Pendidikan awal Anak – Manners Before Knowledge

Pendidikan awal Anak – Manners Before Knowledge

Tajuk yang sama dengan entri dari blog FAD,Pendidikan awal Anak – Manners Before Knowledge yang di tulis beberapa hari yang lalu, saya ternampak masa baca satu entri di blog Najihah razali.

Macam biasalah, bila saya nak komen,tapi panjang sangat tahap dah boleh buat entri, baik saya buat entri terus kan? hahahaha….

Dalam post di blog FAD tu, cerita pasal kebanyakkan orang fokus pendidikan awal anak, semua orang risau anak ketinggalan dalam pelajaran, tapi ramai yang terlepas pandang tentang moral budak sekarang.

pendidikan awal anak

Saya sangat setuju dengan FAD, yup… saya setuju, saya bekerja di tempat yang ramai budak-budak generasi baru.

Betul kata FAD tu, budak sekarang memang bijak, ilmu pengetahuan mereka sangat hebat, benda yang saya tahu masa umur saya 19, mungkin 20, budak-budak sekarang dah tahu masa umur baru 10 atau 11 tahun.

Hebat kan budak-budak sekarang?

Wajib tengok yang ni:

Lazada Malaysia

Use me!

Visit shopcoupons website

Hasil carian :

(Visited 178,878 times, 5,349,836)

Contoh satu situasi: Sorang pelajar ni dia download software peer to peer, dia download, pastu dia clearkan download session, saya tengokkan aje, bila dia buka direktori download dan nak install, saya sergah dia.

Mula-mula dia cakap takde pape… saya cakap ngan dia, saya tau apa dia buat, apa dia download dan untuk apa software tu. Dan dia kaku selama 10 minit depan komputer tu.

Yelah, dia ingat, semua orang tak tahu ape benda tu, yelah… saya rasa tak semua pembaca blog ni tau apa itu software peer to peer atau p2p tu kan?

Bila saya cakap saya tahu apa benda tu, tu yang dia terkejut habis tu.

Hebat budak-budak sekarang. Tapi macam saya pernah tulis dalam entri budak sekolah dulu dan sekarang, moral… out.

budak sekolah sekarang

Kalau budak dulu, tengah-tengah berlari kat kawasan perumahan, tengah-tengah bising, nampak cikgu dengan jarak 500 meter, terus lari sembunyi, senyap terus.

Budak-budak sekarang? Dia siap buat wheely depan cikgu, kadang-kadang dapat free gift langgar cikgu.

Tak sampai 30 peratus budak sekarang yang kalau jumpa cikgu atau orang yang lebih tua, mereka akan tunduk dan bagi salam.

domain murah

(Visited 141,089 times, 5,349,836)

Bak kat FAD, manners mana people manners? Salah sapa? pada saya, macam pendidikan awal anak juga, selain dari huruf, perkataan, manners pon perlu diajar dari rumah juga, perlu masuk sekali dalam pakej pendidikan awal anak juga.

Saya nampak, pelajar yang beradab kerana ibu bapa mereka sendiri beradab, pelajar bermasalah zaman ni, bila dipanggil ibu bapa mereka, kita boleh tengok, berpunca dari mana, macam yang saya cakap dalam entri budak sekolah dulu dan sekarang jugak lah.

anak tak buat kerja sekolah

Kalau parent boleh ajar anak-anak membaca, mengira, kenapa tak boleh ajar adab sekali dalam pakej pendidikan awal anak? betul?

Ok, tu je saya nak komen. sekian

Hasil carian :

(Visited 331 times, 5,349,836)

Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 1

Kita sering beranggapan komputer adalah satu fenomena yang sangat moden, tetapi sebenarnya terdapat banyak komputer sekitar 50 tahun lepas. Mereka bukanlah komoditi setiap orang, sebaliknya terhad kepada kerajaan dan kegunaan korporat. Dan mereka memang besar. Sebahagiannya mempunyai nama-nama imaginatif seperti Whirlwind, Colossus dan Pegasus, sementara yang lainnya sedikit kurang puitis dengan nama seperti Z4, AN / FSQ-7 and ENIAC.

Di bawah kita akan melihat 19 contoh komputer-komputer dari peringkat awal, usaha-usaha perintis yang walaupun canggih pada zaman itu,tapi kini ianya sudah menjadi bahan muzium hehe.

Z4 (1944)

 Komputer Z4, dilihat berada di muzium German (di Munich).

Direka oleh jurutera lagenda German – Konrad Zuse,  Z4 adalah rentetan daripada komputer sebelumnya, Z3 yang beliau bina pada tahun 1941 (komputer pertama yang boleh diprogramkan ,mesin kira2 automatik). The Z4 menggunakan  kuasa 4,000 watts  dan bekerja pada kira2 40 Hz. Ia mempunyai 64 32-bit registers.

Colossus(1944)

Gambar atas : Colossus dimasa kegemilangannya. Lihat kertas yang di taip bergerak disebelah kanan.

Gambar bawah : generasi kedua Colossus

Kedua-dua generasi Colossus, Mark 1 dan Mark 2, telah digunakan oleh pemecahkod British untuk meleraiakan mesej berkod Jerman pada penghujung Perang dunia ke 2. Ia memproses 5000 karakter sesaat(ia mungkin boleh memproses lebih pantas,tapi lepas tu mesin pemegang kertas yang ada data tu akan rosak). Kewujudan Colossus dan mesin2 pemecah kod yang digunakan british dirahsiakan sehingga 1970.

 

 ENIAC(1946)

Ketika ENIAC di umumkan pada 1946, pihak media mula memangilnya “Giant Brain”. ENIAC adalah komputer digital pelbagai guna elektronik pertama didunia dan mungkin yang paling terkenal dalam artikel ni. Seberat 27 tan. Antara perkara yang yang dilakukan menggunakan ENIAC adalah, untuk membuat pengiraan untuk mencipta bom hidrogen. Untuk memprogramkan mesin ni mungkin mengambil masa berminggu-minggu, bila programnya telah dilakarkan di kertas, mereka perlu memanipulasi berbagai suis dan kabel yang mengawal program tersebut diikuti dengan proses proses pengesahan(verification) dan nyahpepijat(debugging) (tak faham…hahaha)

 

Whirlwind(1951)

Whirlind adalah komputer pertama yang menggunakan paparan video untuk memaparkan output. Versi pertama menggunakan memori 512 bait dan mampu melakukan 20,000 arahan sesaat, bagaimanapun, selepas itu penukaran jenis memori dilakukan, dan menggandakan kemampuannya dan menjadikan Whirlind komputer paling pantas pada masa itu.

 

 UNIVAC I(1951)

Singkatan bagi UNIVersal Automatic Computer, Univac I adalah komputer komersial pertama yang dikeluarkan US. Ia direka oleh pencipta ENIAC. Sebanyak 46 sistem dibina dan digunakan. Seberat 13 tan(29,000 pound), bekerja pada 2.25 MHz dan mampu melakukan 1,905 arahan sesaat dan berharga USD1.5 juta sebuah…

 

WITCH(1951)

Singkatan bagi Wolverhampton Instrument for Teaching Computing from Harwell(ada kena mengena dengan Wolvorine dari X-Men ke?), menatang WITCH ni juga dikenali sebagai  The Harwell Dekatron Computer. Komputer yang ni agak perlahan, satu pendaraban mengambil masa 5-10 saat,tapi dia mampu bekerja dalam masa yang lama tanpa perlu dipantau selalu. Ia boleh ditinggalkan setelah input yang banyak dimasukkan. Pernah satu masa, ia ditinggalkan dalam keadaan sedang bekerja selama 10 hari dan masih bekerja apabila staff datang semula.

 

BESK(1953)

 (gambar panel kawalan BESK)

 Singkatan bagi Binar Elektronik SekvensKalkylator atau “bitter”(pahit) dalam Swedish, ianya adalah Rangkaian kalkulator Binari elektronik Swiden. Dengan memori utama 2.56kilo bait, penambahan boleh dilakukan dalam 56 mikro saat, pendaraban dalam 350 mikro saat. Memegang takhta sebagai komputer terpantas pada masa itu. Asalnya komputer ini dinamakan COGNAC tetapi ianya ditolak…

 

IBM 702(1953)

IBM 702 ini telah diumumkan seawal 1953, tetapi model pertamanya tidak pernah dipasang hingga 1955. Sistemnya mempunyai 11 ribu memori character 7 bit. atau secara kasarnya 10 kilobait. ia mampu melakukan 3,950 penambahan atau penolakan dalam satu saat, tetapi bagi pendaraban atau pembahagian ianya agak perlahan.

 

IBM NORC(1954)

IBM Naval Ordnance Research Calculator pernah dipertikan sebagai supercomputer pertama dan yang paling berkuasa pada masa itu. Ia mampu melakukan 15,000 operasi sesaat dan mempunyai 2,000 memori 64-bit perkataan, secara kasarnya bersamaan 16 kilobait.

 

IBM 305 RAMAC(1956)

 

Komputer ini menjadi sangat terkenal kerana ianya adalah komputer komersil pertama yang didatangkan dengan hard disk. Hard disknya hanya mampu menyimpan sejumlah kurang dari 5Megabait sahaja dan mengandungi 50 buah disk bersaiz 24 ini. IMB 305 RAMAC adalah komputer yang paling besar yang paling besar pernah dibina oleh IBM.

ok,dah penat, ada 9 lagi komputer yang nak ditunjukkan, sambung esok la pulak…nantikan Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 2 esok pagi ye… skang ni nak g jengah blog nida,shafiq zainal dan intan dan tak lupa like page ni fb.alongxp.com juga ok?

Hasil carian :

(Visited 209 times, 5,349,836)