10 bandar yang pupus

10 bandar yang pupus

10 tempat ni dulunya satu bandar pusat pentadbiran, pusat perniagaan, kawasan yang meriah, terkenal, sibuk dan sebagainye lah… Tapi akhirnya tenggelam… bukan tenggelam dalam air, maksudnya dah tak menonjol macam zaman kegemilangannya dulu.. hanya tinggal nama dan sejarah je… dan dah jadi macam muzium yang besar. Jom kita tengok bandar-bandar yang hilang cahayanya ni.

1. Angkor (Cambodia):

bandar angkor kemboja

Angkor pernah menjadi satu bandar terbesar didunia dengan lebih dari sejuta penduduk dengan keluasan lebih dari tujuh puluh lapan (78) km persegi dan dikelilingi parit yang dipenuhi air. Angkor telah ditinggalkan kira2 pada 1100 masihi. Pengkaji dari perancis, Henri Mouhot adalah orang barat pertama menerokai bandar ini pada 1861.

 

2. Machu Picchu (Peru):

machu-picchu-2

Runtuhan Machu Picchu telah ditemui semula pada 1911 oleh ahli arkeologi yale, Hiram Bingham. Michu Picchu adalah salah satu bandar paling indah dan yang mengelirukan di dunia. Orang Inca menggunakan puncak gunung Andrean, melibatkan beratur struktur dari awal 1400an. Ada mitos dan lagenda mendakwa Machu Picchu(bermaksud “Puncak Tua” dalam bahasa Quechua) dihormato sbg tempat suci dari zaman dahulu kala. Apa sahaja sejarahnya, orang Inca telah menjadikannya sebuah bandar kecil(5 batu persegi) yang luar biasa.

domain murah

(Visited 141,082 times, 5,330,551)

3. Memphis (Egypt):

memphis

Memphis adalah salah satu bandar paling penting dalam sejarah Mediteranian purba. Dengan ketibaan orang2 Rom seperti Thebes, bandar ini kehilangan tempatnya dengan kewujudan Alexandria, yang menjadi empayar selepas itu, Kenaikan kultus daripada Serapis, dewa sinkretik yang paling sesuai dengan mentaliti pemerintahan Egypt, dan seterusnya kemunculan agama kristian yang bertapak ke dalam negara, pula menghancurkan pemujaan purba Memphis.

 

4.Chichen Itza (Mexico):

chichenitza

Chichen Itza pernah menjadi pusat empayar Maya. Ia dibina kira2 400 Masihi dan mempunyai banyak bangunan yang digunakan dalam upacara orang Maya. Bandar ini telah ditinggalkan pada 1200 Masihi.

 

5. Tikal (Guatemala):

tikal_guatemala_2-1152x864

Tikal ialah sebuah bandar Maya yang telah roboh di Guatemala. Ia adalah telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO. Tikal mungkin sebuah tapak Mayan yang terkenal diluar Mexico,dan ia salah sebuah bandar terbesar di dunia Maya klasik. Tikal adalah tapak monumental mutlak, dengan dengan beribu struktur di taman, majoritinya belum digali walaupun lebih 50 tahun kerja arkeologi dilakukan. Kemuncak visual Tikal adalah koleksi enam langkah piramid, dan kuil-kuil mereka mnghiasi puncaknya. Piramid tertinggi adalah melebihi 200 kaki(60 meter).

 

6. Ur (Iraq) :

ur_iraq great_ziggurat_ur_sumeria_ancient

Ur pernah menjadi satu bandar terbesar di dunia, tetapi telah ditinggalkan pada abad ke 4 sebelum masihi. Makam diraja yang indah dan bahagian2 lain telah digali oleh arkeologi pada 1922 hingga 1934 dan banyak khazanah/ harta karun dijumpai

 

7. Troy (Turkey):

troy turki

 

Troy pernah difikirkan wujud hanya dalam lagenda, tetapi tapaknya telah ditemui pada 1870-an. Para arkeologi telah bersetuju bahawa kota itu telah dimusnahkan sekitar 1250 sebelum masihi dan hampir menyerupai kota troy seperti digambarkan dalam lagenda Homer. Runtuhan boleh dilihat pada dinding dan menara setebal 16 kaki pada kota yang ditemui.

 

8. Pompeii (Italy):

pompei

Seluruh kota telah tertimbus oleh debu gunung berapi apabila Gunung Vesuvius meletus pada tahun 79 selepas masihi. Herculaneum berhampiran tertimbus pada masa yang sama. Penggalian bermula pada 1748 dan banyak harta karun telah dijumpai termasuk mural(lukisan dinding) yang indah terpelihara.

 

9. Cliff Palace (USA):

Cliff Palace

Bandar Orang India Amerika asli ini dibina disebelah tebing, tapi telah ditinggalkan semasa musim kemarau panjang pada akhir abad ke-13. Ia tidak dikesan hingga 18 Disember 1988 pada Richard Wetherill, seorang pekebun tempatan menjumpainya ketika mencari lembu yang berkeliaran. (Kalau die cari kambing mesti dia jumpa harta ahmad albab)

 

10. Atlantis:

Real-Atlantis

Sesetengah orang percaya terdapat sebuah bandar dan pulau iaitu Atlantis, mungkin di Mediteranean yang musnah oleh gempa bumi dan tenggelam kira2 12.000 tahun lalu. Tiada siapa sama ada ia benar2 wujud. Tapi saya terjumpa artikel mengatakan, data sejarah mendapati mungkin penempatan ini berada di pulau Crete atau pulau berdekatan, milik tamadun pra-Yunani Minoan. baca arikelnya di sini real atlantis

(Visited 7,065 times, 5,330,551)

Hasil carian :

(Visited 1,011 times, 5,330,551)