hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

hotlinking, mencegah pencuri bandwith webhosting blog

Hotlinking ni takde kena mengena dengan hotlink maxis tu ye… hotlinking yang aku nak cerita ni hotlinking untuk mencegah pencuri bandwith webhosting blog. kalau korang pernah tengok gambar ni kat blog lain

jangan mencuri, pencuri, curi post, curi entri, curi gambar, blog , curi bandwith webhosting blog

gambar yang keluar diblog yang mencuri post dan gambar dari blog

maknanya blog tu telah mengambil gambar dari blog saya tanpa kebenaran. Ianya terjadi bila mereka ambil, secara direct, maksudnya mereka ambil link gambar tu, embed ke blog mereka, kalau mereka download, upload di server sendiri tu, kurang lah sikit marahnya, marah tetap marahlah kalau tak mintak izin, bagi kredit jauh sekali lah. kenapa saya marah, antara yang buat saya marah, bila mereka copy paste entri, guna gambar dari server blog saya, bandwith webhosting blog saya dimakannya, sedangkan trafik blog saya tak tinggi mana pon, tapi disebabkan trafik blog pencuri-pencuri tu tinggi, dan gambar dari blog saya yang terpapar, jadi ianya memberi kesan terhadap jumlah bandwith webhosting saya, kalau diorang bagi trafik balik kat saya same banyak takpelah jugak.

paling2 pon mintaklah izin, komen kat entri yang nak dicopy tu, mintak izin, letak link sumber entri tu. yang buatkan saya buat benda hotlinking ni bila saya tengok bandwith webhosting blog saya dah macam trafik blog ni 20 ribu orang masuk, padahal masa tu cuma 3 ribu ke 4 ribu je. entri kegemaran pencuri-pencuri entri blog saya adalah sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban. copy bulat2 lak tu…

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,366,331)

kalau bagi kredit ckit macam blog faridah yaacob dalam entri br1m ni yang beliau kongsikan, takdelah saya marah walaupn dia guna gambar terus dari blog saya. walaupun tetap memberi kesan terhadap penggunaan bandwith webhosting blog saya,tapi dibalas dengan trafik ke blog ini

bagi kredit -  pujianby the way, kredit yang saya maksudkan tu, bukanlah kredit tefon, maksud kredit tu pujian atau penghargaan lah… macam entri sila share : berhati2 bila singgah di RnR seremban tu, walaupun saya ambil dari tempat lain, saya bagi kredit, letak link sumber asal, dan entri asalnya dalam bahasa inggeris, saya terjemah sendiri ke bahasa melayu, tiba2 orang lain senang-senang je copy bulat-bulat, takde usaha langsung. jadi macam mana nak buat hotlinking ni, bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita? ada beberapa cara bagi mencegah pencuri bandwith webhosting blog kita ni. antaranya edit fail .htaccess, biasanya kita boleh jumpa dalam webhosting blog kita, masuk ke cpanel, download melalui file manager dalam cpanel atau download menggunakan ftp. bila dah download, buka fail .htaccess tadi menggunakan notepad ke, aplikasi script editor macam dreamweaver ke… biasanya saya guna notepad++ copy kod kat bawah ni, paste dan edit fail .htaccess tu

RewriteEngine on
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^$
RewriteCond %{HTTP_REFERER} !^http(s)?://(www\.)?alongxp.com [NC]
RewriteRule \.(jpg|jpeg|png|gif)$ http://i.imgur.com/gigunAV.jpg [NC,R,L]

penerangan bagi kod diatas, adalah

edit fail htaccess hotlinking

no 1. itu adalah domain yang akan kita benarkan untuk menggunakan fail/gambar dari blog kita, so, wajib kite letak domain kita sendiri, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je

no 2. ini adalah url image yang kita akan gantikan, bila orang yang mencuri bandwith webhosting blog kita tu letak gambar menggunakan link gambar dari blog kita, gambar gantian ni yang akan keluar, ingat, edit bebetul, edit macam yang saya tunjuk tu, yang tulisan merah tu je. macam saya, saya upload gambar di imgur.com, embed dari sana. janganlah kita upload di server kita dan embed kod tu, serupa gak perginya. kita nak elakkan mereka ni curi bandwith webhosting blog kita

p/s: jika anda pernah minta izin untuk kongsi entri dari blog saya dan gambar seperti diatas muncul, sila beritahu saya melalui link ini

(Visited 7,074 times, 5,366,331)

Hasil carian :

