isteri dera suami , pelik tapi benar…

ni pasal berita dalam akhbar metro semalam yang bertajuk Makin ramai suami didera,bunyi macam kelakar, macam mengarut je kan? dulu aku pon pernah ketawa, tapi sampai satu masa, aku percaya, dan makin banyak aku dengar. sama lah macam sorang cina,mekanik tempat aku selalu servis kereta, memula dia pon tak percaya, yalah, masyarakat kita biasanya akan menyalahkan lelaki, sape cakap nasib lelaki sentiasa dibela? zaman sekarang ni, nasib perempuan yang selalu dibela,lelaki jadi mangsa dah makin meningkat..

 

Yeee… korang boleh bidas,bidas la semahu mahunya… hari ni korang leh tepuk meja, menaip ngan rasa marah sebab tak puas hati,sebab tak setuju, tapi jangan terkejut kalau satu hari nanti,korang berdepan ngan situasi ni, korang sendiri yang dipukul, korang sendiri tengok abang korang, adik korang atau sesape yang rapat ngan korang hadapi masalah camni…

Antara punca-punca benda jadi camni, bile suami isteri bekerja,kadang pangkat si isteri lebih besar daripada si suami,bila dah pangkat si isteri dah lebih besar dari suami, akan jadi la salah satu situasi ni, si isteri lebih memerintah, atau si suami lebih merendah diri. Ada pulak,suami isteri bekerja,mungkin waktu kerja isteri lebih panjang dari suami,mungkin tempat kerja isteri lebih jauh dari suami, balik keje lewat,penat… rentetan dari hal2 diatas, tugas mengurus rumah macam mengemas, membasuh,dibantu suami, “kesian…”kata suami, kalau dapat isteri yang berterima kasih,ok lah, kalau dapat situasi camni?

“abg dah basuh baju?”,”nape tak kemas rumah?umah bersepah,abg dok kat umah buat ape?” bukanlah nak kata suma tu tanggungjawab wajib bagi isteri,tapi benda2 camtu,kan sinonim bagi sorg perempuan, perempuan selalunya lebih hebat bab buat benda2 tu semua. aku kalau boleh tak nak sentuh pasal agama,kang kate bagi ceramah tanpa tauliah pulak, tapi persoalannya, pernah tak korang terfikir, kenapa suami,mesti jadi ketua keluarga? kenapa keputusan2 terletak ditangan suami? kerana mereka diciptakan untuk berfikir lebih jauh. Dan beban yang mereka tanggung, tak nampak dimata kasar,kalau nak tengok jugak, tggu 20 tahun akan datang. kepimpinan yang hebat,datangnya dari akal yang membuat keputusan yang bijak,menghasilkan masa depan yang baik.

tugas sebenar isteri, macam yang korang boleh baca dalam blog teratak maya ni,mudah je… bantu ringankan kekusutan dalam kepala otak suami ni…(aku harap korang bacalah entri kat teratak maya tu ye…)

kejadian isteri dera suami ni,jadi bila, tugas yang tak biasa dibuat suami,suami buat jugak, habis tunggang terbalik dapur, si isteri selalu lipat baju,kolar baju ke luar,si suami lipat kedalam, bila dah macam tu, isteri tak puas hati, jadi gaduh, tu yang sampai berbaling pinggan mangkuk. apalah salahnye… kalau isteri balik2, tengok suami sibuk buat keje rumah,tapi korang tak puas hati ngan hasil kerja dia, korang buatkan air,(penat die buat keje),duduk minum same2, bebual. off topik,jangan cerita pasal benda2 yang kusut depan mata.

Isteri patut bersyukur kalau suami nak tolong buat keje rumah,cube tengok zaman mak bapak kite,tok nenek kite, mak atau nenek kite keje je tak keje ke,keje2 tu sume diorg buat, ayah atau atuk jarang sangat2 tolong, tapi kenapa rumah tangga kekal sampai zaman kite?

aku tau… aku tak layak nak berkata2 camni… tapi dpd aku diam, yang hanyut akan terus hanyut, mana tau,aku wat entri ni, pastu ramai plak yang buat lebih kurang sama,mana la tau,tak dapat kurangkan banyak,dapat kurangkan sikit jumlah yang ada masalah macam ni kan? mana tau,hari ni aku tunjuk2 kat orang,esok2 orang tunjuk kat aku kan? sape tau?

lastly…kalau ada salah dan silap,aku mintak maaf la ye… peace

{prtm}

Hasil carian :

(Visited 144 times, 5,369,498)