Belajar buat blog tak perlu belajar coding

Tak tahu nak translate perkataan coding tu kepada perkataan bahasa malaysia yang sesuai, tapi hakikatnya kalau nak belajar buat blog , tak perlu belajar coding pun.

Saya ada beberapa kawan yang mempunyai ilmu yang pada pandangan saya adalah sesuatu yang hebat, maknanya ilmu dia tu bukanlah ditahap biasa.

Saya galakkan dia buat blog, kongsikan ilmu tu kepada mereka yang tak ada banyak masa untuk pergi ke kelas untuk belajar ilmu-ilmu yang mereka ada tu.

Tapi mereka taknak buat blog sebab katanya nak kena belajar coding macam saya, gelak besar bila saya dengar mereka cakap macam tu. Hakikatnya, nak belajar buat blog tak perlu belajar coding pun.

belajar buat kod tak perlu belajar coding

Ramai yang berfikiran luas, terbuka dah berjaya dalam menulis blog tanpa tahu apa tu html, xml, css, js dan segala mak nenek yang lain.

Saya cakap dengan diorang, saya belajar coding sebab saya ni cerewet, saya nak rupa blog saya ni macam ni la, macam tu la… ditambah pulak saya ni jenis tak berapa nak banyak duit sebanyak mana demand saya, jadi saya belajar coding untuk merealisasikan apa yang saya bayangkan.

Ditambah pulak, saya mula blogging dizaman bukan segalanya auto. Lama kelamaan benda tu jadi minat, tu yang saya belajar coding.

Kalau korang rasa ada ilmu, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka menulis, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka membaca sekali pun, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Kalau korang suka bercerita, belajar buat blog dan menulislah di blog.

Buat je blog guna blogspot dulu, tulis artikel dulu, baru fikir nak guna wordpress ke ape ke, design macam mana, iklan ke apa semua kemudia, yang penting tulis dulu.

Rahsia penulis HEBAT!!

Blog adalah tentang isi kandungan, Isi kandungan yang lengkap dan bermanfaat akan jadi tumpuan utama, gaya penulisan menarik akan menambahkan pembaca dan membuatkan pembaca kembali baca blog anda.

Banyak blog yang ada isi kandungan yang bagus walaupun gaya penulisan yang “biasa-biasa je” yang saya dah jumpa, tapi jadi top sebab isi kandungan dia tu lebih lengkap dan bermanfaat berbanding blog lain yang tulis benda yang sama.

Habis tu? nak tunggu apa lagi? belajar buat blog sekarang dan mula menulis, tak perlu nak tunggu-tunggu lagi, guna telefon pun dah boleh mula.

Hasil carian :

(Visited 38 times, 5,310,425)