(Visited 244 times, 5,366,331)

indentiti… agaaaiin…

ok, kali ni takde kena mengena ngan entri ari khamis minggu lpas ok? cume aku terdetik nak buat entri ni lpas baca post Hasbul ‘Aqill

cam bila aku baca je post dia ni, perasaan aku neutral, tenang, tapi aku ade gak pendapat. pada aku camni… kalau permulaan kite wat blog,niat kite nak sharing apa yang menarik minat kite, teruskan buat camtu, kalau rasa2 dah bosan ngan template,theme atau layout, tuka, tapi jangan la terikut2 sangat2 org lain. itu identiti kite,mungkin kerana identiti kita tu, kite ada fans atau loyal reader atau pembaca setia. yang mana die memang admire ngan cerita2 kita, cara penulisan kite, cam aku pon, byk blog2 yang aku minat baca, even blog tu blog baru… follower pon kadang xsampai 100 pon ada,tapi cara die menulis, leh rasa yang die enjoy menulis, cam die tak fikir benda lain, cam die tak fikir pon ape org nak komen, tak fikir bape ramai nak datang blog die, bape ramai UV,bape org yg nk klik iklan die, die cuma tau die nak cerita, cerita,cerita, tak kisahlah pasal hati ke, pasal minat die ngan benda ke hape ke.tapi bile dia dah lame ckit, die dah dipengaruhi ngan cerita psl income dari blogging, citer psl uv,contest ape sume…cerita2 die pon dah lain

Pastu aku cam tak setuju bile orang kat blogger yang pakai wordpress tak mesra kawan atau blogger yang dulu guna blogspot,bile dah guna wordpress, terus berubah, penulisan terus jadi cam poyo2, cam dah xgila2, dah tak mesra kawan, aku tak setuju, benda tu pokok pangkal dari blogger sendiri, ade je blogger yg mule blogging bulan febuari, ngan blogspot,dan baru 6 bulan blogging, dan masih menggunakan blogspot dah tak mesra kawan, dulu masa mula2 blogging, leh je datang blog aku yg guna wordpress ni, komen gelak2, skang? APA PON XBLEY… cakap tu salah, cakap ni salah, letak tu salah, tak letak ni salah, nak ikut die je… blog die tak letak itu,g letak ini,tak salah ke? mesra sangat la tu… blog org letak cursor wink2 pon salah, siap buat entri marah2 lagi, eh bia la, tu kan blog die, hak die, die punye suke la… ko tak suke, xyah la bukak blog die, pada aku, kalau nak letak wink2 ni ok lagi la… tak mengganggu sangat, aku cume akan cepat2 close blog yang ada lagu je. bukan sebab ape, satunye bile ade lagu tu, dah tentu la die ade buffer utk streaming, dan pastinya akan memakan bandwith broadband, kesian org yg surf tu… da xpasal2 cpat je bandwith die abes, “tak suke tutup je la,tekan je butang x kat belah kanan atas tu” yee… betul tu… kalau bukak2 blog, nampak ade tanda blog tu ada main lagu, mmg close ar… ni da la letak kat celah2, takleh stop lak tu, leh pause je(kalau stop,buffer pon stop,kalau pause,buffer tetap jalan),tu ok la lagi leh pause,ni ada pulak yang takleh pause langsung… seriusly agak mengganggu la…

ok,berbalik kepada tajuk tadi, tak perlu nak fokuskan sangat utk membuat impak, pada aku,(PADA AKU K?NI PENDAPAT PERIBADI,BUKAN MARAH ATAU PAKSAAN ATAU MENGONDEM) jadi diri kite je… kite buat apa yang kita mampu, jangan push sangat untuk bersaing, org letak chatbox,kite nak letak chat box,org letak iklan belambak2,kite letak iklan belambak2, org wat penulis jemputan,kite wat penulis jemputan,ape orang buat kite nk buat, last2 blog kite makin semak, kualiti penulisan kite dah tak mcm dulu SEBAB kite tak fokus pada diri kite,dok sibuk “kalau wat camni ade org minat x?kalau wat camni, traffic up x? kalau wat camni leh lawan die x?ish, follower die dah ramai,kena soh org follow ni”, kemon…kemon… mana pemikiran ko nk berkongsi idea ko? kan?

ada masa utk join geng2 blogger, pegi, takde masa, nak buat camne? jgn letakkan diri korg terlalu stress, bile korg stress, ko menaip dalam keadaan stress, org yg baca pon stress, bile ko menaip dalam mood happy,hasil penulisan, org baca pon jd happy, kan ke bagus tu?

ok,sekian aje kemerapuan dari aku…hehehehe

 

(Visited 16 times, 5,366,331)