Sejarah Fotografi dan pengalaman bersama DSLR

Saya tak dapat fikir tajuk yang lebih tepat bagi menceritakan sejarah fotografi saya dan pengalaman saya bersama DSLR. Tapi hati ni nak juga berkongsi kisah saya dalam dunia fotografi menggunakan DSLR bila tengok blogger, Zaza Iman post yang dia akhirnya berjaya beli DSLR hasil duit blogging.

berjaya beli dslrTahniah zaza sebab berjaya beli DSLR.

Teringat kenangan saya beli DSLR pertama saya 10 tahun lepas. Masa tu saya macam Zaza juga, teringin nak ada sebuah DSLR. Untuk saya snap semua benda yang saya rasa menarik dan perlu diabadikan.

Sebab masa tu, kamera telefon paling canggih pun cuma ada 5 megapixel. Itupun, kalau anda zoom, dijamin hancur kualiti gambar tu. Jadi saya teringin nak beli sebuah DSLR, supaya saya boleh zoom dan snap dan menghasilkan sebuah foto berkualiti.

Tapi masa tu ilmu saya dalam seni fotografi kosong, tak… sebenarnya negatif 10 kot. Sebab saya tak tahu pun DSLR tu adalah sebuah DSLR. Masa tu cita-cita saya adalah nak beli sebuah kamera gemuk hitam yang sepatutnya disebut DSLR.

Tapi disebabkan sangat teringin, saya beli juga kamera gemuk hitam tu masa saya di kota bahru kelantan, iaitu Nikon D40. Siap beli bateri spare sebiji… Disebabkan satu perkara yang buat jadi kelam kabut tak bersebab, saya tertinggal bateri tu di kedai yang saya beli tu.

kamera hitam gemok nikon d40Yup… Sebijik macam nilah rupa kamera gemuk hitam saya tu.

Indah khabar dari rupa… itulah istilah yang sesuai, tapi bukan salah kedai tu, bukan salah packaging tu, tapi salah saya yang jahil, yang tak tahu apa-apa sebelum beli.

Bila dah beli, saya ambil kotaknya, tapi kamera tu tak masuk balik dah dalam kotak, saya terus guna, pusing habis untuk zoom, tapi tak dapat zoom macam yang saya harapkan sebab kit lensnya adalah 18-55, apa yang saya boleh harapkan? Bila zoom sampai 55 mm tu, ibarat kita bergerak selangkah kedepan sikit, lepastu crop dari apa yang kita nampak bila tak tengok melalui viewfinder.

Agak kecewa dengan hasil zoom kamera tu, selain dari tu, puas hati dengan prestasinya. Masa tu saya masih blur-blur fungsi dial dibahagian atas kamera tu.

fungsi dial dslrBoleh tengok funsi dial ni di dpreview

Tapi saya guna juga benda-benda tu bergantu kepada situasi masa saya nak snap tu.

Lepas tu saya contact kawan saya yang pernah saya jumpa masa saya kerja kedai komputer. Dia bekas manager burger king yang saya kenal masa saya jadi crew.

Kami jumpa dia di uptown damansara utama. Terbang 300 lebih duit saya malam tu. Bukan sebab saya bagi kawan saya tu, saya cuma belanja dia minum, itupun guna duit adik saya. Tapi Terbang 300 lebih malam tu sebab wallet saya cicir, esok pagi saya baru perasan… malangnya dah terlambat.

Tak banyak yang saya dapat belajar malam tu, tapi dengan ilmu yang sedikit tulah yang saya jadikan panduan dalam mengembangkan ilmu fotografi saya.

Forum putera.com adalah tempat permulaan saya belajar pasal fotografi… Selain dari forum tu, ada beberapa lagi forum yang memang khusus untuk fotografi je, forum Malaysia, Bahasa melayu… tapi saya dah lupa apa nama dan url forum tu.

Saya merangkak belajar fotografi ni. Benda paling best saya belajar dalam seni fotografi ni adalah komposisi. Pada saya, itulah yang buat sesuatu gambar tu menarik. Selain dari tu, White balance boleh bagi mood dan banyaklah benda lain yang menarik kalau ambil gambar guna DSLR ni.

Kita boleh set iso, apature, shutter speed dan segala mak nenek lain. Benda ni satu ilmu yang tak akan habis belajar.

Apa yang tak berapa nak best adalah modalnya pun boleh tahan besar.

 

Alongxp

Seorang juruteknik komputer, seorang jurufoto, seorang ham operator yang memegang callsign 9W2AXP, seorang suami, dan seorang bapa

5 thoughts on “Sejarah Fotografi dan pengalaman bersama DSLR

  • 04/12/2018 at 8:45 am
    Permalink

    Pernah juga terjebak dengan fotografi ni. Masa tu bajet hanya mengizinkan untuk canon level murah-murah sahaja. Pengalaman yang sama, ingatkan boleh zoom jauh-jauh, ye lah, kamera besar katakan. 18-55mm tu rupanya lebih kurang 3x kali zoom je aklau nak banding dengan kamera point and shoot dulu-dulu.

    Tapi bila dah banyak belajar dari kawan-kawan, buku dan youtube (ye, baca buku, banyak membantu daripada mendengar ajaran sesat kawan yang sekapal tak tahu apa) barulah mampu menghasilkan gambar yang sedikit wow.

    Hobi yang mahal, tapi kalau kita tahu alatan apa yang nak dibeli, masih boleh dilaksanakan.

    Kamera pun dah lama berkubur, antara hobi yang nak dihidupkan balik dalam masa terdekat ni.

    azwan kata cerita ni best –>>Pendapatan RM 50k sebulan vs..

    Reply
  • 13/11/2018 at 3:09 pm
    Permalink

    Saya suka tengok orang guna kamera dslr ni..tapi saya xpandai nak guna. Lagi satu saya lebih suka guna camera henpon sbb senang boleh terus upload oic dlm FB & ig..hehehe

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge