Loading...

Siapa yang cipta velcro?

siapa yang cipta velcro

Siapa yang cipta velcro? Korang tau apa tu velcro? Biasanya korang akan jumpa velcro ni pada kasut sekolah budak sekolah rendah dan kadang-kadang dalam beg laptop. Tapi ada juga jumpa di tempat lain. Alaaahh benda yang bunyi krap krap tu…  Pernah tak terfikir siapa yang cipta velcro ni dan macam mana boleh terciptanya velcro ni?

siapa yang cipta velcro

Korang tau tak yang Velcro tu sebenarnya nama brand, bukan nama benda tu. Nama rasmi benda tu sebenarnya Hook and Loop Fastener. Tapi biasalah manusia, brand yang menemukan benda tu atau paling popular tulah yang dipanggilnya.

Macam Pampers, patutnya dipanggil diapers atau lampin pakai buang, sama gak dengan Filem kamera, dok panggil kodak.

Nasa cipta velcro ?

Ramai orang kata NASA yang cipta benda alah Velcro ni. Tapi NASA memang banyak guna velcro ni untuk menyimpan dan menyusun barang untuk digunakan kat angkasa, kalau susun gitu je kang bersepah dok terapung. Tapi disebabkan NASA ni jugaklah yang buat Velcro ni jadi popular.

Ilham dari alam semula jadi.

Siapa yang cipta velcro ni sebenarnya nama dia George de Mestral, sorang jurutera dan juga pendaki amatur. Dia dapat idea nak cipta velcro ni, masa dia mendaki, balik dari mendaki tu, dia perasan ada benda melekat-lekat kat pakaian dia.

George de Mestral

Jadi dia dapat idea nak kaji benda ni untuk dikomersilkan, jadi dia pun teroponglah benda ni guna microscope dan dia nampak benda alah yang tersangkut-sangkut kat pakaian dia tu ada cangkuk sikit kat hujungnya.

Selepas 8 tahun dia kaji dan cuba, akhirnya terciptalah benda alah yang dipanggil Velcro ni. Nama Velcro ni hasil gabungan antara Velvet dan Crochet.

velvet+crochet=velcroMasa tahun 1955, mamat Mestral ni dia daftarkan patent Velcro ni yang buatkan sale dia mencanak naik sampai lebih 60 juta ela dijual setahun masa dia hidup.

Tapi sekarang ni patent tu dah expired dah, so banyaklah pesaing yang cipta velcro yang berkualiti rendah dan murah.

Macam-macam cara syarikat Velcro ni nak naikkan populariti dia, antaranya dia (pengarah Velcro USA) buat demo velcro ni dalam rancangan David Letterman bila dia lompat dari trampolin ke dinding dengan pakaian yang penuh dengan velcro

 

Hari ni, Velcro adalah tanda niaga berdaftar Velcro Industry. Walaupun banyak produk yang ada velcro, diorang tak iklankan sebagai produk velcro, sama macam syarikat-syarikat pesaing lain yang tak mengiklankan bahan Hook and Loop mereka sebagai Velcro.

2 comments
Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge