Apa beza antara blogspot dengan wordpress?

Assalamualaikum dan salam sejahtera para pembaca blog alongxp.com, masih ramai lagi rupanya yang tak tahu apa beza antara blogspot dengan wordpress.

Ada blogger yang dah mula tertarik dengan wordpress, tapi takut sangat nak berhijrah kepada wordpress, sebab boleh dikatakan besar juga lah perbezaan antara 2 platform blogging ni.

beza antara blogspot dengan wordpress

Tapi pada saya, kalau korang boleh belajar menggunakan blogspot, kenapa tak boleh belajar menggunakan wordpress? berhenti dari duduk goyang kaki di zon selesa, berhijrah lah, mungkin ada hikmah yang lebih baik.

Tapi ada jugak orang yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogging yang tanya saya apa beza antara blogspot dengan wordpress bila saya tanya dia, dia nak guna blogspot atau wordpress untuk blogging?

Ada juga client yang mintak saya buatkan blog yang tanya apa beza antara 2 platform blogging ni. Continue reading

Hasil carian :

(Visited 188 times, 5,311,217)

Hari ini dalam sejarah : 3 Januari 1967 – PELANCARAN KEMPEN TAHUN PELANCONG ANTARABANGSA

Tarikh Peristiwa : 03.01.1967 (sumber)

Pada hari ini dalam tahun 1967, Menteri Perdagangan dan Perusahaan Dr. Lim Swee Aun telah melancarkan kempen tahun Pelancong Antarabangsa. Dalam ucapan pelancaran kempen tahun Pelancong Antarabangsa itu Dr. Lim Swee Aun menyatakan bahawa kerajaan berusaha mengeluarkan perbelanjaan bagi menggalakkan perusahaan pelancongan di negara ini bagi menambah pendapatan negara. Beliau juga menyeru pihak swasta agar bekerjasama dengan pihak kerajaan memainkan peranan penting untuk menjadikan pelancongan sebagai industri yang menguntungkan. Sebuah jawatankuasa kerja telah dilantik oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan untuk mengendalikan hal-hal berkaitan industri pelancongan di negara ini. Kempen tahun pelancong antarabangsa ini merupakan satu usaha kerajaan untuk memberi kesedaran kepada orang ramai tentang kepentingan industri pelancongan sebagai sumber pendapatan negara. 
(Visited 52 times, 5,311,217)