Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 1

Kita sering beranggapan komputer adalah satu fenomena yang sangat moden, tetapi sebenarnya terdapat banyak komputer sekitar 50 tahun lepas. Mereka bukanlah komoditi setiap orang, sebaliknya terhad kepada kerajaan dan kegunaan korporat. Dan mereka memang besar. Sebahagiannya mempunyai nama-nama imaginatif seperti Whirlwind, Colossus dan Pegasus, sementara yang lainnya sedikit kurang puitis dengan nama seperti Z4, AN / FSQ-7 and ENIAC.

Di bawah kita akan melihat 19 contoh komputer-komputer dari peringkat awal, usaha-usaha perintis yang walaupun canggih pada zaman itu,tapi kini ianya sudah menjadi bahan muzium hehe.

Z4 (1944)

 Komputer Z4, dilihat berada di muzium German (di Munich).

Direka oleh jurutera lagenda German – Konrad Zuse,  Z4 adalah rentetan daripada komputer sebelumnya, Z3 yang beliau bina pada tahun 1941 (komputer pertama yang boleh diprogramkan ,mesin kira2 automatik). The Z4 menggunakan  kuasa 4,000 watts  dan bekerja pada kira2 40 Hz. Ia mempunyai 64 32-bit registers.

Colossus(1944)

Gambar atas : Colossus dimasa kegemilangannya. Lihat kertas yang di taip bergerak disebelah kanan.

Gambar bawah : generasi kedua Colossus

Kedua-dua generasi Colossus, Mark 1 dan Mark 2, telah digunakan oleh pemecahkod British untuk meleraiakan mesej berkod Jerman pada penghujung Perang dunia ke 2. Ia memproses 5000 karakter sesaat(ia mungkin boleh memproses lebih pantas,tapi lepas tu mesin pemegang kertas yang ada data tu akan rosak). Kewujudan Colossus dan mesin2 pemecah kod yang digunakan british dirahsiakan sehingga 1970.

 

 ENIAC(1946)

Ketika ENIAC di umumkan pada 1946, pihak media mula memangilnya “Giant Brain”. ENIAC adalah komputer digital pelbagai guna elektronik pertama didunia dan mungkin yang paling terkenal dalam artikel ni. Seberat 27 tan. Antara perkara yang yang dilakukan menggunakan ENIAC adalah, untuk membuat pengiraan untuk mencipta bom hidrogen. Untuk memprogramkan mesin ni mungkin mengambil masa berminggu-minggu, bila programnya telah dilakarkan di kertas, mereka perlu memanipulasi berbagai suis dan kabel yang mengawal program tersebut diikuti dengan proses proses pengesahan(verification) dan nyahpepijat(debugging) (tak faham…hahaha)

 

Whirlwind(1951)

Whirlind adalah komputer pertama yang menggunakan paparan video untuk memaparkan output. Versi pertama menggunakan memori 512 bait dan mampu melakukan 20,000 arahan sesaat, bagaimanapun, selepas itu penukaran jenis memori dilakukan, dan menggandakan kemampuannya dan menjadikan Whirlind komputer paling pantas pada masa itu.

 

 UNIVAC I(1951)

Singkatan bagi UNIVersal Automatic Computer, Univac I adalah komputer komersial pertama yang dikeluarkan US. Ia direka oleh pencipta ENIAC. Sebanyak 46 sistem dibina dan digunakan. Seberat 13 tan(29,000 pound), bekerja pada 2.25 MHz dan mampu melakukan 1,905 arahan sesaat dan berharga USD1.5 juta sebuah…

 

WITCH(1951)

Singkatan bagi Wolverhampton Instrument for Teaching Computing from Harwell(ada kena mengena dengan Wolvorine dari X-Men ke?), menatang WITCH ni juga dikenali sebagai  The Harwell Dekatron Computer. Komputer yang ni agak perlahan, satu pendaraban mengambil masa 5-10 saat,tapi dia mampu bekerja dalam masa yang lama tanpa perlu dipantau selalu. Ia boleh ditinggalkan setelah input yang banyak dimasukkan. Pernah satu masa, ia ditinggalkan dalam keadaan sedang bekerja selama 10 hari dan masih bekerja apabila staff datang semula.

 

BESK(1953)

 (gambar panel kawalan BESK)

 Singkatan bagi Binar Elektronik SekvensKalkylator atau “bitter”(pahit) dalam Swedish, ianya adalah Rangkaian kalkulator Binari elektronik Swiden. Dengan memori utama 2.56kilo bait, penambahan boleh dilakukan dalam 56 mikro saat, pendaraban dalam 350 mikro saat. Memegang takhta sebagai komputer terpantas pada masa itu. Asalnya komputer ini dinamakan COGNAC tetapi ianya ditolak…

 

IBM 702(1953)

IBM 702 ini telah diumumkan seawal 1953, tetapi model pertamanya tidak pernah dipasang hingga 1955. Sistemnya mempunyai 11 ribu memori character 7 bit. atau secara kasarnya 10 kilobait. ia mampu melakukan 3,950 penambahan atau penolakan dalam satu saat, tetapi bagi pendaraban atau pembahagian ianya agak perlahan.

 

IBM NORC(1954)

IBM Naval Ordnance Research Calculator pernah dipertikan sebagai supercomputer pertama dan yang paling berkuasa pada masa itu. Ia mampu melakukan 15,000 operasi sesaat dan mempunyai 2,000 memori 64-bit perkataan, secara kasarnya bersamaan 16 kilobait.

 

IBM 305 RAMAC(1956)

 

Komputer ini menjadi sangat terkenal kerana ianya adalah komputer komersil pertama yang didatangkan dengan hard disk. Hard disknya hanya mampu menyimpan sejumlah kurang dari 5Megabait sahaja dan mengandungi 50 buah disk bersaiz 24 ini. IMB 305 RAMAC adalah komputer yang paling besar yang paling besar pernah dibina oleh IBM.

ok,dah penat, ada 9 lagi komputer yang nak ditunjukkan, sambung esok la pulak…nantikan Gambar komputer awal (1940an-1960an)- part 2 esok pagi ye… skang ni nak g jengah blog nida,shafiq zainal dan intan dan tak lupa like page ni fb.alongxp.com juga ok?

Hasil carian :

(Visited 211 times, 5,372,416)