Apa lagi kelebihan telegram ni?

Sebelum ni saya pernah tulis pasal kelebihan telegram dalam entri apakah kelebihan telegram dan dalam entri Kelebihan telegram berbanding whatsapp

Tapi dek kerana kedua-dua entri tu dah mencapai jumlah bilangan perkataan minimum yang diperlukan seperti yang saya cerita dalam tips seo yang saya amalkan, tapi banyak lagi kelebihan telegram yang belum saya senaraikan, maka saya ambil keputusan untuk pecahkan entri tentang kelebihan telegram ni kepada beberapa entri.

Dan ini sambungan kepada entri Apakah kelebihan telegram tu.

Apa lagi kelebihan telegram ni?

Pelbagai platform.

Benda ni saya ada cerita dalam entri kelebihan telegram yang sebelum ni, tapi mungkin tak mendalam sangat kot.

Kali ni saya nak terangkan maksud pelbagai platform ni.

Maksud pelbagai platform ni bagi telegram adalah, telegram ni boleh digunakan di telefon android, telefon windows, telefon iphone, ubuntu touch, komputer yang menggunakan sistem operasi windows, komputer apple yang menggunakan sistem operasi osx, dan komputer yang menggunakan sistem operasi linux.

kelebihan telegram pelbagai platform

Dan apa yang membuatkan ada perbezaan Telegram dengan whatsapp, kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, atau telefon korang mati sekalipun, korang masih boleh menggunakan telegram di peranti lain.

Whatsapp pula, hanya boleh digunakan di web(selain guna di telefon), dan kalau telefon korang tak bersambung dengan internet, korang tak boleh terima dan menghantar mesej menggunakan whatsapp web

Secret chat.

Haaa… ni sesuai la untuk mereka yang nak sembunyikan sesuatu dari seseorang. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 19,333 times, 5,348,768)

Dapatkan semula nombor telefon dan contact

Dapatkan semula nombor telefon dan contact

Beberapa hari yang lalu saya ada sharekan cara nak mengelakkan contact di handphone hilang dan cara backup nombor telefon, tapi apalah guna semua tu kalau kita tak boleh nak dapatkan semula nombor telefon dan contact yang kita dah backup tu kan?

Jadi hari ni saya nak tunjukkan apa yang anda perlu buat untuk dapatkan semula nombor dan contact yang kita dah backup di telefon tadi.

Andai kata anda baru beli telefon, telefon android anda masih dara lagi, belum diisi apa-apa, apa yang perlu anda buat?

Tak kiralah anda baru beli telefon sebab dapat duit komisen dari bestmobile ke, sebab dapat br1m ke, sebab telefon lama dah rosak ke, sebab anda upgrade ke telefon yang lebih canggih ke, atau sebab telefon lama anda hilang atau tercicir.

Atau anda baru lepas format telefon atau baru lepas reset telefon android anda.

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 4,803 times, 5,348,768)

mengelakkan contact di handphone hilang

mengelakkan contact di handphone hilang

Saya nak kongsikan cara nak mengelakkan contact di handphone hilang, atau cara nak mengelakkan senarai nombor telefon dalam telefon pintar anda dari hilang.

Artikel mengelakkan contact di handphone hilang ni dah lama sebenarnya duduk dalam draft, idea nak kongsikan cara nak mengelakkan contact di handphone hilang ni dah lama dah saya nak buat.

Pertama kali terlintas nak buat entri mengelakkan contact di handphone hilang bila tengok ahli keluarga saya save nombor telefon kenalan mereka dalam telefon.

Continue reading

Hasil carian :

(Visited 2,111 times, 5,348,768)