kalau untuk hasil pemeriksaan

 

Hasil carian :

(Visited 44 times, 5,349,836)